Dasar Pelonggaran Kuantitatif

Dasar Pelonggaran Kuantitatif

Apakah itu pelonggaran kuantitatif (QE)?

Seperti yang anda mungkin sudah maklum, tugas utama menstabilkan harga matawang digalas oleh bank pusat. Bank-bank pusat beroperasi secara terpisah dari kerajaan. Untuk mendukung kestabilan harga, sebuah bank pusat itu perlu mengawal inflasi dan mencipta persekitaran ekonomi yang stabil. Langkah-langkah ini boleh diaplikasikan menerusi dasar monetari.

Ada dua jenis dasar monetari: restriktif (ketat, mengecut) dan akomodatif (longgar, mengembang). Jenis dasar yang pertama digunakan sewaktu amaun tunai di dalam ekonomi sangat besar jadi bank meningkatkan kadar faedah untuk mengurangkan bekalan wang dan menggalakkan inflasi yang lebih rendah. Sebaliknya, dasar akomodatif digunakan bila pertumbuhan KDNK perlahan. Dalam kes seperti ini, bank pusat meningkatkan bekalan tunai dan mengurangkan kadar faedah. Kadar faedah yang rendah menarik para pelabur dan bertujuan untuk menjana aliran masuk tunai ke dalam ekonomi. Bila kadar sudah dikurangkan kepada 0% dan bank pusat masih berfikir untuk melakukan lebih banyak langkah-langkah sokongan, ia akan menggunakan pelonggaran kuantitatif.

Mula-mula, bank akan mengeluarkan wang elektronik, atau seperti yang anda pernah dengar, “mencetak duit”, walaupun dalam hal ini tiada tunai kertas terhasil.

Sebagai langkah kedua, ia akan membeli pelbagai ekuiti berbeza. Satu contoh bentuk pelonggaran kuantitatif yang klasik adalah pembelian bon-bon kerajaan, juga dikenali sebagai "Treasuries", oleh sesebuah bank pusat. Pemegang bon menerima tunai dan bank menambahkan bon-bon tersebut ke kunci kira-kira sebagai aset. Namun, Treasuries bukan satu-satunya bentuk ekuiti yang boleh dibeli oleh sesebuah bank pusat. Sebagai contoh, bank pusat Eropah membeli bon sektor swasta. Fed (Rizab Persekutuan, Federal Reserve) pula, pernah membeli produk-produk hutang yang dijamin dengan gadai-janji.

Ingat, bank-bank pusat tidak membeli bond secara langsung dari kerajaan. Kes seperti tiu dikenali sebagai pengewangan hutang (debt monetization, monetary financing) dan ia menyalahi undang-undang dasar monetari di ekonomi-ekonomi terbesar. Bank-bank pusat membeli bon atau hutang dari para pelabur besar seperti bank-bank atau dana pelaburan.

Bila wang disuntik masuk ke ekonomi, ia meningkatkan jumlah dana yang boleh digunakan di dalam sistem kewangan. Menurut hukum asas ekonomi, aliran masuk wang seperti ini menghasilkan bekalan wang murah (cheap money), justeru bank-bank komersil dan institusi-institusi kewangan lain mengurangkan kadar faedah untuk menggalakkan perusahaan dan pengguna untuk meminjam lebih banyak. Jika para pengguna dan pelabur berbelanja lebih, ia meningkatkan kadar penggajian dan pelaburan. Justeru ia melonjakkan ekonomi.

Bila bank pusat berhenti dari membeli bon-bon baru, ia mengekalkan apa yang sudah ada dalam kunci kira-kiranya. Jika bon ini matang (kebanyakan bon mempunyai tarikh matang, bila pelaburan asal dibayar oleh pemilik bon), ia digantikan dengan yang baru. Sebagai tambahan, sesebuah bank boleh membiarkan bon matang tanpa menggantikannya atau menjualnya kepada pasaran.

 Screenshot_3.png

Bagaimanakah QE memberi kesan kepada matawang?

Bila suatu bank pusat meningkatkan bekalan tunai, harga dan kuasa membeli matawang tersebut akan jatuh kecuali jika dasar pelonggaran kuantitatif turut dilaksanakan oleh negara-negara lain.

Mengapakah QE sangat berisiko?

Ada beberapa sebab mengapa dasar ini dianggap sebagai berisiko oleh para penganalisis:

1) ia boleh menyebabkan inflasi yang tinggi dan juga buih. Ramai pakar pasti bahawa QE boleh melonjakkan inflasi ke aras yang sangat tinggi.

2) Sesetengah penganalisis mengkritiknya kerana ia tidak berkesan. Mereka mencadangkan dasar fiskal (perbelanjaan kerajaan dan potongan cukai) sebagai penyelesaian terbaik untuk merancakkan semula ekonomi.

3) Akhirnya, ramai pakar mencadangkan bahawa QE hanya cara untuk kerajaan dan bank komersil menyembunyikan masalah mereka dan bergantung kepada bank pusat untuk menyelesaikannya.

Pelonggaran kuantitatif yang sedang diamalkan

Bank Jepun (BoJ) mula mengimplementasi QE pada 2001. Di waktu itu, ekonomi tidak berkembang dan inflasi meningkat. Oleh kerana ekonomi Jepun berprestasi agak baik, buat masa ini, BoJ mula memberikan petunjuk bahawa ia akan keluar dari program ini.

Bank Inggeris (Bank of England, BoE) dan Rizab Persekutuan (Federal Reserve, Fed) mengaplikasikan pelonggaran kuantitatif mulai dari krisis 2008. QE di Amerika Syarikat merendahkan kadar faedah gadai janji, menstabilkan inflasi, dan memperbaiki situasi penggajian. Dari sisi lain, ia ia merendahkan nilai dolar AS.

Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) memulakan program pelonggaran kuantitatif pada Januari 2015. Bank tersebut memutuskan untuk menghentikan dasar tersebut di penghujung 2018, walaupun pertumbuhan ekonomi lebih perlahan.

Kesimpulan

Ada banyak pro dan kontra untuk program pelonggaran kuantitatif. Dari satu sisi, ia pastinya akan mendukung ekonomi yang tidak berkembang. Dari sisi lain, ada risiko nilai matawang akan mengurang dan menghasilkan buih. Sungguh begitu, kesan dasar ini mampu memberikan lonjakan kepada aktiviti ekonomi di waktu-waktu ketidaktentuan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Apa yang boleh dijangkakan dari data Jualan Runcit Bulanan?

Amerika Syarikat akan menerbitkan data Jualan Runcit b/b pada 16 September, 15:30 GMT+3.

Kanada akan menerbitkan 5 Indeks Harga Pengguna (CPI) dalam sehari!

Kanada akan menerbitkan kadar inflasinya dalam pelbagai bentuk, termasuk CPI Biasa (Common), Median, Terpangkas (Trimmed), Teras (Core), dan Semua Item (All Items) pada 15 September, 15:30 GMT+3.

Data CPI Amerika Syarikat akan menggerakkann dolar!

Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat akan mengumumkan CPI dan CPI Teras bulanan pada 14 September, pukul 15:30 GMT+3.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera