Rangka masa

Rangka masa

Rangka masa adalah tempoh masa yang dipilih oleh seseorang pedagang untuk mengkaji pasaran. Terdapat beberapa rangka masa di MetaTrader, anda boleh temuinya di panel khas (untuk lihat sila klik View - Toolbars - Timeframes).

12233.jpg

Di MT4, pilihan rangka masa yang ada bermula dari carta 1 minit (M1) sehinggalah ke carta bulanan (MN).Rangka masa dari M1 hingga M30 dikenali sebagai rangkamasa pendek atau kecil, manakala rangka masa dari H4 hingga M4 dipanggil panjang atau besar. H1 terletak di tengah-tengah antara dua kategori tersebut.Jika anda buka rangkamasa pendek, anda akan dapat melihat dinamik harga bagi satu selang masa yang pendek, sebagai contoh, jika di carta M1 total keseluruhan masa yang terpapar di carta melingkupi selang masa selama sehari. Manakala di rangka masa MN, anda akan dapat melihat bagaimana harga berubah-ubah bagi selang masa beberapa tahun.

Apakah rangka masa yang terbaik untuk berdagang?

Para pedagang sering bertanyakan tentang apakah rangka masa yang terbaik. Tidak ada satu jawapan yang universal untuk soalan ini. Ia banyak bergantung kepada gaya perdagangan anda dan seberapa banyak masa yang anda ada untuk berdagang. Secara ringkasnya, jika anda ada masa untuk berdagang setiap hari dan mampu berhadapan dengan stres, anda boleh pilih rangka masa yang pendek-pendek di mana anda boleh melakukan banyak dagangan yang kecil-kecil. Jika anda tidak banyak masa, dan mahu mengelakkan tekanan emosi, rangka masa yang besar mungkin pilihan yang lebih sesuai untuk anda. Di sini anda boleh pelajari lebih mendalam tentang pemilihan rangka masa yang sesuai.

Setiap rangka masa memberikan anda perspektif yang berbeza tentang pasaran.

Dari satu sisi, rangka masa yang lebih kecil membolehkan anda melihat aksi harga dengan lebih terperinci. Jika anda seorang "scalper", iaitu orang yang setiap dagangannya hidup selama beberapa minit, ini ruang kerja yang sesuai untuk anda.

Dari sisi yang lain pula, jika anda mahu membuka posisi yang lebih besar/kasar, anda perlu beralih ke rangka masa yang lebih panjang. Pertama sekali, anda dapat melihat gambaran yang lebih luas tentang apa yang sedang berlaku di pasaran. Kedua, pergerakan harga lebih rawak di carta intrahari. Gerakan-gerakan ini dipanggil "hingar pasaran" (market noise). Rangka masa yang lebih besar membolehkan para pedagang menyaring perubahan harga yang memperdayakan ini dan pedagang boleh buat keputusan berdasarkan maklumat-maklumat yang benar-benar penting.

Sila maklum bahawa strategi-strategi perdagangan yang teretentu mungkin perlu digunakan hanya di satu atau beberapa rangka masa tertentu. Akhirnya, ingatlah bahawa anda tidak terhad kepada hanya satu-satu rangka masa. Sebaliknya analisis yang mengambil kira beberapa rangka masa boleh meningkatkan keberkesanan perdagangan anda.

Analisis Berbilang Rangka Masa

Perisian perdagangan moden membolehkan para pedagang melihat aksi harga di beberapa rangka masa dan bertukar-tukar dari satu rangka masa ke rangka masa yang lain dengan pantas. Para pedagang profesional telah lama mengetahui bahawa analisis berbilang rangka masa (multi-timeframe analysis) mampu menjadikan perdagangan lebih menguntungkan.

Solusi klasik adalah dengan menggunakan set 3 rangka masa. Bilangan rangka masa yang kurang dari itu akan menyebabkan signal palsu tidak dapat disaring, manakala bilangan rangka masa yang lebih banyak akan memberikan terlalu banyak data untuk diproses.

Bila memilih kombo rangka masa anda, mulakan dengan memilih rangka masa jangka sederhana, bergantung kepada seberapa lama anda mahu pegang dagangan anda. Kemudian pilih rangka masa yang lebih kecil dan yang lebih besar. Adalah lebih bagus kalau rangka masa sederhana anda 4 kali lebih panjang dari rangka masa jangka pendek anda, dan 4 kali lebih kecil dari rangka masa jangka panjang. (cth: H4-H1-M15).

Bila anda sudah pilih rangka masa anda, anda boleh mulakan analisis. Perkara yang paling penting di sini adalah untuk menganalisa rangka masa dengan turutan yang betul. Cara yang betul adalah dengan bermula dari yang besar dan seterusnya kepada yang lebih kecil. Jika tidak, timbul risiko anda akan memilih idea yang mempunyai peluang keberjayaan yang kecil kerana aksi harga di rangka masa yang lebih kecil mungkin hanyalah hingar pasaran (market noise) yang tidak bermakna apa-apa, manakala anjakan harga di rangka masa yang besar akan turut merubah situasi di rangka masa yang kecil juga.

Pedagang tersohor, Alexander Elder, mencadangkan skim berkerja dengan 3 rangka masa seperti yang berikut:

  • - Rangka masa besar: kenal pasti trend keseluruhan menggunakan EMA 13 dan MACD.
  • - Rangka masa sederhana: cari titik di mana pembetulan melawan trend (counter-trend correction) berakhir menggunakan Osilator Stokastik atau osilator lain.
  • - Rangka masa kecil: cari lokasi untuk pesanan anda dengan mengekori (trailing) suatu pesanan tertangguh (Buy Stop atau Sell Stop). Dagangan anda harus di dalam arah trend utama yang anda lihat di rangka masa besar.

12 (3).jpg

Strategi sebegini, juga dikenali sebagai Sistem Tiga Saringan (Triple Screen System) membolehkan kita mendapatkan signal-signal perdagangan yang mempunyai kebarangkalian keberjayaan yang tertinggi. Rangka masa pertama akan menghasilkan banyak signal manakala dua lagi rangka masa akan membolehkan anda memilih yang terbaik di antara mereka dan membuat kemasukan ke pasaran yang tepat.

Analisis Berbilang Rangka Masa adalah konsep yang universal untuk perdagangan di pasaran kewangan. Jadi tidak kira jika anda seorang scalper mahu pun pedagang posisi (position trader) pastikan anda meraih manfaat dari menganalisa beberapa rangka masa.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

Iklim Perniagaan Jerman Ifo

Jerman, ekonomi peneraju di Zon Euro, akan mengumumkan salah satu indikator ekonomi yang utama – Iklim Perniagaan Ifo Jerman pada 24 September, pukul 11:00 masa MT.

Acara Besar untuk GBP: Penyata Bank of England

Bank of England akan mengadakan mesyuarat pada hari Khamis, pukul jam 14:00 MT (GMT+3).

Pendorong Utama Pasaran: Penyata FOMC

FOMC, sebuah jawatankuasa dalam Rizab Persekutuan, akan mengadakan mesyuarat yang penting dan sidang media pada 22 September pukul 21:00 waktu MT (GMT+3).

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera