Sistem

Sistem "Inside Trend"

2023-04-03 • Dikemaskini

Mari kita bincangkan tentang strategi yang efektif, yang terbentuk dari gabungan idea-idea terbaik para pedagang terkenal seperti Larry Williams, Ralph Elliott dan Alexander Elder. Kita akan telusuri strategi ini, selangkah demi selangkah, supaya ia lebih jelas untuk anda. Anda sudah bersedia? Mari kita mulakan.

Cari maksimum dan minimum

Pertama sekali, mari kita takrifkan beberapa istilah penting yang kita akan gunakan di dalam strategi ini.

Maksimum adalah sebatang candlestick, yang terletak di antara dua batang candlestick lain yang mempunyai harga tertinggi yang lebih rendah. Sebagai tambahan, adalah penting untuk kedua-dua candlestick yang mengapit "maksimum" mempunyai harga rendah yang lebih rendah.

max_strategy.png

Minimum adalah sebatang candlestick, yang terletak di antara dua batang candlestick lain yang mempunyai harga terendah yang lebih tinggi. Sebagai tambahan, adalah penting untuk kedua-dua candlestick yang mengapit "maksimum" mempunyai harga tinggi yang lebih tinggi. Sila lihat contoh di bawah. 

min_strategy.png

 

Takrifkan penyongsangan

Trend adalah arah gerakan secara umum bagi suatu aset di pasaran. Uptrend (trend bullish) terdiri dari serangkaian harga tinggi yang lebih tinggi dan harga rendah yang lebih tinggi – harga sedang meningkat naik. Downtrend (trend bearish) diklasifikasikan sebagai rentetan harga rendah yang lebih rendah dan harga tinggi yang lebih rendah – harga sedang menurun. Masa terbaik untuk masuk ke pasaran adalah ketika trend menyongsang arah.

Ada dua cara untuk mentakrifkan penyongsangan:

1. Jika ada uptrend dan anda temui minimum, lukiskan satu garisan merentasi harga penutupannya. Jika selepas garisan ini ditembusi (breakout) dua candlestick yang berikutnya tutup lebih rendah dari garisan ini, ia harus dianggap sebagai penyonsangan trend.

reversal2.png

2. Jika ada downtrend dan anda temui maksimum, lukiskan satu garisan merentasi harga penutupannya. Jika selepas garisan ini ditembusi (breakout) dua candlestick yang berikutnya tutup lebih tinggi dari garisan ini, ia harus dianggap sebagai penyonsangan trend.

reversal1.png

 

Masuk pasaran

Okay, sekarang kita boleh takrifkan penyongsangan. Mari cari masa terbaik untuk masuk ke pasaran. Kita akan gunakan konsep strategi Tiga Saringan (Triple Screen) Elder. Berdasarkan strategi itu, bila ada signal di rangka masa yang lebih besar, nantikannya di rangka masa yang lebih kecil dan buat kemasukan. Beri perhatian kepada semua syarat-syarat berkaitan. Anda mungkin berasa keliru dengan sesetengah langkah, tetapi gambarajah akan membantu menjadikannya lebih jelas.

Di bawah diberikan panduan yang terperinci:

1. Cari penyongsangan trend di carta harian seperti yang ditulis di atas.

2. Beralih kepada carta 4 jam.

3. Kes pertama: uptrend berlaku di carta harian.

  • Nantikan penembusan aras minimum terhampir di carta 4 jam.
  • Selepas penembusan, nantikan maksimum baru. Jika ia terjadi, pertimbangkan untuk membeli.
  • Letakkan Buy Stop di atas maksimum baharu, Renti Rugi – di bawah candlestick berikutnya yang ditutup lebih rendah dari maksimum ini.
  • Kemudian pindahkan Renti Rugi ke atas dan letakkannya di bawah setiap minimum baharu.

uptrend for strtehy.png

4. Kes kedua: downtrend berlaku di carta harian:

  • Nantikan penembusan aras maksimum terhampir di carta 4 jam.
  • Selepas penembusan, nantikan minimum baru. Jika ia terjadi, pertimbangkan untuk menjual.
  • Letakkan Sell Stop di bawah minimum baharu, Renti Rugi – di atas candlestick berikutnya yang ditutup lebih tinggi dari minimum ini.
  • Kemudian alihkan Renti Rugi ke bawah, dan letakkannya di atas setiap maksimum baharu.

*Di carta 4 jam, anda tidak perlu menunggu untuk dua candlestick berturutan selepas penembusan aras maksimum atau minimum kerana kita telah menunggu di carta harian. Anda hanya perlukan penembusan untuk aras ini.

downtrend for strategy.png

Bagus! Anda telah pelajari strategi baru yang efektif! Ia benar-benar unik kerana keringkasan dan keberkesanannya Renti rugi akan mengelakkan anda dari kegagalan. Bagaimana pun, sila waspada untuk mengelak dari menggunakan strategi ini di waktu acara penting ekonomi seperti pengumuman NFP. Sebagai tambahan, anda boleh gunakan bukan hanya keseluruhan strategi, tetapi juga komponen-komponennya: mentakrifkan penyongsangan trend, mencari minimum dan maksimum, dan meletakkan pesanan tertangguh. Selamat berdagang!

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera