Pelabur waspada untuk dagangan USD pada awal minggu berdepan acara tumpuan pada minggu ini iaitu mesyuarat FOMC…
Penjualan besar-besaran dolar Australia terbesar
2021-09-08 • Dikemaskini
Apa yang berlaku?
Bank pusat Australia mendakwa ia akan memotong pembelian aset pada bulan September seperti yang direncanakan oleh bank ini dan juga seperti yang pasaran jangkakan. Bagaimana pun semakan program pelonggaran kuantitatif seterusnya dianjak dari November 2021 ke Februari 2022.
Apa yang penting?
Ia memberikan isyarat bahawa Bank Rizab Australia (RBA) mengunjurkan pemulihan ekonomi memperlahan lantaran dari lockdown yang berlanjutan di seluruh negara tersebut. Gabenor RBA telah berkata bahawa kadar faedah berkemungkinan akan kekal di paras terendah dalam sejarah iaitu 0.10% sehingga sekurang-kurangnya 2024. Ini akan meletakkan RBA di belakang Bank of England dan Rizab Persekutuan, yang dijangka akan menaikkan kadar lebih awal. Jika ini berlaku AUD akan kalah berbanding BoE dan Fed.
Reaksi pasaran
Keputusan RBA menekan dolar Australia ke bawah. Bagaimana pun, ini bukan satu-satunya faktor yang mendorong kemerosotan Aussie. Sentimen keseluruhan pasaran telah berubah kepada risk-off hari ini dan memicu penjualan besar-besaran aset-aset berisiko seperti dolar Australia.
Tinjauan teknikal
AUD/USD telah gagal melintasi aras Fibonacci 38.2% di 0.7450 dan telah tembus ke bawah garisan rintangan 0.7400. Justeru, jalan ke bawah menuju purata bergerak 50 hari (garisan merah) terbuka luas. Pasangan ini boleh berhenti sebelum aras sokongan ini dan malah berupaya berpatah balik ke 0.7400. Namun, jika ia berjaya melintasi purata bergerak ini, aussia boleh jatuh ke aras Fibonacci 23.6% di 0.7320.
Serupa
Mata wang USD didagangkan stabil pada pembukaan pasaran awal minggu ini dengan corak pengukuhan harga dijangka untuk diteruskan lagi walaupun momentum pada Jumaat lalu agak mengendur…
Dolar Australia tergolong bersama kumpulan mata wang lain yang turut alami kejatuhan nilai dalam pasaran ketika USD kembali memberi tekanan dengan pengukuhan kentara di sesi New York semalam…
Berita terkini
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBPUSD pada Isnin semalam kekal mendatar menyambung corak serupa yang dipaparkan pada penutup dagangan minggu lalu…
Emas mencatatkan kenaikan sederhana pada Isnin di tengah-tengah suasana pasaran yang tenang apabila para pelabur bersiap sedia untuk menantikan keputusan dasar monetari bank pusat utama…
Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.