Pengenalan kepada perdagangan indeks

Pengenalan kepada perdagangan indeks

2021-07-28 • Dikemaskini

Dow Jones, FTSE, DAX… semua ini adalah perkataan ajaib yang anda lihat setiap hari di dalam berita, dan perubahan pada nilai mereka memberikan serangan jantung kepada para pelabur dan pedagang, serta membuatkan para pembuat dasar melaksanakan perubahan pada ekonomi mereka. Namun, pernahkah anda terfikri bahawa anda boleh dagangkan indeks ini dan ia boleh meningkatkan keuntungan anda dengan mudah? Mari pelajari bagaimana anda boleh lakukannya.

Definisi Indeks

indeks equity adalah tanda aras, yang mengukur prestasi harga beberapa (biasa yang terbesar) ekuiti yang tersenarai di suatu bursa. Nilai suatu indeks biasanya disebut dalam angka poin. Setiap indeks dikira secara berlainan, tetapi biasanya ia purata berpemberat (weighted average) bagi nilai semasa saham-sahamnya. Suatu syarikat dengan permodalan yang lebih besar memberi paling banyak impak kepada nilai indeks. Oleh kerana indeks bersifat komposit, ia mencerminkan kemantapan suatu pasaran atau ekonomi yang diwakilinya. Bila anda dagangkan indeks, anda tidak membeli pemilikan suatu aset yang anda dagangkan, sebaliknya anda berdagang atas dasar perubahan harga, seperti anda dagangkan matawang. Anda ramalkan arah pergerakan harga indeks, buka posisi, dan lihat ke mana harga akan pergi. Jika anda betul, anda akan mendapat wang.

Mengapa pilih indeks, bukannya saham individu?

  • Indeks akan memberikan anda satu pandangan luas terhadap pasaran antarabangsa. Bila anda berdagang indeks, anda memahami keadaan syarikat-syarikat dan saham yang diwakilinya. Sebagai contoh, bila anda berdagang indeks FTSE 100, anda mendapat akses kepada pergerakan syarikat-syarikat terbesar British.
  • Ia akan membantu anda fokus kepada saham-saham tertentu yang membentuk suatu indeks. Anda tidak lagi berbelah-bahagi antara sejumlah besar saham yang perlu anda pilih.
  • Sifatnya yang terpelbagaikan (diversified) mengurangkan kemungkinan harga bergerak secara tidak dijangka berdasarkan pengumuman berita yang mengejut.

Indeks Perdagangan

Ada banyak faktor yang harus diambil kira dalam pertimbangan bila berdagang indeks.

  1. Pada mulanya, pelajari bahagian yang membentuk indeks. Adakah ekuiti-ekuiti yang membentuk indeks tergolong dalam satu atau beberapa sektor pasaran? Jawapannya akan membantu anda fokus pada perkembangan suatu sektor yang tertentu, yang mungkin akan memberi kesan kepada nilai suatu indeks.
  2. Lihat pada korelasi antara matawang dan indeks. Indeks domestik cenderung terkorelasi dengan keadaan matawang sesuatu negara. Sebagai contoh, nilai indeks-indeks Amerika meningkat bila permintaan terhadap dolar Amerika juga meningkat. Sebab di sebaliknya adalah pelaburan asing: bila para pedagang dagangkan saham AS, mereka perlu membeli greenback terlebih dahulu. Ini akan menjadikan indeks AS meningkat nilainya.
  3. Selidik jika wujud korelasi antara indeks dan komoditi domestik suatu negara. Sebagai contoh, jika suatu negara adalah pengeksport minyak, indeksnya akan menaik bila harga minyak mentah adalah rendah. Jika suatu negara mengimport minyak (Jepun misalnya), indeksnya akan cenderung untuk jatuh.
  4. Semak perubahan pada senarai indeks dengan kerap. Saham-saham yang membentuk suatu indeks boleh berubah akibat dari pemodalan pasaran dan penggabungan serta pengambilalihan. Syarikat yang paling bernilai adalah yang mempunyai pemodalan yang terbesar. Pemodalan pasaran suatu syarikat adalah nilai total saham yang telah dikeluarkan dan dinilai oleh pasaran. Suatu Indeks itu terkesan dengan harga saham syarikat individu yang membentuknya. Sebagai contoh, jika pemodalan pasaran suatu syarikat jatuh, harga sahamnya mungkin terlalu kecil untuk kekal tersenarai dalam indeks. Justeru, sesebuah syarikat boleh digantikan dengan syarikat lain yang mempunyai pemodalan pasaran yang lebih besar. Tambahan lagi, penggabungan dan pengambilalihan (M&A) boleh mengubah saham yang tersenarai di dalam suatu indeks.

Bila saham-saham dalam suatu indeks berubah, pemodalan berubah juga, yang memberikan kesan kepada nilai akhir suatu indeks. Kerana itulah, adalah perlu untuk kita selalu mengikuti perubahan dalam senarai indeks, ikuti penguman kewangan dan berita untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan saham-saham tersebut.

Indeks mana yang harus didagangkan?

Selepas mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memilih indeks yang mahu didagangkan, anda boleh menganalisa carta-carata mereka di platform perdagangan MT5. FBS memberikan anda akses untuk berdagang beberapa indeks ternama.Brazilian Stock Exchange Index (Indice Bovespa, IBOVESPA) – adalah indeks tanda aras yang terdiri daripada 60 saham yang didagangkan di Bursa Saham Brazil (B3, Bovespa: BOlsa de Valores do Estado de São Paulo). Saham-saham di indeks ini membentuk 80% daripada volum yang didagangkan bagi 12 bulan terakhir dan yang didagangkan sekurang-kurangnya sepanjang 80% dari hari perdagangan. Ia juga sebuah indikator kemantapan ekonomi Brazil, kerana kebanyakan syarikat yang tersenarai ditubuhkan di situ.

The Financial Times Stock Exchange 100 Index (the FTSE 100 Index, FTSE 100, FTSE, the "Footsie") – indeks saham bagi 100 syarikat yang tersenarai di Bursa Saham London (LSE) yang mempunyai pemodalan pasaran terbesar. Mereka mewakili 81% dari pemodalan pasaran keseluruhan LSE. Banyak dari syarikat ini adalah antarabangsa, namun, indeks ini dianggap indikator prestasi ekonomi UK. Ia juga sangat terkesan dengan harga pound British.

DAX (Deutscher Aktienindex (Indeks Saham Jerman)) – adalah indeks saham yang terdiri dariapda 30 syarikat terbesar Jerman yang didagangkan di Bursa Saham Frankfurt yang mempunyai pemodalan pasaran terbesar.

Dow Jones Industrial average index (DOW, DJ) – adalah indeks saham 30 syarikat milikan awam yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Nama "Industrial" mempunyai pengertian sejarah kerana kebanyakan dari 30 syarikat moden yang membentuk indeks ini tidak terkait dengan industri berat. Walaupun asal-usulnya adalah Amerika, ia terkesan dengan bukan sahaja data syrikat, tetapi juga oleh berita dunia, peristiwa politik, dan bencana alam.

HS index (HSI) – adalah indeks tanda aras pemodalan berpemberat, yang menjejak prestasi 50 syarikat terbesar di bursa saham Hong Kong. Ia digunakan sebagai indikator untuk mengukur keadaan pasaran di Hong Kong. Saham-saham yang membentuk indeks tersebut haruslah terdiri dari saham yang membentuk 90% dari pemodalan pasaran keseluruhan bursa dan haruslah sudah tersenarai sekurang-kurangnya 24 bulan untuk mencapai kelayakan.

Kesimpulan

Di sebalik angka-angka besar dan peranannya sebagai wakil kepada sektor tertentu ekonomi atau malah suatu ekonomi yang berasingan, indeks adalah lebih mudah didagangkan dari yang disangka. Tambahan lagi, berdagang indeks juga membantu anda menjejak prestasi ekonomi pelbagai negara dan untuk menggunakan kelebihan dari pengetahuan ini bila berdagang matawang.

Serupa

Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze
Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze

Anda masih ingat pertumbuhan saham Tesla pada tahun 2020? Atau bagaimana GameStop melambung 10 kali ganda dalam beberapa minggu? Ini bukan "pertumbuhan organik" atau manipulasi pasaran. Peristiwa seperti ini dipanggil "Short Squeeze" dan saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk mencari dan meraih wang dengannya!

Relative Strength Index: Bulls lwn Bears
Relative Strength Index: Bulls lwn Bears

Apa yang diberitahu oleh RSI? Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strengh Index) adalah indikator yang digunakan dalam analisis teknikal untuk mengukur momentum perubahan harga…

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera