Jualan Terbaik Nikkei Jepun, HK 50, S&ampP 500

Jualan Terbaik Nikkei Jepun, HK 50, S&ampP 500

2021-10-04 • Dikemaskini

Apa yang berlaku?

Pasaran saham terus jatuh lantaran dari kebimbangan para pelabur tentang peningkatan kos, isu rantaian bekalan, dan tekanan inflasi kerana ia boleh memperlahankan proses pemulihan ekonomi. Selain dari itu, sentimen pasaran juga ditekan oleh situasi pemaju hartanah China Evergrande Group yang dilanda krisis hutang. Dan yang terakhir, para pelabur sedang menanti Rizab Persekutuan memulakan langkah penirusan seawal bulan hadapan, yang mana hal tersebut akan menambahkan lagi aktiviti sell-off di pasaran saham.

Namun begitu, kita boleh melihat indeks saham sudah menghampiri paras sokongan yang kuat. JP 224 sudah mencecah purata bergerak 50 minggu pada 28,200, S&P 500 (US500) bergerak mendatar menghampiri purata bergerak 100 hari di 4350, manakala HK 50 Hong Kong mencapai paras terendah tahunan. Adakah ia akan melakukan penyongsangan dalam waktu tersekat?

Tinjauan teknikal

Jika kita buka carta mingguan S&P 500, kita boleh melihat bahawa indeks saham tersebut tidak berjaya menembusi garisan tengah Bollinger Bands banyak kali semenjak wabak Covid-19 pada bulan Februari-Mac 2020. Oleh itu, wujud kebarangkalian yang tinggi indeks saham tersebut akan menyongsang arah dalam waktu terdekat dan kembali ke aras-aras tertinggi baru-baru ini. Buat masa ini, kita perlu memerhatikan pergerakan harga dan menunggu signal bullish. Salah satu indikator yang boleh membantu anda untuk mendapatkan waktu terbaik untuk memasuki pasaran ialah MACD. Jika indikator MACD melonjak melepasi garisan signal, ia akan memberikan isyarat penyongsangan. Baca lebih lanjut mengenai MACD di dalam artikel kami

US500Weekly.png

Mari kita lihat carta harian S&P 500. Kita boleh melihat paras rintangan yang kuat pada 4400. Jika indeks saham tersebut berjaya menembusinya, ia boleh melonjak menuju ke purata bergerak 50 hari di 4440. Selepas menembusi MA 50 hari, indeks saham tersebut dijangka akan terus naik ke paras tertinggi sebelum ini di 4600. Aras sokongan berada di 4350 dan 4300.

US500Daily.png

HK 50 masih tersekat di antara 23,860 dan 24,550. Memandangkan indeks tersebut telah mencecah paras bawah saluran ini, ia berkemungkinan akan membuat lonjakan. Aras rintangan pertama terletak di 24,250. Jika HK 50 menembusi aras tersebut, ia berkemungkinan tinggi akan meneruskan pendakian menuju ke MA 50 tempoh di 24,550.

HK50H4.png

LOG MASUK

Serupa

Novavax Sedang Diserang
Novavax Sedang Diserang

Novavax cuba menyiapkan lebih dari 2 bilion dos vaksin, tetapi kempen ini sekarang tertunda terlalu parah lantaran dari kelewatan pengeluaran. Adakah itu petanda untuk jual bagi para pelabur?

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera