Kalendar ekonomi

Senarai keluaran ekonomi yang penting

Masa Kesan
Mata wang
Acara
Sebelumnya
Ramalan
Sebenar
Sep 19, 2021

22:30

NZD
Services NZ PSI
Sebelumnya 57.9
Ramalan
Sebenar
The Business NZ Performance of Services Index (PSI) is a composite index based on the diffusion indexes for sales, new orders, delivered, inventories and employment. A reading above 50 indicates an expansion of the Services sector compared to the previous month; below 50 represents a contraction; while 50 indicates no change.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara berdagang sempena berita?

    Acara kewangan biasanya sudah dijadualkan awal-awal lagi. Biasanya ramalan dibuat sebelum pengumuman (lajur Unjuran di kalendar berita Forex kami) tentang bagaimana ia akan mempengaruhi pasaran. Sebilangan pedagang memilih untuk membuka posisi berdasarkan pada jangkaan laporan indikator ekonomi: jika mereka menjangkakan indikator tertentu akan menaikkan kadar tukaran matawang, mereka akan membeli, dan begitulah sebaliknya. Pedagang lain tidak suka dengan pergerakan harga yang terlalu pantas semasa indikator diumumkan, jadi mereka mejauhkan diri dari kalendar FX dan perdagangan sempena berita.

    Terdapat banyak strategi untuk berdagang sempena berita: anda harus menggunakan strategi yang anda rasa paling sesuai untuk gaya perdagangan anda. FBS, selain daripada menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk perdagangan, juga menyediakan semua maklumat penting untuk apa jua keperluan pedagang. Lihat bahagian seksyen kami untuk memantau kemungkinan pergerakan di pasaran.

    Walaupun anda bukan orang yang berdagang sempena berita, anda masih wajar memeriksa kalendar ekonomi perdagangan atau membaca tentang peristiwa ekonomi semasa secara berkala kerana ia berkemungkinan tinggi akan mempengaruhi kemeruapan pasaran.

  • Bagaimana cara membaca kalendar ekonomi?

    Kadang-kadang bilangan peristiwa ekonomi pada satu-satu masa terlalu banyak. Oleh itu, pertama sekali, pastikan anda menggunakan saringan untuk melihat petunjuk yang paling relevan untuk perdagangan Forex anda. Sebagai contoh, anda boleh pilih hanya matawang yang anda rancang untuk dagangkan, atau saring berdasarkan impak indikator.

    Di bahagian atas kalendar perdagangan Forex kami, pilih zon masa yang sesuai.

    Gunakan nilai angka indikator untuk mentafsir perubahan pasaran. Inilah sebabnya mengapa angka unjuran dan pengumuman sebenar sangat penting. Bandingkan nombor-nombor berkenaan: jika nilai Sebenar lebih besar daripada unjuran, ini bagus untuk matawang dan kemungkinan harganya akan naik; jika nilai Sebenar lebih rendah daripada Unjuran, ia berkemungkinan akan turun.

    Anda boleh terapkan logik yang sama ke atas nilai Sebelum dan Unjuran sebelum data sebenar dikeluarkan, tetapi hati-hati – unjuran biasanya berdasarkan data awalan (preliminary) dan angka sebenar mungkin berbeza secara drastik.

  • Apakah itu kalendar ekonomi?

    Kalendar ekonomi, juga dikenali sebagai kalendar ekonomi Forex atau Kalendar FX, adalah perkakas yang membolehkan para pedagang membuat analisis asas mengenai pasaran kewangan berdasarkan berita ekonomi. Anda boleh melihat senarai peristiwa-peristiwa makroekonomi yang mampu menggerakkan pasaran dan membuat keputusan perdagangan Forex berdasarkan data.

  • Adakah kalendar ekonomi dikemas kini secara masa nyata?

    Kalendar acara ekonomi utama kami dikemas kini secara automatik sejurus laporan disiarkan. FBS sentiasa ada untuk memberikan kemas kini kalendar ekonomi tepat pada masanya, namun kami tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kelewatan justeru dari sifat aliran peristiwa berita perdagangan yang tidak menentu.

  • Apa indikator ekonomi yang ada?

    Indikator ekonomi adalah acara atau peristiwa ekonomi penting yang digunakan untuk mentaksir peluang pelaburan dalam perdagangan Forex. Ia lazimnya acara atau peristiwa ekonomi makro yang mempengaruhi matawang dan harga saham.

    Indikator ada yang bersifat duluan ("leading", meramalkan perubahan akan datang), berkebetulan ("concident", menunjukkan keadaan ekonomi semasa suatu kawasan tertentu) dan lat ("lagging", mengesahkan pola dan trend).

    Indikator ekonomi paling utama:

    • The US Treasury Yield Curve – menunjukkan nisbah antara bil Perbendaharaan jangka pendek dan bon Perbendaharaan jangka panjang. Indikator ini telah meramalkan lapan kemelesetan ekonomi yang besar di tahun-tahun kebelakangan dengan cemerlang sekali.
    • KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) – salah satu metrik terpenting bagi kemantapan ekonomi. Ini adalah petunjuk yang lat, menunjukkan apa yang telah berlaku, tetapi ia boleh menjadi indikator yang cemerlang untuk kemelesetan ekonomi yang akan datang.
    • Kadar Pengangguran – peratusan orang yang mencari pekerjaan, dan ia juga menunjukkan betapa mantapnya pasaran buruh dan ekonomi.
    • Kadar Faedah – satu lagi indikator lat yang menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi. Ini boleh mempengaruhi KDNK dan inflasi, jadi berhati-hatilah dengan indikator ini.

    Ini hanya sebahagian dari beberapa indikator yang penting. Pastikan untuk mengikuti pelan perdagangan harian dari penganalisis FBS kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan peristiwa perdagangan semasa dan bagaimana ia akan mempengaruhi perdagangan Forex anda.

  • Apakah data yang terkandung di dalam kalendar ekonomi?

    Kalendar ekonomi mengandungi maklumat mengenai acara-acara ekonomi yang utama, serta berita-berita politik dan kesannya terhadap pasaran Forex. Semua acara atau peristiwa kewangan ini digunakan sebagai indikator ekonomi.

    Kalendar peristiwa ekonomi juga menunjukkan waktu dan tarikh bila data indikator diterbitkan, matawang yang dijangka terkesan, dan tahap impak setiap indikator. Sebilangan besar indikator mempunyai nilai angka, yang dinyatakan dalam bentuk peratusan atau nilai matawang. Ia mencerminkan impak suatu indikator, sama ada positif atau negatif.

    Kalendar ekonomi forex kami mempunyai tiga lajur untuk menunjukkan nilai indikator ekonomi: Sebelum, Unjuran, dan Sebenar:

    • Sebelum menunjukkan nilai indikator pada tempoh sebelum ini (biasanya, satu bulan atau satu tahun);
    • Unjuran menunjukkan anggaran nilai indikator berdasarkan tinjauan ke atas 20-240 ahli ekonomi;
    • Sebenar adalah nilai yang diterbitkan oleh sumber rasmi seperti agensi statistik kebangsaan atau pusat analisis.

    Kami juga menyediakan maklumat tambahan mengenai indikator dan graf yang menunjukkan perubahan nilai mengikut bulan atau tahun – klik indikator yang anda minati untuk ketahui lebih lanjut.

Tapis

Mata wang

Jangkaan impak

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera