MACD (Moving Average Convergence/Divergence)

MACD adalah salah saut dari perkakas teknikal paling ampuh di dalam persenjataan ramai pedagang. Indikator ini digunakan untuk memeriksa kekuatan dan arah trend, serta untuk mentakrifkan titik penyongsangan.

MACD adalah akronim bagi Moving Average Convergence Divergence (Pertumpuan Pecapahan Purata Bergerak) dan menunjukkan hubungan antara dua Purata Bergerak harga.

Cara-cara memasang di carta

MACD sudah tersedia ada dalam kit indikator default MetaTrader, jadi anda tidak perlu memuat turunnya. Pergi “Insert”, cari “Indicators”, dan kemudian “Oscillators” – anda akan dapat melihat MACD. Indikator ini akan muncul di dalam tetingkap berasingan di bawah carta harga.

Penunjuk MACD dalam metatrader

Tetapan klasik termasuklah 12 dan 26 EMA dan satu jalur signal (SMA) 9 tempoh. Anda boleh pilih parameter-parameter lain bergantung kepada gaya perdagangan dan matlamat anda. Sebagai contoh, MACD (5,35,5) lebih sensitif dan mungkin lebih sesuai untuk carta mingguan.

Membesarkan angka tempoh untuk jalur signal akan mengurangkan bilangan signal persilangan, membantu mengelakkan signal palsu. Namun, signal perdagangan akan terhasil lebih lambat berbanding jalur signal EMA yang lebih singkat.

Indikator ini boleh diaplikasikan dengan mana-mana rangka masa, tetapi adalah lebih baik untuk memilih H1 atau lebih panjang.

Bagaimana indikator ini berfungsi.

Idea utama di sebalik MACD adalah ia menolak nilai purata bergerak jangka panjang daripada nilai purata bergerak jangka pendek. Dengan cara ini, ia mengubah indikator yang mengikut trend menjadi indikator momentum dan menggabungkan ciri-ciri kedua-duanya.

MACD tidak mempunyai had, tetapi ia mempunyai nilai min sifar di mana ia cenderung untuk berayun disekitarnya bila purata-purata bergerak itu menumpu, bersilangan, dan mencapah.

Penumpuan (convergence) berlaku bila semua jalur purata bergerak mendekati satu sama lain. Pencapahan (divergence) berlaku bila jalur-jalur purata bergerak menjauhi satu sama lain. Histogram MACD di atas 0 bila MA 12 tempoh di atas MA 26 tempoh, dan ia kurang dari 0 bila MA yang lebih pendek berada di bawah MA yang lebih panjang. Hasilnya, nilai positif histogram menandakan trend bullish, manakala nilai negatif menandakan downtrend.

Titik MACD pada trend menaik dan aliran menurun

Cara-cara menggunakannya

Secara amnya, pasaran bullish bila MACD di atas 0, dan bearish bila ia kurang dari 0.

MACD memberikan pedagang beberapa jenis signal: persilangan jalur signal, aras terlebih jual/beli, persilangan garis tengah, dan juga pencapahan (divergence).

1. Persilangan jalur signal

Persilangan bullish berlaku bila MACD mula meningkat dan kemudian naik ke atas jalur signal. Persilangan bearish berlaku bila MACD mula menurun dan menyilang jalur signal ke bawah.

MACD berfungsi terbaik di dalam trend bila julat harga agak sempit. Strategi yang bagus adalah untuk menentukan jika trend wujud, kemudian menggunakan hanya signal MACD yang sejajar dengan arah trend.

Di dalam gambar di bawah, anda boleh lihat ketika downtrend adalah lebih bijak untuk dagangkan hanya persilangan MACD negatif dan jalur signal.

crossovers MACD negatif dengan talian isyarat

2. Aras-aras terlebih beli/jual

MACD juga boleh digunakan sebagai osilator. Bukan lagi satu rahsia bahawa pasaran sentiasa kembali ke nilai min (purata) dan MA yang pantas sentiasa kembali kepada MA yang perlahan. Lebih besar capahan antara kedua-dua purata bergerak (lebih tinggi atau rendah histogram MACD), lebih bullish/bearish pasaran itu dan lebih tinggi kebarangkalian pembetulan harga akan berlaku yang akan membawa MACD kembali ke 0.

Lantas dari itu, kita boleh berdagang dengan menggunakan aras tinggi/rendah MACD sebagai petanda pasaran sudah terlebih beli/jual. Oleh kerana indikator ini tidak mempunyai had atas atau bawah, anda harus menilai keekstreman dengan membandingkan aras-aras MACD secara visual. Sila maklum bahawa signal-signal seperti ini memerlukan pengesahan dari aksi harga atau indikator-indikator teknikal lain.

Tahap overbought / oversold

3. Persilangan garis sifar

Persilangan garis sifar bullish berlaku bila MACD bergerak dari negatif kepada positif, melintasi garis 0. Ia boleh digunakan sebagai pengesahan suatu uptrend. Persilangan garis sifar bearish berlaku bila MACD turun ke bawah 0 menjadi negatif. Ini boleh digunakan untuk mengesahkan downtrend.

Di sini, MACD memberikan signal berdagang sama seperti sistem dua purata bergerak. Salah satu strateginya adalah untuk membeli bila MACD naik ke atas dari garisan sifar (kekalkan posisi sehingga indikator kembali ke bawah 0) dan jual bila MACD menylang ke bawah garis sifar (dan tutup dagangan bila indikator kembali ke atas 0). Namun, pendekatan ini menguntungkan hanya bila trend yang kuat muncul. Sewaktu pasaran menjajar yang meruwap, ini boleh menjurus kepada dagangan-dagangan yang merugikan.

MACD Zero crossovers

4. Pencapahan (Divergences)

Sebagai tambahan, berikan perhatian kepada pencapahan/penumpuan antara indikator dan harga. Penumpuan bullish (Bullish Convergence) terbentuk bila harga membentuk harga terendah yang lebih rendah (lower lows), manakala minimum-minimum pada histogram MACD menjadi lebih tinggi (signal beli). Pencapahan bearish (Bearish Divergence) terbentuk bila harga membentuk harga tertinggi lebih tinggi, sementara maksimum-maksimum MACD menjadi lebih rendah (signal jual).

Konvergensi divergensi antara penunjuk dan harga

Kelebihan dan kekurangan.

Salah satu kelebihan terbesar MACD adalah ia indikator trend dan juga momentum dalam satu. Bagaimana pun, seperti indikator-indikator teknikal lain, MACD tidaklah sempurna. Kekurangan utamanya adalah ia memberikan signal lebih lewat dari aksi harga itu sendiri. Sebagai tambahan, MACD tidak memberikan aras renti rugi atau ambilan untung yang boleh terus digunakan.

Kesimpulan.

MACD adalah indikator teknikal yang sangat berguna. Ia menghasilkan pelbagai signal dan boleh digunakan sebagai asas yang kukuh untuk sistem perdagangan. Untuk menyaring signal-signal palsu, gunakan MACD yang digabungkan bersama perkakas-perkakas analisis teknikal yang lain. Contohnya penunjuk Envelopes dan ADX

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera