Intel & IBM: Previu Pendapatan

Intel & IBM: Previu Pendapatan

2021-10-19 • Dikemaskini

Intel

Intel akan mengumumkan laporan pendapatan Q3 pada tengah malam 21 ke 22 Oktober sejurus selepas pasaran ditutup. Pasaran menjangkakan Intel akan mengumumkan pendapatan sesyer $1.11 dan perolehan sebanyak $18.24B.

Pada kali terakhir, Intel dijangka melaporkan pendapatan $1.06 sesyer tetapi angka sebenar adalah $1.28 sesyer. Secara amnya, harga saham akan melonjak selepas laporan tersebut diumumkan, tetapi situasinya berbeza. Laporan tersebut adalah lebih baik daripada jangkaan tetapi para pedagang telah melakukan "priced in" berdasarkan laporan yang baik sebelum ini (lihat pada kandil hijau yang bertututan sebelum garisan vertikal). Jadi, apabila angka sebenar diumumkan, berlakunya sell-off. Perkara yang sama mungkin berlaku pada kali ini. FBS Trader membenarkan anda untuk membuat pesanan beli dan jual apabila berdagang saham. Dan ia merupakan satu perkara yang bagus.   

Ramalan

Intel mempunyai persaingan yang sengit daripada AMD. Jadi, Intel perlu menerbitkan laporan pendapatan yang sangat baik supaya dapat memberikan petunjuk kepada para pelabur bahawa jurang teknologi dengan AMD boleh dirapatkan. Buat masa ini, kebanyakan unjuran untuk Intel adalah bearish. Namun, cip pemproses Intel merupakan komponen utama pada kebanyakan komputer peribadi dan komputer riba. Cip Intel menerima permintaan yang tinggi buat masa ini walaupun berdepan krisis kekurangan bekalan semikonduktor global. Jadi, kita akan menyaksikan penyongsangan arah untuk jangka masa panjang.

Tinjauan teknikal

Harga saham bergerak secara sideways di dalam saluran horizontal antara $52.00 dan $55.00. Jika harga tersebut berjaya menembusi melebihi purata bergerak 100 hari di %55.00, harga akan berpeluang membuat kenaikan menuju purata bergerak 200 hari di $57.25. Sebaliknya, jika harga Intel tembus di bawah &53.00 – pada low penghujung bulan September/awal bulan Oktober, ia berkemungkinan menuju aras bawah saluran di $52.00.

INTELDaily.png

IBM

IBM akan mengumumkan laporan kewangan bagi Q3 pada tengah malam 20 Oktober ke 21 Oktober (GMT+3). Jangkaan pendapatan sesyer ialah $2.53 dan perolehan: $17.78B.

Laporan pendapatan suku ketiga IBM berkemungkinan besar menunjukkan angka yang baik disebabkan syarikat tersebut mengamalkan keupayaan pengkomputeran awam hibridnya dan solusi berkaitan AI. Di samping itu, IBM telah membeli Red Hat (syarikat perisian), yang mana akan membantu IBM meningkatkan perolehan bagi segment awamnya. Kini, IBM mempunyai lebih daripada 3,200 orang pelanggan. Di antaranya merupakan gergasi besar seperti Barclays dan Walmart!

Laporan sebelum ini diterbitkan pada 19 Julai selepas pasaran ditutup. Laporan tersebut menunjukkan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi sahamnya menjunam pada 20 Julai (sehari selepas garisan vertikal hijau) kerana berlakunya senario ‘buy the rumor – sell the fact’. Namun, saham tersebut melonjak untuk dua minggu berikutnya.

Tinjauan teknikal

Kini, saham IBM sedang bergerak di dalam saluran menurun. Jika ia jatuh di bawah paras purata bergerak 100 hari di $142.00, ia mungkin meneruskan kejatuhan ke paras purata bergerak 50 hari di $140.00.

 IBMDaily.png

Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut ada beberapa langkah mudah.

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun  app FBS Trader  atau  Metatrader 5.  FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
  2. Buka  akaun di  FBS Trader  atau   akaun MT5 di dalam  laman peribadi anda.
  3. Log masuk!

 

Serupa

Faacebook telah menukar namanya kepada Meta
Faacebook telah menukar namanya kepada Meta

Facebook telah menukar namanya kepada Meta untuk memadam khabar angin lama dan membina jenama baru, membebaskan dirinya dari dipertikaikan dan stigma kebocoran data peribadi.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera