Apakah itu matawang, dan mengapa ia wujud dalam bentuk pasangan, dan apakah jenis-jenis pasangan yang ada?

Apakah itu matawang, dan mengapa ia wujud dalam bentuk pasangan, dan apakah jenis-jenis pasangan yang ada?

Mari kita mulakan dengan asas: Forex, atau FX, adalah pasaran pertukaran asing, di mana anda berjual-beli matawang. Ia biasanya diringkaskan menjadi singkatan yang mengandungi tiga huruf. Untuk membantu anda mengenali mereka tanpa mempelajari setiap satu nama, dan ini terpakai untuk banyak matawang, dua huruf pertama mewakili nama negara, huruf ketiga – nama matawang. Sebagai contoh, USD bermaksud dolar Amerika Syarikat, GBP adalah pound Great Britain, dsb.

Ketika anda mula-mula belajar mengenai perdagangan Forex, anda akan melihat bahawa matawang didagangkan secara berpasangan: EUR/USD, AUD/CHF, NZD/JPY. Semasa membuat pesanan di Forex, anda membeli satu matawang dan menjual matawang yang satu lagi pada masa yang sama. Dalam perkataan lain, jika anda memilih untuk membeli pasangan EUR/USD, anda membeli euro dan menjual dolar, dan begitulah juga sebaliknya.

Apakah itu matawang asas dan matawang sebutharga?

Matawang asas dan matawang sebut harga adalah komponen-komponen pada pasangan matawang FX – tidak lebih dari itu! Pasangan matawang Forex mempunyai struktur yang sangat ringkas: yang pertama adalah matawang asas, dan yang kedua adalah matawang sebut harga, juga dikenali sebagai matawang lawan. Harga yang anda lihat di pasaran adalah nilai matawang asas Forex semasa berbanding dengan nilai matawang sebut harga. Contohnya, jika kadar EUR/USD sekitar 1.22, nilai satu euro bersamaan dengan ~1.22 dolar AS ($1 dan 22¢).

4currency-pairs.jpg

Dalam suatu pasangan, satu matawang lebih kuat daripada yang lain, walaupun kekuatan matawang tidak pernah tetap dan sentiasa berubah-ubah akibat dari sebab-sebab tertentu, biasanya kesan dari peristiwa atau acara kewangan penting di rantau yang berkenaan. Inilah sebabnya mengapa ianya munasabah untuk membandingkan matawang dan menilainya antara satu sama lain.

Jenis-jenis pasangan: major, silang, dan eksotik

Pasangan Forex yang paling popular, juga dikenali sebagai major atau pasangan major, membentuk sebahagian besar dari volum perdagangan di pasaran:

Seperti yang anda boleh lihat dengan jelas, semua pasangan matawang major Forex mengandungi USD dan satu matawang lain yang popular. Secara total, pasangan major membentuk sekitar 75% dari semua urusniaga – dan itulah sebabnya mengapa ia dinamakan major.

Pasangan matawang popular yang dibentuk dari kombinasi matawang major selain dari dolar AS biasanya disebut sebagai pasangan silang. Ini termasuk beberapa matawang yang paling banyak diperdagangkan, seperti EUR, GBP, JPY. Sebelum matawang-matawang ini boleh didagangkan secara langsung, ia perlu ditukarkan kepada dolar Amerika terlebih dahulu, dan ini bererti anda melakukan dua transaksi dan ia boleh menyebabkan kerugian. Biar pun USD masih lagi sangat popular di pasaran, kepopularan perdagangan Forex menjadikan perdagangan pasangan silang lebih lazim dan lebih memudahkan.

Satu lagi kategori pasangan matawang FX adalah pasangan eksotik. Secara umumnya, satu matawang yang digunakan di sini adalah yang popular seperti USD, dan yang satu lagi – matawang yang agak langka (jarang-jarang didagangkan), biasanya matawang ekonomi yang sedang membangun atau sedang berkembang. Antara contohnya adalah peso Mexico atau real Brazil.

Jadi, mengapa kategori ini penting untuk saya?

Kategori-kategori ini biasanya menggambarkan kecairan dan kemeruapan harga suatu pasangan matawang.

Kecairan menunjukkan seberapa tinggi minat para pedagang lain terhadap suatu pasangan. Secara amnya, pasangan yang lebih popular (cth., pasangan major) mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Anda boleh membeli dan menjual EUR/USD dalam kuantiti yang besar dan tidak berdepan risiko pasang surut harga yang besar.

Kemeruapan adalah julat harga dalam satu jangka waktu tertentu (hari, minggu, bulan, dll.), dan ia menunjukkan tahap kestabilan harga suatu matawang. Ia bergantung pada jumlah pesanan untuk matawang berkenaan di pasaran, kesejahteraan ekonomi di rantau yang terlibat, dan peristiwa makroekonomi yang tertentu. Matawang yang berkecairan lebih rendah mempunyai kemeruapan yang lebih tinggi, dan begitu juga sebaliknya. Biasanya, pasangan yang kurang popular (cth., pasangan eksotik), semakin tinggi kemeruapannya. Kemeruapan yang tinggi boleh mendatangkan risiko kepada para pedagang, walaupun ia cenderung membawakan keuntungan yang lebih besar: semuanya bergantung pada gaya perdagangan anda dan strategi yang anda gunakan.

Untuk menjadi pedagang yang lebih baik, anda harus sentiasa sedar akan aspek-aspek ini.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Iklim Perniagaan Jerman Ifo

Jerman, ekonomi peneraju di Zon Euro, akan mengumumkan salah satu indikator ekonomi yang utama – Iklim Perniagaan Ifo Jerman pada 24 September, pukul 11:00 masa MT.

Acara Besar untuk GBP: Penyata Bank of England

Bank of England akan mengadakan mesyuarat pada hari Khamis, pukul jam 14:00 MT (GMT+3).

Pendorong Utama Pasaran: Penyata FOMC

FOMC, sebuah jawatankuasa dalam Rizab Persekutuan, akan mengadakan mesyuarat yang penting dan sidang media pada 22 September pukul 21:00 waktu MT (GMT+3).

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera