Seberapa banyak wang yang anda perlu untuk mula berdagang Forex?

Seberapa banyak wang yang anda perlu untuk mula berdagang Forex?

Jika anda mahu menjadi seorang pedagang Forex dan tertanya-tanya berapakah modal yang anda harus laburkan dalam perdagangan, anda telah menemui tempat yang paling tepat. Di dalam artikel ini, kami akan menjelaskan kepada anda amaun minimum yang anda akan perlukan untuk berdagang matawang.

Sebagai permulaan, ingatlah bahawa terdapat apa yang dipanggil akaun-akaun demo yang membolehkan anda berlatih tanpa perlu melaburkan walau satu dolar pun. Saiz akaun demo di FBS boleh sebesar $1 juta. Akaun demo akan membolehkan anda berlatih membuka pesanan dan menetapkan saiz posisi.

Jika anda sudah bersedia untuk berdagang menggunakan akaun sebenar dan menjana pendapatan sebenar, anda harus tahu jumlah wang yang anda perlukan untuk mula berdagang bergantung pada jenis akaun yang anda pilih. Sebagai contoh, untuk berdagang di akaun Micro, anda perlu deposit sekurang-kurangnya $5. Anda akan boleh membuka pesanan dengan volum serendah 0.01 lot dan menggunakan leveraj yang bersesuaian. Jika anda merancang untuk membuka banyak dagangan, pertimbangkan akaun Standard dengan spread terapung 0.5 pip. Akaun jenis ini memerlukan pelaburan minimum $100. Sila maklum bahawa anda boleh membuka satu akaun bagi setiap jenis. Untuk boleh membuka sehingga 10 akaun dari mana-mana jenis, anda perlu mengesahkan Laman Peribadi anda, tukar kaedah pengesahan dari emel kepada SMS, dan pastikan deposit total ke semua akaun di Laman Peribadi anda adalah $100 atau lebih.

Deposit anda menentukan saiz dagangan anda

Saiz dagangan minimum di FBS adalah 0.01 lot. Satu lot adalah saiz kontrak standard di pasaran matawang. Ia bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas (base currency), jadi 0.01 lot bersamaan dengan 1,000 unit matawang asas. Jika anda beli 0.01 lot EUR/USD, dan leveraj anda adalah 1:1000, anda akan memerlukan $1 sebagai margin untuk dagangan tersebut. Jika anda depositkan $5 ke akaun Micro, deposit anda akan mencukupi untuk margin ini dan anda akan boleh membuka 4 lagi dagangan dengan saiz yang sama. Setiap pip pergerakan harga akan menguntungkan atau merugikan anda $0.10.

Mari pertimbangkan pilihan-pilihan yang baik untuk seorang pedagang pemula. Contoh yang kami bentangkan di sini adalah selamat dari segi pengurusan risiko.

Deposit = $100

Jumlah risiko untuk setiap satu dagangan haruslah kurang dari 5%, tidak kira seberapa besar deposit anda. Mari kita gunakan risiko 3% ($3). Jika anda berdagang 0.01 lot, anda boleh mempunyai Renti Rugi (Stop Loss) sehingga 30 pip – ini lebih dari cukup untuk posisi intrahari (intraday). Nisbah risiko/ganjaran adalah ⅓, jadi potensi keuntungan untuk dagangan ini adalah 90 pips.

Deposit = $500

Bagaimana jika deposit anda adalah $500? Dengan risiko 3% ($15), saiz dagangan boleh sebesar 0.15 lot. Dalam kes ini, setiap pip untung/rugi akan bernilai $1.50. Dengan saiz posisi yang lebih besar, anda akan berkebolehan untuk menjana pendapatan dengan lebih pantas! Renti Rugi adalah sebanyak 10 poin. Jika anda perlukan Renti Rugi yang lebih lebar, anda boleh berdagang 0.1 lot: ini akan menjadikan setiap pip nilainya $1.00. Renti Rugi akan menjadi 15 poin. Dengan risiko 5% ($25), anda akan mempunyai SL (Stop Loss, Renti Rugi) 25 pip. Keuntungan di dalam kes ini (jika Ambilan Untung anda 3 kali lebih besar) adalah $75.

Deposit = $1000

Jika deposit anda adalah $1000, anda, pasti sekali, akan boleh membuka dagangan-dagangan yang lebih besar lagi. Risiko 3% untuk satu dagangan ($30) dan leveraj 1:1000 akan membolehkan anda berdagang 0.3 lot. Risiko 10% ($100) membolehkan anda berdagang 1 lot. Dalam kes seperti ini, keuntungan 30 pip akan menyumbangkan $300. Risiko yang optimal untuk $30 satu dagangan membolehkan anda berdagang 0.1 lot dengan SL 30 pip. Potensi keuntungan adalah $90.

Satu lagi perkara yang penting: ingat tentang Margin Call dan Stop Out. Margin Call (Panggilan Margin) adalah paras margin yang dibenarkan iaitu 40% dan ke bawah. Pada paras ini, syarikat berhak tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menutup semua posisi pelanggan kerana kekurangan margin bebas. Stop Out adalah paras margin terendah yang dibolehkan (20% atau lebih rendah) di mana program perdagangan akan mula menutup posisi-posisi pelanggan yang masih terbuka satu demi satu demi untuk mengelakkan kerugian berlanjutan yang menjurus kepada baki negatif (bawah $0).

Jika anda mematuhi peraturan pengurusan risiko dan tidak mendagangkan seluruh deposit anda sekali gus, anda akan selamat dari Margin Call dan Stop Out.

Kesimpulan

Seperti yang jelas di atas, anda memerlukan sekurang-kurangnya $5 untuk mula berdagang. Selebihnya terserah kepada anda! Anggarkan ilmu dan pengalaman anda dan fikirkan juga tentang matlamat anda. Seberapa banyak wang yang anda mahu hasilkan? Seberapa kerap anda akan berdagang? Lebih besar deposit, lebih besar saiz posisi, lebih banyak yang anda akan beroleh dari satu dagangan. Semua itu harus dipertimbangkan sambil memikirkan tentang risiko.

Pastikan anda hanya laburkan wang lebihan anda sahaja, dan bukan wang yang akan membiayai keperluan asas kehidupan anda. Perdagangan menawarkan peluang yang amat besar untuk mencari keuntungan, tetapi ia juga berisiko dan wujud potensi untuk rugi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Apa yang boleh dijangkakan dari data Jualan Runcit Bulanan?

Amerika Syarikat akan menerbitkan data Jualan Runcit b/b pada 16 September, 15:30 GMT+3.

Kanada akan menerbitkan 5 Indeks Harga Pengguna (CPI) dalam sehari!

Kanada akan menerbitkan kadar inflasinya dalam pelbagai bentuk, termasuk CPI Biasa (Common), Median, Terpangkas (Trimmed), Teras (Core), dan Semua Item (All Items) pada 15 September, 15:30 GMT+3.

Data CPI Amerika Syarikat akan menggerakkann dolar!

Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat akan mengumumkan CPI dan CPI Teras bulanan pada 14 September, pukul 15:30 GMT+3.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera