Bagaimana cara memilih saham?

Bagaimana cara memilih saham?

2021-09-16 • Dikemaskini

Anda telah memutuskan untuk melabur dalam saham, tetapi saham apa yang harus dipilih dan bagaimana? Baca artikel ini dan anda akan menemui panduan langkah demi langkah untuk memilih saham dengan betul.

Mari belajar asas-asasnya

Untuk memahami sama ada suatu saham itu berpotensi untuk berkembang atau tidak, anda perlu mengetahui istilah-istilah berikut.

Nisbah P / E

Nisbah harga-berbanding-perolehan (nisbah P/E) adalah salah satu alat yang paling meluas digunakan oleh pelabur dalam penilaian saham. P/E dikira sebagai harga sesaham dibahagi dengan perolehan sesaham. Untuk mengetahui harga sesaham semasa, anda boleh buka aplikasi FBS Trader atau MetaTrader 5. Untuk mendapatkan laporan perolehan yang terkini bagi suatu syarikat, anda hanya boleh but carian di Google untuk "[nama syarikat] investor relations" (Melayu: Perhubungan Pelabur [nama syarikat]) dan anda akan mendapat masa penerbitan laporan perolehan yang tepat, laporan-laporan yang lalu, dan laporan sebenar yang lengkap setelah ia terbit.

внутренняя howtochoosestocks_1.jpg

Nisbah P/E hanya menunjukkan berapa banyak yang dibayar oleh pelabur untuk mendapatkan satu dolar keuntungan. Pelabur menggunakan indikator ini untuk membandingkan beberapa saham yang berbeza atau bahkan antara prestasi semasa suatu saham dengan rekod silamnya.

P/E yang tinggi boleh membawakan maksud bahawa harga saham adalah tinggi berbanding dengan perolehan yang dijananya dan berkemungkinan sudah terlebih nilai (overvalued). Sebaliknya, P/E yang rendah mungkin menandakan bahawa harga semasa saham adalah rendah berbanding perolehannya.

Secara umumnya, jika P/E tinggi, pelabur menjangkakan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi pada masa akan datang berbanding syarikat dengan P/E yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, P/E yang rendah mungkin memberi isyarat bahawa sebuah syarikat dinilai terlalu rendah (undervalued) dan dengan itu ia berpotensi untuk meningkat atau syarikat itu sedang menunjukkan prestasi yang sangat baik berbanding dengan trend masa lalu.

P/E apa yang dikira sudah tinggi dan P/E apa pula yang masih rendah?

Tidak ada peraturan yang tegas untuk menentukan jika suatu angka P/E itu rendah atau tinggi, tetapi, biasanya, nisbah P/E di bawah 14 bermakna harga saham rendah, di atas 20 dianggap tinggi.

P/E yang rendah lebih baik?

внутренняя.jpg

Kebanyakan pelabur lebih suka melabur dalam saham dengan nisbah P/E yang lebih rendah kerana ini bermakna syarikat-syarikat ini mempunyai ruang untuk meningkat lebih jauh, tetapi ia juga melindungi dari sisi negatifnya, kerana syarikat yang lebih murah mempunyai kecenderungan yang lebih tipis untuk jatuh lebih rendah berbanding syarikat-syarikat yang lebih mahal bila pasaran merudum. Namun atas sebab-sebab yang jelas lagi nyata, anda juga tidak mahu membeli syarikat yang paling murah. Nisbah P/E yang jauh lebih rendah daripada purata di segmen saham yang sama mungkin satu petanda yang negatif.

Saham

Nisbah P/E

Goldman Sachs

9.17

 

Citigroup

9.89

Intel

12.58

 

Philip Morris

17.72

Qualcomm

18.49

Pfizer

20.03

Alibaba

26.10

Facebook

26.22

Google

30.22

MasterCard

56.30

Netflix

59.94

Kadar hasil dividen

Syarikat membayar sekian peratusan nilai saham kepada para pelaburnya, yang disebut sebagai dividen . Kadar hasilnya adalah pembayaran dividen tahunan dibahagikan dengan harga saham. Sekiranya sesebuah syarikat itu meningkatkan pembayaran dividennya setiap tahun, itu adalah signal yang positif bagi pelabur kerana ia menunjukkan kesinambungan ekonominya dalam suatu tempoh masa. Ada wujud beberapa syarikat di S&P 500 yang berjaya meningkatkan dividen mereka selama 25 tahun berturut-turut. Mereka digelar bangsawan dividen. Antaranya ialah Coca-Cola, McDonald's, Procter & Gamble, dll.

Jenis-jenis saham

Saham pertumbuhan adalah saham yang dijangka tumbuh lebih cepat daripada saham yang lain, dan itulah sebabnya ia dinamakan begitu. Kadang-kadang, saham jenis ini lebih berisiko tetapi pedagang lebih gemar memilihnya kerana potensinya yang lebih besar. Contohnya ialah Google dan Amazon. Syarikat-syarikat ini tidak pernah membayar dividen kerana mereka lebih gemar menggunakan modal yang ada untuk melabur dalam perniagaan dalaman.

Saham pendapatan adalah saham yang tidak meruap tetapi mempunyai rekod konsisten membayar dividen yang lebih tinggi berbanding saham-saham lain. Contohnya, AT&T, syarikat gergasi telekomunikasi.

Saham nilai adalah saham yang terkurang nilai (undervalued). Ia didagangkan pada harga yang lebih rendah daripada yang selayaknya, menurut penilaian pelabur/penganalisis. Caranya adalah dengan mencari dan menemukannya lebih awal daripada pelabur lain! Apabila orang lain menyedari potensinya, pemilik saham tersebut akan mendapat keuntungan. Contohnya ialah General Motors dan Ford.

Saham cip biru adalah saham yang telah lama meningkat dan dengan itu dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah. Namun, nilainya cenderung naik dengan lebih lambat berbanding saham-saham pertumbuhan dan tidak membayar dividen sebaik saham pendapatan. Contohnya ialah Microsoft dan Alibaba.

Saham bertahan adalah saham syarikat-syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang akan dibeli oleh orang ramai tidak kira apa yang terjadi. Ini termasuk saham-saham syarikat makanan dan minuman dan syarikat farmaseutikal. Contoh yang baik ialah peruncit gergasi Walmart.

Saham kitaran secara umumnya mengikuti kitaran pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi – mereka meningkat bila ekonomi berkembang tetapi jatuh bila ekonomi kemelesetan dan pasaran tidak stabil. Saham kitaran biasanya saham dari industri pelancongan dan perhotelan, pembuat kenderaan dan bank.

Saham spekulatif biasanya syarikat-syarikat muda yang memperkenalkan teknologi yang revolusioner atau produk-produk unik. Prestasi saham ini sukar diramalkan, dan ia dilihat sebagai pelaburan yang berisiko tinggi kerana pulangan yang tinggi lazimnya datang bersama risiko yang tinggi.

Bagaimana cara membina portfolio saham?

Pelbagaikan

Ia satu cadangan yang paling universal untuk para pelabur saham. Idea asas pempelbagaian (diversification) adalah untuk tidak meletakkan semua telur di dalam satu bakul - untuk merampai satu set yang terdiri dari pelbagai saham yang akan bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap peristiwa ekonomi yang sama. Tujuannya adalah untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Untuk mempelbagaikan, anda perlu melakukan perkara berikut.

  1. Melabur dalam pelbagai sektor. Cuba pilih sektor-sektor yang mempunyai kelebihan daya saing yang berterusan. Sebagai contoh, saham penjagaan kesihatan, saham kenderaan, dan saham bank akan menjadi kombo yang sempurna. Kaedah lain untuk mempelbagaikan adalah menggandingkan saham pertumbuhan dan sabam nilai; saham kitaran dan saham bertahan.
  2. Beli kedua-dua saham yang undervalued dengan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dan gergasi-gergasai yang sudh terbukti selama beberapa dekad seperti Amazon atau Google.
  3. Pelbagaikan saiz dan jenis syarikat.

Berfikir secara jangka masa panjang

Dalam jangka pendek, saham yang dipilih boleh turun naik, turun semasa kejutan pasaran, tetapi penting untuk terus mematuhi rancangan jangka panjang anda terutamanya semasa pasaran tidak stabil.

Ikuti berita dan trend pasaran

Sentiasa ikuti perkembangan berita pasaran saham dan pendapat pakar. Sebagai contoh, pada masa ini kenderaan elektrik sedang menjadi satu hype kerana Biden merancang untuk menjadikan AS bebas karbon dan penganalisis meramalkan masa depan yang cerah untuk saham-saham EV. Namun, bukan hanya Tesla, ada saham lain seperti Ford dan General Motors yang cuba beralih dari petrol ke elektrik dan ia juga dilihat sebagai saham nilai. Berikan perhatian baik pada trend keseluruhan pasaran saham dan juga pada berita syarikat-syarikat tertentu yang anda miliki atau yang anda minati.

Kesimpulan

Wah, banyak sekali maklumat yang telah dikongsikan di sini. Sekiranya anda membaca sehingga habis, anda seorang adiwira! Ambil masa yang secukupnya, cerna semua ilmu pengetahuan ini dan kemudian cari saham kegemaran anda!

P.S. Sekiranya anda berasa lemas dengan begitu banyak maklumat, pertimbangkan idea untuk memulakan pelaburan dengan dana indeks. Berikut adalah nasihat Warren Buffett kepada pemegang amanahnya tentang cara menguruskan wang yang akan ditinggalkannya kepada isterinya: “Masukkan 10% wang tunai dalam bon kerajaan jangka pendek dan 90% ke dalam dana indeks S&P 500 yang kosnya sangat rendah”.

2_howtochoosestocks_3.png.jpg

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Strategi perdagangan Ross Hook (RH)
Strategi perdagangan Ross Hook (RH)

Seperti yang anda ketahui, penganalisis teknikal bergantung pada harga masa silam untuk meramalkan harga di masa depan. Sesetengah pedagang cuba membuktikan pendekatan perdagangan ini salah dan tidak menguntungkan. Tetapi kami ingin menunjukkan kepada anda pola Ross Hook yang sudah terbukti menguntungkan selama 32 tahun.

Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze
Bagaimana Cara Mencari Short Squeeze

Anda masih ingat pertumbuhan saham Tesla pada tahun 2020? Atau bagaimana GameStop melambung 10 kali ganda dalam beberapa minggu? Ini bukan "pertumbuhan organik" atau manipulasi pasaran. Peristiwa seperti ini dipanggil "Short Squeeze" dan saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk mencari dan meraih wang dengannya!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera