Pengenalan kepada analisis Elliott Wave

Pengenalan kepada analisis Elliott Wave

Apakah itu analisis Elliot Wave?

Anda mungkin pernah mendengarkan tentang Elliot Waves atau melihat kiraan gelombang (wave counts). Ini kerana di zaman sekarang analisis Elliott Wave sudah menjadi salah satu pendekatan yang paling popular bagi peramalan pasaran Forex. Mengapa? Prinsip Elliott Wave adalah satu-satu perkakas, menurut pendapat kami, yang boleh menduga pergerakan harga di setiap rangka masa (timeframe) dari carta Bulanan atau malah Tahunan sehinggalah kepada carta satu minit intrahari. Sebagai contoh, anda boleh berdagang di carta intrahari, tetapi dalam masa yang sama anda juga boleh mempunyai gambaran yang lebih meluas. Secara lebih ringkas, Elliott Waves adalah DNA pasaran. Di dalam artikel-artikel yang berikut, kami akan membimbing anda mengenali Prinsip Elliot Wave lebih dekat. Jom, mari kita mulakan.

Siapakah pengarangnya?

Kita harus ucapkan terima kasih kepada Ralph Nelson Elliott (1871 - 1948), seorang akauntan dan ahli ekonomi. Pada tahun 1938, beliau telah menerbitkan 'The Wave Principle', dan buku kedua beliau 'Nature's Law - The Secret of the Universe' telah dicetak pada tahun 1946. Elliott menjelaskan pola-pola yang terbentuk secara berulang-ulang di pasaran tertakluk kepada peraturan-peraturan yang jelas.

Kita juga harus berterima kasih kepada Robert R. Prechter Jr. dan A.J. Frost untuk buku 'Elliott Wave Principle: Key to Market Behavior', yang kini menjadi sumber utama untuk peraturan-peraturan dan panduan. Selanjutnya, pada 2006 sebuah lagi buku yang hebat telah diterbitkan – Elliott's Code' oleh D.V. Vozny. Malangnya untuk kebanyakan pembaca di seluruh dunia, buku ini ditulis dalam bahasa Rusia.

Permulaan pengembaraan

Siri artikel ini adalah berasaskan kepada dua buku tersebut. Sebarang peraturan dan garis panduan pada mana-mana artikel adalah bersandarkan kepada peraturan di dalam penerbitan tersebut. Yakinlah, saya tidak akan menceritakan semula kepada anda kandungan buku tersebut. Yang saya akan benar-benar lakukan adalah mengajarkan kepada anda Prinsip Elliott Wave dan kongsikan pengalaman saya. Kebanyakan contoh adalah dari pasaran sebenar. Juga, kita akan mengkaji beberapa kes, yang tidak disentuh dalam buku-buku tersebut, tetapi anda boleh temuinya di carta.

LEGO pasaran

Ada dua perkara utama pada Prinsip Elliot Wave: impuls (lima gelombang pergerakan harga yang utama) dan pembetulan (tiga gelombang pergerakan harga). Kita akan ulas kembali perkara ini di artikel berikutnya, jadi anda akan dapat melihat hanya ada satu blok LEGO utama, iaitu impuls. Tetapi untuk seketika ini, mari kita fokus kepada dua blok ini.

Mari lihat pada carta di bawah. Anda boleh nampak ada 5 gelombang menurun – itu adalah gelombang impuls (ada beberapa keadaan di mana boleh wujud 5 pembetulan 5 gelombang, tetapi itu akan saya jelaskan nanti sahaja). Juga, ada 3 gelombang menaik, yang kita anggap sebagai pembetulan. Baiklah, kita baru sahaja menemui impuls dan pembetulan, jadi sekarang tiba masanya untuk kita lihat gambaran yang sedikit lebih luas.

E1.png 

Carta berikutnya adalah kiraan gelombang yang sebenar, yang saya tempelkan di analitik saya. Penurunan berkebarangkalian besar berlaku di gelombang ketiga impuls bearish, manakala lantunan ke atas adalah gelombang keempatnya.

E2.png 

Di sini kita boleh buat kesimpulan seperti berikut: tiada gelombang yang terpisah dari yang lain. Prinsip Elliot Wave adalah seperti anak patung bertangkup Rusia (Matryoshka). Setiap satu gelombang adalah sebahagian dari gelombang yang lain, dan dalam masa yang sama mengandungi gelombang-gelombang yang lebih kecil. Ini berlaku dari rangka masa yang besar sehinggalah rangka masa yang lebih kecil.

Inilah yang menjadikan Prinsip Elliott Wave berbeza dari teknik-teknik lain analisis pasaran. Majoriti pendekatan analisis teknikal memfokuskan kepada pola dan signal. Kuasa PEW adalah kebolehannya memberikan gambaran yang lebih besar, bukan hanya sekadar perbezaan setup.

Peluang untuk berfikir

Anda mungkin pernah mendengar, jika anda gunakan PEW di dalam perdagangan, anda akan berhadapan dengan kemungkinan lebih dari satu kiraan gelombang. Biasanya anda menghadapi beberapa senario yang mungkin, yang adakalanya saling bercanggah. Inilah yang paling menyeronokkan tentang PEW kerana ia seperti bermain catur.

Jika suatu indikator "holy-grail" memberitahu anda untuk beli atau jual, anda tidak akan berfikir tentang apa yang anda akan lakukan jika keadaan jadi buruk. Dengan PEW, anda cuba untuk cari tindakan berdasarkan kiraan gelombang yang keberapakah yang sedang berlangsung ketika itu. Itu kemahiran teras seorang pedagang yang berjaya.

Contoh dari realiti

Mari kita beralih kepada kisah benar. Contoh pertama adalah indeks DJI. Pada September 2016, indeks ini mencapai paras tertinggi dalam sejarah, dan saya tempelkan kiraan bullish yang agak bullish. Saya menjangkakan pasaran naik lebih tinggi kerana pengakhiran gelombang kelima masih jauh lagi.

E3.png

Beberapa bulan kemudian, pasaran naik semakin tinggi lagi, tetapi ia masih bullish. Jangkaan ini berdasarkan kepada beberapa perkara dalam PEW yang akan kita pelajari tidak lama lagi, namun buat masa ini anda boleh lihat sendiri bagaimana ia berkesan.

E4.png 

Trend masih bullish, dan anda boleh lihat kiraan gelombang semasa seperti di bawah.

E5.png 

Kisah benar kedua adalah USD/TRY. Pada Oktober 2016, gelombang keempat tampaknya berakhir sebagai segitiga, jadi saya jangkakan satu lagi impuls bullish, yang terbentuk di beberapa bulan berikutnya.

E6.png 

Kemudian ada kisah yang panjang tentang pembetulan bearish, yang akhirnya berakhir, jadi trend bullish telah bersambung seperti yang dijangkakan.

E7.png 

Akhirnya, pada April 2018 ada satu lagi fasa bullish disebabkan oleh kemungkinan tamatnya gelombang 4. Jadi pasaran naik lebih tinggi lagi.

E8.png 

Kesimpulan

Ada terdapat juga contoh-contoh buruk. Namun, bila bercakap tentang perdagangan, perkara paling penting adalah apa yang anda lakukan bila pasaran bergerak seiring dengan trend, berdasarkan kepada kiraan gelombang anda. Jadi, kita boleh gunakan PEW sebagai perkakas yang baik untuk mencari peluang di dalam pasaran.

Tambahan lagi, anda tidak dimestikan untuk berdagang pada mana-mana kiraan gelombang. Anda harus berdagang hanya pada kiraan yang terbaik bila mana anda sudah menemui peluang terbaik untuk membuka pesanan. Dalam lain perkataan, anda harus menantikan peluang terbaik seperti seorang pemburu di dalam hutan. Dan bila anda ternampak peluang tersebut, lakukan dagangan terbaik anda dan laksanakannya dengan jayanya.

Ini hanyalah permulaan. Di artikel berikutnya, kita akan kupas tentang peraturan dan panduan PEW yang lebih spesifik.

 

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Apa yang boleh dijangkakan dari data Jualan Runcit Bulanan?

Amerika Syarikat akan menerbitkan data Jualan Runcit b/b pada 16 September, 15:30 GMT+3.

Kanada akan menerbitkan 5 Indeks Harga Pengguna (CPI) dalam sehari!

Kanada akan menerbitkan kadar inflasinya dalam pelbagai bentuk, termasuk CPI Biasa (Common), Median, Terpangkas (Trimmed), Teras (Core), dan Semua Item (All Items) pada 15 September, 15:30 GMT+3.

Data CPI Amerika Syarikat akan menggerakkann dolar!

Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat akan mengumumkan CPI dan CPI Teras bulanan pada 14 September, pukul 15:30 GMT+3.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera