Alcoa Akan Melaporkan Perolehan pada 14 Oktober

Alcoa Akan Melaporkan Perolehan pada 14 Oktober

2021-10-13 • Dikemaskini

Apa yang akan berlaku?

Alcoa Corporation, pembekal aluminium global, akan menyiarkan laporan perolehannya untuk Q3 pada 14 Oktober setelah pasaran saham ditutup (23:59 GMT+3). Pengumuman itu akan diikuti dengan sidang maya untuk para pelabur.

Analisis fundamental

Alcoa, pengeluar aluminium terbesar di AS, sedang menikmati satu tahun yang sangat berjaya. Permintaan terhadap aluminium memaksa pembeli dari seluruh dunia untuk beratur. Logam ini mempunyai berbagai kegunaan, dari tin minuman sehingga ke industri aviasi dan pembinaan.

Permintaan untuk aluminium meningkat hampir dua kali ganda sepanjang setengah tahun ini. Ini membawakan keseimbangan kepada penawaran dan permintaan dalam industri aluminium yang telah lama mengalami kemerosotan. Penggunaan semakin meningkat, sementara pengeluaran di China, pengeluar aluminium terkemuka, terus mengalami tekanan. Dalam keadaan ini, pembeli terpaksa bersetuju dengan harga yang lebih tinggi, kerana ekonomi global "memulih" setelah setahun terhambat oleh lockdown.

Perubahan keseimbangan secara tiba-tiba ini sangat positif bagi Alcoa. Pada bulan Julai, syarikat itu mengeluarkan laporan Q2 yang mengatasi jangkaan penganalisis. Pada tahun 2021, Alcoa merancang untuk mengeluarkan 2.9 hingga 3 juta tan aluminium, sedangkan jangkaan syarikat itu sebelum ini tidak lebih dari 2.8 juta tan.

Penganalisis di Goldman Sachs membincangkan prospek kenaikan harga selama beberapa tahun lantaran dari peranan penting aluminium dalam peralihan ekonomi ke sumber tenaga boleh diperbaharui. Permintaan terhadap logam turut disokong oleh projek infrastruktur Presiden Joe Biden.

Alcoa adalah aset yang sangat berisiko, di mana sekiranya terjadi penjualan berskala besar harga akan jatuh dengan jauh lebih agresif daripada pasaran. Beta saham ini adalah 2.7 (beta di atas 1 menunjukkan saham ini berkemeruapan lebih tinggi dari pasaran; dan begitu juga sebaliknya).

Jangkaan

Ramalan penganalisis dan pakar: Perolehan = $2.93B, Perolehan sesaham = $ 1.75

Analisis teknikal

Carta harian Alcoa

ALCOADaily.png

Harga Alcoa telah mengukuh di antara $51.8 dan $45 sepanjang dua bulan terakhir ini. Ia masih berada di atas semua purata bergerak, yang meneruskan sentimen yang bulish untuk saham ini. Harga dikekang oleh purata bergerak 50 hari di $45, yang berperanan sebagai aras sokongan utama.

Pendapat

Penganalisis FBS percaya bahawa kenaikan harga akan membantu Alcoa menunjukkan prestasi yang terbaik selepas laporan perolehan (baca tinjauan US500 dan US100 kami untuk mengetahui lebih lanjut). Menurut analisis perluasan Fibonacci, jika harganya menembusi $52 ia akan mencapai $58, iaitu sasaran utama untuk pergerakan yang akan datang.

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Jualan Terbaik Nikkei Jepun, HK 50, S&ampP 500
Jualan Terbaik Nikkei Jepun, HK 50, S&ampP 500

Pasaran saham terus jatuh lantaran dari kebimbangan para pelabur tentang peningkatan kos, isu rantaian bekalan, dan tekanan inflasi kerana ia boleh memperlahankan proses pemulihan ekonomi.

Berita terkini

Buat Duit Di Musim Laporan Perolehan Ini
Buat Duit Di Musim Laporan Perolehan Ini

Artikel ini adalah mengenai laporan perolehan yang akan datang dan apa yang boleh kita lakukan dengannya. Kita akan melalui beberapa minggu, di mana pada setiap satu minggu berkenaan akan ada cukup banyak syarikat agar anda tidak bosan. Pengembaraan kita telah bermula!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera