Pengunduran Fibo

Pengunduran Fibo

Tujuan utama menggunakan aras pengunduran Fibo adalah untuk menentukan jarak pemulihan harga yang mungkin, melawan trend utama. 

Untuk menggunakan pengunduran Fibo di suatu carta, anda perlu lakukan yang berikut:

1. Pilih perkakas pengunduran Fibonacci (‘Fibonacci retracement’)

2. Kenal pasti harga tertinggi dan terendah yang ketara di dalam carta. Pastikan tidak ada harga yang lebih tinggi atau lebih rendah di sebelah kanan dua harga yang menjadi pilihan anda.

3. Lukiskan garisan trend (yang dikenali sebagai "garisan asas") yang menyambungkan titik-titik ekstrim yang anda telah pilih. Untuk uptrend, anda akan lukiskan garisan ini dari minimum ke maksimum. Untuk downtrend, anda perlu lukiskan garisan dari maksimum ke minimum. Sentiasa lukis garisan dari kiri ke kanan, dari titik paling rendah suatu candlestick ke titik tertinggi suatu candlestick lain, dan begitu juga sebaliknya (sumbu, jambul atau ekor candlestick juga diambil kira).

Kemudian 6 garisan horizontal akan terpapar secara automatik menyilangi garisan trend di aras Fibonacci 0.0%, 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, 100%  (nisbah-nisbah Fibonacci yang dijelaskan di atas). Garisan-garisan horizontal tambahan akan dilukis di 61.8%, 261.8%, dan 423.6%. 

Sila maklum bahawa anda boleh tambah aras-aras lain, sebagai contoh, 78.6% di dalam tetapan perkakas tersebut.

Fibonacci1.png

Aras-aras Fibonacci yang terhasil bertindak sebagai sokongan dan rintangan: harga cenderung mengukuh berhampiran aras-aras ini sama ada sebelum pembetulan berakhir (dan trend keseluruhan bersambung) atau sebelum pembetulan bersambung (harga menembusi salah satu aras pengunduran/retracement dan bergerak ke aras pengunduran yang seterusnya, sebagai contoh, aras 50% selepas aras 38.2%). Jika harga mengundur lebih dari 61.8% jarak gerakan terakhir (berdasarkan harga penutupan), kebarangkalian adalah tinggi ia akan mencecah titik permulaan trend. Aras pengunduran 50% adalah aras pengunduran yang paling meluas dipantau dan ia satu zon yang lazim menjadi pilihan untuk membeli sewaktu pengunduran uptrend atau menjual ketika pengunduran suatu downtrend.

Fibonacci2.png

Cara-cara berdagang menggunakan pengunduran Fibonacci

Ada 2 cara untuk berdagang menggunakan perkakas pengunduran Fibo:

1. Agresif

Untuk berdagang di setiap aras Fibo. Jika pasaran mula bergerak aktif melakukan pembetulan, pedagang akan membuka posisi melawan trend, dengan sasarannya adalah aras Fibo seterusnya.

2. Konservatif

Tunggu untuk harga melantun semula dari aras Fibo di dalam arah trend utama.

Harga tidak semestinya berhenti tepat di aras Fibo. Dalam kebanyakan kes, Fibo menunjukkan kawasan sokongan/rintangan. Lantaran itu, sebelum anda buka posisi di titik C, nantikan pengesahan bahawa harga telah benar-benar menyambung trend utama.

Anda boleh gunakan Fibonacci pada pelbagai rangka masa yang berbeza. Jika aras Fibo di rangka masa berbeza menumpu (converge), aras-aras ini menjadi lebih penting.

Pengunduran FIbonacci bersama perkakas lain

Anda perlu faham bahawa aras-aras Fibonacci direkabentuk untuk memberikan anda petunjuk tentang titik masuk/keluar yang paling menguntungkan, tetapi ia tidak menjamin kesudahan yang positif. Demi untuk meningkatkan peluang keberjayaan anda, gunakan perkakas pengunduran Fibonacci bersama dengan indikator-indikator teknikal lain untuk mencapai kebarangkalian kemenjadian yang lebih tinggi.

Pertama sekali, pertimbangkan untuk menggunakan Fibo bersama garisan trend. Lukis garisan trend, kemudian plot garisan pengunduran Fibo. Di titik persilangan dua perkakas ini, anda akan menjumpai titik masuk paling ideal.

Fibonacci 3.png

Jika purata bergerak 200-tempoh bersilang dengan pengunduran Fibo 50%, aras ini berkemungkinan dapat menahan serangan awal pasaran. Ini tempat yang baik untuk mengambil keuntungan atau memasuki pasaran di dalam arah trend utama.

Fibonacci 4.png

Anda juga boleh menggabungkan perkakas pengunduran Fibo dengan pola-pola candlestick. Sebarang pola pengunduran candlestick bersebelahan dengan aras Fibonacci bermakna aksi harga berkemungkinan tinggi akan membentuk arah gerakan yang baru.

Fibonacci5.png

Akhir sekali, pengunduran Fibonacci boleh memberikan anda bukan sahaja aras pembetulan, tetapi juga beberapa sasaran. Jika harga mengundur 100% trend sebelum ini dan menembusi aras 100%, anda boleh gunakan Fibo 161.8% sebagai sasaran seterusnya. Aras-aras yang diberikan oleh perkakas pengunduran Fibonacci yang melebihi 100% dipanggil aras "sambungan" Fibonacci.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Iklim Perniagaan Jerman Ifo

Jerman, ekonomi peneraju di Zon Euro, akan mengumumkan salah satu indikator ekonomi yang utama – Iklim Perniagaan Ifo Jerman pada 24 September, pukul 11:00 masa MT.

Acara Besar untuk GBP: Penyata Bank of England

Bank of England akan mengadakan mesyuarat pada hari Khamis, pukul jam 14:00 MT (GMT+3).

Pendorong Utama Pasaran: Penyata FOMC

FOMC, sebuah jawatankuasa dalam Rizab Persekutuan, akan mengadakan mesyuarat yang penting dan sidang media pada 22 September pukul 21:00 waktu MT (GMT+3).

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera