Bagaimana cara untuk mula berdagang bersama FBS?

Bagaimana cara untuk mula berdagang bersama FBS?

2021-11-24 • Dikemaskini

Hello, kawan! Apa yang membawa anda ke sini?

Iklan FBS yang meriah di Internet, lagu nyanyian rapper terkenal Indonesia yang catchy, banner sewaktu perlawanan bola Leicester City, atau cadangan dari rakan anda? Atau mungkin anda sedang tercari-cari cara untuk menjadi seorang pedagang profesional?

внутренняя.png

Pelbagai Sumber Berbeza – Satu Penyelesaian Yang Sama

Sebabnya mungkin berbeza-beza, tetapi mari kita tanggapinya dengan jujur – anda berada di sini kerana anda ingin mula berdagang dengan FBS! Itu niat yang baik, yang akan membuka jalan yang sarat dengan peluang di hadapan anda tidak lama lagi! Jadi, bagaimana caranya untuk mula berdagang?

Langkah Pertama – Pilih perisian anda

Jawab satu soalan: Adakah anda ingin berdagang di komputer riba anda atau adakah anda lebih suka bekerja dengan telefon bimbit anda?

Kami tanyakan soalan ini kepada anda kerana ia akan mempengaruhi pilihan platform perdagangan anda. Mari lihat apakah kelebihan-kelebihan yang dinikmati oleh pengguna PC dan pencinta peranti mudah alih.

Jika anda lebih gemar berdagang di komputer peribadi atau komputer riba, anda boleh memilih MetaTrader 4 atau 5 . Anda mungkin mengenali dua perisian tersebut sebagai program yang sangat popular untuk bergiat di pasaran. MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 terkenal di kalangan para pedagang. Ia memberikan anda akses kepada pelbagai aparatus teknikal, membantu anda membina robot perdagangan anda (expert advisors), dan yang paling penting, membolehkan anda membuat pesanan perdagangan dengan hanya satu klik!

1.png

Beginilah rupa monitor pengguna MT sehari-hari.

Walaupun MetaTrader 5 adalah MetaTrader 4 versi yang dinaik taraf, setiap satu edisi tersebut mempunyai ciri-ciri khas dan unik yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih yang mana hendak dimuat turun. Kami senaraikan perbezaan yang utama di dalam jadual di bawah.

MetaTrader 4 MetaTrader 5
Perdagangan 35 pasangan matawang, 4 logam

Perdagangan 35 pasangan matawang, 4 logam, 11 indeks, 3 tenaga, 66 saham

Akses kepada akaun perdagangan ECN Lebih banyak indikator teknikal dan objek grafik untuk analisis pasaran
MQL4 untuk membangunkan aplikasi perdagangan. Ia dipercayai lebih mudah daripada MQL5 MQL5 untuk membangunkan aplikasi perdagangan. Bahasa ini dipercayai lebih efisien berbanding MQL4 dan ia membolehkan backtest dilakukan dengan lebih pantas

Komuniti yang lebih besar dan pasaran yang lebih meluas dan meriah untuk robot dan indikator yang boleh anda beli dan muat turun

Kalendar dan berita ekonomi terkamir ke dalam aplikasi

Lebih mudah untuk mereka yang baru hendak bermula

Jadi, jika anda ingin menjadi seorang scalper, menggunakan MetaTrader 4 adalah pilihan yang lebih baik, kerana ia memberikan anda akses kepada akaun ECN. Walaupun bilangan instrumen yang tersedia di sini terhad, akaun jenis ini membantu pedagang mengelakkan kelambanan (lags) dalam pelaksanaan pesanan. Selain itu, MetaTrader 4 lebih digemari oleh ramai pedagang yang baru sahaja memulakan kembara Forex mereka, kerana ia lebih mudah difahami untuk golongan pemula dan mempunyai lebih banyak tutorial berbanding MT5. Tutorial-tutorial ini boleh didapati, di antaranya, di laman web FBS di seksyen Tutorial video. Satu lagi poin yang memihak kepada MetaTrader 4 ialah komunitinya yang besar, yang telah mencipta dan berkongsi banyak sekali robot perdagangan. Anda boleh mengakses pasaran ini di tab "Market" di tetingkap "Terminal".

2.png

MetaTrader 5 pula, adalah pilihan yang lebih canggih untuk para pedagang Forex. Jika anda ingin dagangkan indeks dan saham, MT5 adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Selain itu, versi kelima MetaTrader ini membolehkan penggunanya membina strategi perdagangan dengan bahasa MQL5. Bahasa ini lebih berguna jika anda ingin melanjutkan pengajian anda mengenai perdagangan algoritma dengan bahasa pengaturcaraan yang lain (contohnya, C++).

Bagaimana dengan pengguna peranti mudah alih?

Bagi mereka yang suka berdagang di telefon bimbit mereka, FBS mempunyai penyelesaian berganda. Pertama sekali, anda boleh memilih MetaTrader untuk peranti mudah alih. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang sudah terbiasa berdagang dengan MetaTrader untuk PC. Jika anda tidak mahu bertukar ke platform baru, MetaTrader untuk perdagangan mudah alih mempunyai fungsi yang sama seperti program versi desktop. Satu lagi perkara yang penting ialah anda boleh berdagang dengan peranti mudah alih menggunakan akaun yang sama seperti yang anda gunakan di MetaTrader versi desktop.

3.png

MetaTrader untuk peranti mudah alih

Pilihan lain untuk pengguna peranti mudah alih ialah FBS Trader. Ia platform perdagangan baharu yang dibangunkan secara eksklusif oleh FBS untuk para pedagang FBS. Anda boleh mengakses semua instrumen kegemaran anda, menata suasana yang baik untuk pengurusan dana, dan menganalisis carta.

4.png

Langkah kedua – Daftar

Selepas anda memilih perisian, anda perlu membuka akaun. Sila maklum bahawa akaun untuk MetaTrader dan FBS Trader adalah berasingan dan tidak serasi antara satu sama lain. Jadi, anda perlu membuat keputusan terlebih dahulu sama ada anda boleh dan ingin membahagi-bahagikan dana anda untuk dimasukkan ke dua akaun yang berasingan.

Berdagang dengan MetaTrader

Jika anda ingin membuka akaun untuk berdagang di MetaTrader, pergi ke laman web rasmi FBS. Di penjuru sebelah kanan-atas, anda akan melihat butang "Buka Akaun". Ia akan membawa anda ke Laman Peribadi.

6.png

Di langkah ini, anda perlu memasukkan emel anda dan nama penuh anda. Selepas anda menukar kata laluan dan mengesahkan emel anda, anda akan ditunjukkan tetapan awal yang perlu anda laras suai mengikut keperluan anda. Ia termasuklah versi MetaTrader, matawang akaun, dan leveraj.

7.png

Selepas anda menekan butang “Buka akaun”, anda akan diberi maklumat pendaftaran yang perlu anda simpan.

Jika anda berjaya melengkapkan langkah ini, anda akan ditunjukkan Dashboard dan beberapa tab: Kewangan, Program Kesetiaan, Promosi dan Kalendar Ekonomi.

8.png

Di sebelah kiri, anda akan melihat senarai akaun-akaun anda. Untuk membuka akaun baharu, anda perlu klik pada butang +.

9.png

Bila anda klik butang ini, anda akan ditunjukkan jenis-jenis akaun yang boleh anda buka. Anda boleh baca butiran spesifik mengenai setiap jenis akaun di laman web FBS.

Sebagai contoh, jika anda ingin dagangkan kripto, anda perlu memilih akaun kripto. Akaun ECN sesuai untuk scalper, seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini. Jika anda tidak mempunyai banyak wang, anda boleh bermula dengan akaun Cent yang membolehkan anda berdagang dengan modal serendah $1 sahaja.

Untuk membolehkan anda melakukan deposit dan pengeluaran wang dari/ke akaun anda, anda perlu mengesahkan identiti anda.

10.png

Selepas identiti anda disahkan, anda boleh memilih kaedah yang difikirkan sesuai untuk urusan deposit anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai deposit, baca artikel kami di seksyen Tip Untuk Pedagang.

Berdagang dengan FBS Trader

Mari kita lihat cara membuka akaun di FBS Trader. Pertama, cari aplikasi ini di Google Play atau App Store. Anda juga boleh mengakses aplikasi ini secara langsung di laman web FBS

Selepas anda memasang aplikasi ini di peranti anda, anda perlu mendaftar. Jika anda sudah pernah membuka akaun di FBS, anda boleh menggunakan credential yang sama. Namun begitu, akaun perdagangannya tidak sama.

11.png

Selepas anda mendaftar, anda boleh memilih jenis akaun. Di FBS Trader, ada akaun Crypto, Standard dan Bonus Quick Start. Itu sahaja! Di langkah yang terakhir, anda perlu mengesahkan identiti anda, dan setelah itu anda perlu deposit dan sertai pasaran!  

Langkah ketiga – Cuba Akaun Demo

Jika anda tidak yakin dengan kemahiran berdagang anda atau anda ingin mencuba pelbagai strategi perdagangan yang berbeza, kami mengesyorkan agar anda bermula dengan akaun demo. Akaun jenis ini membolehkan anda berdagang menggunakan wang maya – anda tidak boleh mengeluarkannya dan anda tidak perlu membayar balik jika ia hangus. Di laman peribadi, anda boleh menemui pelbagai jenis akaun demo. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang akaun demo di dalam Buku Panduan FBS.

Persediaan akhir

Selepas anda menyelesaikan langkah-langkah di atas, anda sudah bersedia untuk mula berdagang! Jangan lupa untuk menyemak seksyen Pemula di dalam Buku Panduan FBS yang akan membantu anda memahami istilah dan peraturan berdagang Forex. Selain dari itu, tinjau media sosial analitik FBS, tempat di mana kami kongsikan signal-signal dan analisis yang berkaitan. Anda boleh temui kami di Youtube, Telegram dan Facebook.

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Strategi scalping yang anda dambakan
Strategi scalping yang anda dambakan

Kita semua tahu anda suka scalping, betul? Pendekatan perdagangan ini membantu anda mengambil kesempatan berdagang dengan jangka masa yang singkat (kurang dari 1 jam).

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera