Bagaimana cara membuka dagangan di MetaTrader?

Bagaimana cara membuka dagangan di MetaTrader?

Kini anda sudah bersedia untuk mula berdagang. Lancarkan terminal perdagangan MT4 anda (prosedur untuk MT5 sama sahaja). Gunakan login dan kata laluan yang diberikan kepada anda oleh FBS ketika pendaftaran. Jika anda terlupa maklumat ini, anda boleh semak di emel pendaftaran yang dihantarkan kepada anda oleh syarikat atau buat kata laluan baru di dalam laman peribadi anda.

Adakalanya, log masuk perlukan lebih dari satu percubaan. Jika cubaan pertama anda gagal, klik File dan seterusnya Login to Trade Account. Isi maklumat log masuk anda dengan cermat untuk memastikan anda menggunakan nama pelayan yang betul.

Semak untuk pastikan anda sudah tersambung: bar-bar di sudut kanan bawah terminal haruslah hijau dan biru. Jika anda dapat melihat kelajuan sambungan internet anda di situ, semuanya baik-baik belaka: itu bermakna anda sedang menerima kuot harga pasaran secara live. Maka tibalah masa untuk berdagang!

Screenshot_4.png

Untuk berdagang, anda perlu memberikan broker anda arahan untuk membuka posisi perdagangan untuk anda. Arahan seperti ini dipanggil pesanan (order).

Ada beberapa cara untuk membuatkan tetingkap New Order muncul di skrin:

  1. Pilih Tools – New order di menu utama terminal.
  2. Klik kanan di carta; pergi Trading – New order.
  3. Klik dua kali di nama instrumen dagangan di tetingkap Market Watch.
  4. Klik pada butang New Order di toolbar, di atas carta harga.
  5. Tekan kekunci F9 di papan kekunci.

Tetingkap New Order akan muncul di skrin. Di sini anda boleh pilih parameter untuk dagangan anda.

NO.png

Symbol adalah aset yang anda mahu dagangkan. Secara default, simbol di carta yang aktif dipilih untuk dagangan berkenaan, tetapi anda boleh pilih aset lain dari senarai drop-down. Carta detik (tick chart) yang berkenaan akan dipaparkan di sebelah kiri.

Langkah seterusnya adalah untuk menentukan saiz posisi anda dan masukkannya ke dalam ruangan Volume. Di MetaTrader anda tetapkan saiz posisi dalam sebutan lot: 1.0 bersamaan dengan 1 lot, iaitu 100,000 unit. Anda boleh baca tentang cara memilih saiz posisi di sini.

Kemudian tibalah masa untuk tetapkan Stop Loss (Renti Rugi) dan Take Profit (Ambilan Untung). Anda boleh terus masukkan maklumat ini, atau lakukannya kemudian, atau tidak menetapkan aras-aras ini sama sekali.

Renti rugi (SL, Stop Loss) adalah kadar tukaran pada mana dagangan anda akan ditutup jika harga bergerak dalam arah bertentangan. Justeru, SL menghadkan potensi kerugian anda: seburuk-buruk natijah yang mungkin berlaku, anda tidak akan rugi lebih dari amaun yang anda tetapkan sebagai renti rugi.

Ambilan Untung (TP, Take Profit) adalah kadar tukaran pada mana dagangan anda akan ditutup secara automatik jika harga bergerak searah dengan aspirasi anda. Dalam perkataan lain, ia adalah sasaran keuntungan anda.

Jika nilai renti rugi dan ambilan untung ditetapkan. ia akan dipaparkan di carta sebagai garisan horizontal pada aras harga yang berkenaan, menjadikan ianya mudah untuk anda pantau dagangan-dagangan yang sedang aktif. Jika aras SL dan TP ditetapkan terlalu dekat dengan harga semasa, anda akan lihat mesej ralat: Incorrect S/L or T/P. Anda perlu menggerakkan aras-aras tersebut lebih jauh dari harga semasa dan ulangi permohonan.

Ruangan penting seterusnya adalah Type. Ada 2 jenis pesanan – market orders dan pending orders. Perbezaan utama antara 2 jenis pesanan ini adalah pesanan pasaran (market orders) dibuka secara automatik pada harga pasaran semasa manakala pesanan tertunda (pending orders) boleh ditetapkan untuk suatu harga yang spesifik di masa hadapan.

Jika anda pilih perlaksanaan pasaran, dagangan anda akan dibuka sebaik selepas anda tekan butang Sell by market atau Buy by market. Jika anda pilih pesanan tertunda, anda akan dibolehkan untuk memilih aras kemasukan terlebih dahulu. Dalam kes ini, dagangan akan dibuka secara automatik bila aras harga yang anda pilih dicapai, dan anda tidak perlu berada di hadapan monitor bila ia berlaku. Baca tentang jenis-jenis pesanan tertunda di sini.

Jika butang Sell dan Buy tidak aktif, ini bermakna anda telah memilih volum pesanan yang salah untuk jenis akaun ini. Sila semak tetapan anda untuk volum pesanan dan bandingkan dengan syarat-syarat perdagangan yang dinyatakan di laman web kami.

ss.png

Pesanan yang aktif (open orders) boleh dilihat di tetingkap Terminal dengan mengklik tab Trade.

oo.png

Bagaimana cara menutup pesanan?

Jika anda telah tetapkan aras renti rugi dan ambilan untung, dagangan akan ditutup secara automatik sebaik bila harga menyentuh salah satu aras ini. Jika anda mahu menutup suatu dagangan pada bila-bila masa, klik sekali pada dagangan tersebut di tab Trade di Terminal, klik kanan padanya dan pilih Close Order. Satu cara lain adalah dengan mengklik dua kali pada dagangan tersebut di Terminal. Sebuah tetingkap akan muncul untuk meminta anda mengesahkan sekiranya dagangan anda perlu ia tutup. Klik Close ##### (bar kuning horizontal di bahagian bawah tetingkap tersebut) untuk menutup dagangan itu.

Posisi aktif juga boleh ditutup oleh posisi berlawanan, dalam perkataan lain, posisi dalam arah bertentangan bagi simbol yang sama. Untuk melakukan ini, buka tetingkap Order, pilih Close by di ruangan Type, pilih satu posisi dan tekan Close. Ia membolehkan penutupan dua posisi pada masa yang sama. Jika saiz posisi berbeza dari segi amaun lot, hanya satu dari dua posisi tersebut akan kekal. Volum pesanan yang tinggal ini akan bersamaan dengan perbezaan amaun lot dua posisi tersebut, dan arahnya serta harga buka (short atau long) akan sama dengan posisi yang lebih besar (secara volum) di antara dua posisi yang berkenaan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Iklim Perniagaan Jerman Ifo

Jerman, ekonomi peneraju di Zon Euro, akan mengumumkan salah satu indikator ekonomi yang utama – Iklim Perniagaan Ifo Jerman pada 24 September, pukul 11:00 masa MT.

Acara Besar untuk GBP: Penyata Bank of England

Bank of England akan mengadakan mesyuarat pada hari Khamis, pukul jam 14:00 MT (GMT+3).

Pendorong Utama Pasaran: Penyata FOMC

FOMC, sebuah jawatankuasa dalam Rizab Persekutuan, akan mengadakan mesyuarat yang penting dan sidang media pada 22 September pukul 21:00 waktu MT (GMT+3).

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera