Kalendar Ekonomi: Dividen

Senarai keluaran ekonomi yang penting

Syarikat
Dividen
Mata wang

Tarikh tanpa dividen

Dividen dihapus kira sebelum pasaran dibuka pada hari yang dinyatakan. Dividen dibayar dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh ex-dividen.

i
Apr 19, 2024
0.5
USD
Apr 19, 2024
8.54
USD
Apr 19, 2024
-0.34174
EUR
Apr 19, 2024
0.239
USD
Apr 19, 2024
0.95
USD
Apr 19, 2024
0.25
USD
Apr 19, 2024
1.3
USD
Apr 19, 2024
0.665
USD
Apr 19, 2024

Soalan yang lazim ditanya

  • Apa itu dividen?

    Dividen adalah apa yang anda boleh terima dari syarikat sebagai ganjaran di atas pelaburan anda – jika anda salah seorang pemilik saham mereka.

    Katakanlah anda membeli saham sebuah syarikat atau, dalam situasi kita, membuka posisi beli, yang boleh anda lakukan di FBS Trader . Sekarang anda berhak untuk mendapat sebahagian daripada keuntungan bersih syarikat, dengan syarat syarikat itu telah meraih keuntungan dan memilih untuk memberi ganjaran kepada para pelaburnya.

  • Bagaimana dividen berfungsi?

    Sekiranya syarikat memilih untuk membayar dividen dan anda mempunyai pesanan beli atau jual dengan saham ini pada "tarikh tanpa dividen" (ex-dividen date), anda akan terlibat. Sekiranya anda mempunyai posisi beli, anda akan menerima dividen, tetapi jika anda membuka posisi jual untuk saham berkenaan sebelum tarikh dividen, akaun anda akan dikenakan caj.

    Dalam Kalendar kami, dividen ditunjukkan dalam sebutan matawang saham per unit saham. Contohnya, jika anda memiliki 100 saham PepsiCo dan dividen adalah 1.075, anda akan menerima $107.5 ($1.075 untuk setiap unit saham yang anda miliki). Tetapi anda boleh menerima pembayaran ini hanya jika anda memiliki pegangan saham sebelum tarikh tanpa dividen (ex-dividend date).

  • Apakah itu tarikh tanpa dividen (ex-dividend)?

    Tarikh tanpa dividen (ex-dividend date) sangat penting bagi pelabur yang ingin menerima dividen. Untuk layak mendapat dividen, anda mesti membuka posisi beli sebelum atau pada tarikh tanpa dividen. Sekiranya anda menutupnya sebelum tarikh ini atau membukanya selepas tarikh ini, anda tidak akan menerima dividen.

    Walaupun anda menutup posisi beli selepas tarikh ex-dividen, anda masih berhak untuk mendapat pembayaran dividen yang seterusnya – tetapi hanya untuk pembayaran yang akan datang. Sekiranya anda mempunyai kedudukan jual sebelum tarikh tanpa dividen, anda perlu membayar dividen tersebut.

  • Dalam bentuk apa dividen dibayar?

    Syarikat boleh memilih dari pelbagai jenis dividen. Antara yang paling lazim adalah wang tunai, saham, dan harta benda.

    Sebahagian besar syarikat yang membayar dividen melakukannya dalam bentuk wang tunai dengan menghantarkan cek kepada pemegang saham atau deposit secara terus ke akaun bank. Dividen yang anda lihat di Kalendar kami berkemungkinan besar adalah dividen tunai.

    Beberapa syarikat memilih untuk membayar dividen dalam bentuk saham baru. Ia mungkin keputusan yang bersifat sementara jika mereka kekurangan tunai tetapi tetap ingin memberi ganjaran kepada para pelabur mereka. Dalam kes ini, dividen akan dinyatakan dalam bentuk mata peratusan (percentage points), jadi jika anda memiliki 100 saham syarikat dan dividen adalah 3%, anda akan menerima tiga unit saham tambahan.

    Anda juga boleh mendapat sebilangan jenis harta syarikat yang sebanding dengan saham anda, apa sahaja dari karya seni hingga inventori syarikat. Ia jarang berlaku tetapi bermanfaat kerana harta mempunyai nilai pasaran.

  • Bila dan seberapa kerap syarikat membayar dividen?

    Sebilangan besar dividen dibayar setiap suku tahun, iaitu setiap tiga bulan, namun sesetengah syarikat memilih untuk membayar secara bulanan, setengah tahunan (setiap enam bulan), atau secara tahunan.

    Lembaga pengarah memutuskan bila dan berapa jumlah pembayaran dividen dan kemudian mengumumkan keputusan ini. Pengumuman tersebut menyebutkan saiz dividen, tarikh tanpa dividen (ex-dividend date), dan tarikh pembayaran. Tarikh pembayaran boleh seawal beberapa hari hingga selewat sebulan selepas tarikh tanpa dividen.

  • Bagaimana saya menerima dividen?

    1. Buka Kalendar Dividen FBS. Laras tetapan penapis untuk Kalendar. Penapis 'tarikh' akan menunjukkan tarikh tanpa dividen (ex-dividen date) iaitu tarikh hari akhir anda perlu memiliki pegangan saham. ‘Syarikat’ akan membolehkan anda memilih saham mana yang harus dibeli atau untuk melihat apakah syarikat yang sahamnya sudah anda miliki akan membayar dividen tidak lama lagi.
    2. Muat turun atau buka platform perdagangan pilihan anda dan masuk ke akaun perdagangan anda
    3. Beli saham

    Buka posisi dengan mengambil kira maklumat pembayaran dividen dari Kalendar. Pastikan anda melakukannya sebelum tarikh tanpa dividen.

    Itu sahaja! Selepas itu, anda akan menerima pembayaran dividen yang berkadaran dengan saham anda – lebih banyak maklumat akan tersedia di Kalendar kami. Tetapi berhati-hatilah dengan posisi jual anda kerana anda boleh dicaj jumlah dividen.

Tapis

Companies

Lihat semua

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera