Ramalan Luar Dugaan 2019

Ramalan Luar Dugaan 2019

2023-01-25 • Dikemaskini

Semua orang mahu mengetahui apakah yang mereka harus jangkakan akan berlaku pada tahun hadapan. Para pedagang juga tidak terkecuali.Kali ini kami telah menyediakan sesuatu yang baru dan menarik untuk anda. Kami fikir ianya membosankan untuk bercakap tentang perkara yang anda sendiri boleh jangkakan. Kerana itulah kami telah mengumpulkan semua peristiwa-peristiwa yang tiada siapa jangkakan tetapi boleh berlaku pada tahun 2019 dan membuat pasaran tunggang terbalik.

Donald Trump – POTUS yang paling "menarik"!

En. Trump boleh kita katakan sebagai orang paling berkarisma, luar jangkaan dan mengejutkan tahun 2018. Perang dagangan, kemelesetan pasaran minyak, sekatan ekonomi, NAFTA baru, semuanya terkait dengan presiden US yang satu ini.Sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan lagi, Trump mencari jalan untuk membatalkan dasar-dasar luar Barack Obama. Selain dari mempunyai sikap yang keras berkaitan dasar luar, Trump juga mengamalkan strategi yang mencuit intrik ramai berkaitan sektor teknologi, tenaga dan kewangan yang dianggap sebagai asas kepada ekonomi AS. Walaupun Trump dan dasar-dasarnya menerima kritikan, ekonomi AS menampakkan kemajuan besar pada penggal pentadbiran beliau sebagai POTUS.

Perang dagangan adalah power play Donald Trump yang paling signifikan dan taktik ini telah beliau mainkan pada tahun 2018. Dengan alasan AS telah kerugian banyak wang berdagang dengan China, Trump telah memperkenalkan beberapa tarif. Melihat kepada data dagangan AS-China, kita boleh katakan bahawa Trump mempunyai hujah yang berasas. Walaupun ramai pakar meramalkan penurunan pada ekonomi AS berakibat dari tarif-tarif tersebut, angka sebenar tampak kelihatan seperti sebaliknya. Tambahan pula, dolar AS dianggap sebagai aset perlindungan sewaktu perang dagangan semakin meningkat.

Kami menjangkakan En. Trump akan meneruskan strategi-strategi yang sama pada tahun 2019. Kita boleh menjangkakan lebih banyak berita tentang "sekatan ekonomi terhadap Iran" dan isu-isu Timur Tengah. Peningkatan bajet 2019 untuk Pentagon adalah indikator penting krisis global mungkin meningkat. Jika Trump meneruskan strateginya pada kadar sekarang, kita mungkin akan berhadapan dengan satu tahun di mana selera risiko akan berada pada paras yang rendah. Ia akan membawa kepada kerugian besar pada semua aset-aset yang berisiko. Oleh kerana permintaan terhadap komoditi-komoditi selamat meningkat, kita boleh menjangkakan kenaikan mendadak pada harga emas.

img_sait.jpg

Adakah pariti untuk pasangan EUR/USD mungkin?

2018 pasti akan diingati sebagai tahun kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat. Sejak dari pertengahan tahun, dolar AS telah menjadi matawang yang menguntungkan untuk carry trade disebabkan oleh ketidaktentuan di negara-negara lain dan kadar faedah mereka yang lemah.

Namun, situasi ini mungkin berbeza pada tahun 2019. Walaupun Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah kepada 3.50% pada tahun 2019-2020, ekonomi Amerika akan memperlahan kerana suasana global yang semakin melembap. Ia akan memberi impak negatif kepada hutang nasional. Kesannya, US akan perlukan wang yang lebih murah untuk ia mampu membayar hutangnya. Dasar monetari berbolak-balik sebegitu akan menggelincirkan nilai dolar AS.

Satu lagi faktor yang kita harus ambil kira adalah ketidaktentuan politik. Donald Trump mungkin berhadapan dengan pemecatan, memberikan tekanan tambahan kepada para pedagang besar untuk meningkatkan posisi short mereka untuk dolar AS.

Di satu sisi lain pula, pada penghujung 2018, bank pusat Eropah akhirnya telah meniruskan dasar pelonggaran kuantitatif (QE, Quantitative Easing) mereka. Kesannya, pada 2019, ECB harus menaikkan kadar faedah untuk pertama kali sejak sekian lama untuk memberikan sokongan kepada euro. Wujud kebarangkalian EUR akan dijadikan matawang pembayaran utama dalam dagangan mereka dengan seluruh dunia.

Mengambil kira semua faktor di atas, kita boleh katakan bahawa EUR/USD mungkin masih jauh dari pariti pada tahun 2019. SJika semua peristiwa di atas terjadi, euro akan melunaskan dendam terhadap USD dan melonjakkan pasangan tersebut ke 1.3000.

img_sait copy 4.jpg

Ketidakstabilan pasaran kewangan akan melonjakkan pasaran emas ke $1480/auns pada Q3 2019.

Ekonomi AS berkembang baik pada 2018. Pada suku kedua 2018, pertumbuhan KDNK AS mencapai 4.2% iaitu paras tertinggi sejak suku ketiga 2014. Kadar pengangguran mencecah paras terendah dalam tempoh hampir 50 tahun, sementara bilangan pekerjaan pada bulan Oktober meningkat sebanyak 250,000 dan gaji purata meningkat sebanyak 3.1%, kadar tertinggi dalam tempoh hampir 10 tahun.

Namun, pertumbuhan ekonomi pada 2019 mungkin tidak sebaik seperti yang telah dinikmati pada tahun 2018. Tampaknya polisi En. Trump sangat efektif tetapi beliau mungkin bermain dengan risiko demi kemenangan pantas tanpa memberikan perhatian kepada kesan jangka panjang dan harga mahal yang perlu dibayar untuk dasar-dasarnya. Dasar semasa mampu meranapkan kestabilan sistem kewangan global. Pada 2018, pasaran kewangan global kacau bilau dan ini hanyalah permulaan kepada keseluruhan kerosakan yang bakal tiba. Penghujungnya nanti, ia juga akan mempercepatkan lagi kemusnahan kuasa dolar.

Bagaimana dengan Fed?

Ekonomi AS yang kuat membolehkan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali pada 2018. Namun, kita semua tahu En. Trump tidak berpuas hati dengan dasar monetari semasa Fed. Wujud risiko sekiranya Rizab Persekutuan mengekalkan rentak mereka sekarang, Pengerusi mereka akan dipecat. Namun, bukan En. Presiden sahaja yang memberikan tekanan kepada dasar monetari. Ada desas-desus tentang kenaikan kadar yang lebih berhati-hati telah keluar dari mulut ahli-ahli FOMC. Namun, tidak kira jika Fed memperlahankan rentak mereka atau pengerusinya dipecat, ia akan menjejaskan USD.

Adakah USD yang lemah akan memberi lonjakan kepada pasaran emas?

Dolar yang meningkat naik adalah salah saut sebab untuk kemerosotan harga emas pada 2018. Namun, kita ada banyak sebab untuk mengatakan bahawa USD akan kehilangan kedudukannya pada 2019. Tambahan lagi, emas berjaya memainkan peranan sebagai aset perlindungan pada 2018. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, dalam tempoh 2019-2020, pasaran kewangan global akan menderita kerana perang dagangan akan semakin panas. Lebih berisiko dunia ini, lebih baik keadaannya unutk pasaran emas. Kesannya, pasangan XAU/USD akan mencapai $1480/auns pada suku ketiga 2019.

img_sait copy 2.jpg

Satu-satunya harapan untuk kripto

Kami mengagak, soalan "Adakah Bitcoin akan pulih tahun hadapan" atau "Adakah Bitcoin akan mencecah $2,000" adalah yang paling popular di kalangan komuniti kripto. Mari kita bincangkan bagaimana masa hadapan matawang kripto pada tahun 2019.

Matawang kripto yang tertua telah merosot teruk sepanjang 2018, jatuh dari harga tertinggi bulan Januari pada $17,200 kepada harga terendah bulan Disember di paras $3,200. Di antara sebab-sebab mengapa pasaran ini bearish, para penganalisis telah menuding telunjuk mereka kepada ketakutan terhadap cukai yang tinggi untuk aset-aset digital. Selepas Donald Trump menandatangan pelan cukai yang menjadikan semua aset kripto boleh dicukai, para pelabur hilang keyakinan terhadap aset pegangan mereka dan ini telah mencetus jualan besar-besaran.

Helah baru En. Trump?

Ironisnya, bank-bank besar melihat tindakan Trump sebagai faktor utama yang akan mendorong harga Bitcoin jadi lebih tinggi pada awal 2019. Selepas berhadapan dengan kemungkinan dipecat (ya, ia boleh berlaku), Trump mungkin cuba mendapatkan simpati rakyat semula dengan mengumumkan pemotongan cukai kripto. Menurut penganalisis, beliau telah lama menyimpan rancangan ini selepas beliau melabur pada Bitcoin pada tahun 2017. Dia akan merancang agar kripto dan blockchain menjadi asas yang terbaik untuk hubungan perdagangan antara AS dan negara-negara lain. Inilah sebabnya mengapa harga Bitcoin dijangka akan meningkat menuju paras $10,000 sekitar Febuari-April 2019.

Tambahan lagi, kegembiraan ini mungkin tidak bertahan lama. Menurut berita-berita yang terkini, Iran, salah satu negara yang menerima kripto, merancang untuk menggunakan matawang kripto untuk mengelak dari sekatan AS sejak Jun 2019. Mereka akan mengikut jejak langkah Venezuela dan mencipta matawang mereka sendiri yang disandarkan kepada harga minyak. Iran akan menggunakannya sebagai ganti kepada dolar AS untuk operasi berkaitan minyak. Jika Iran berjaya, ia akan membuatkan presiden US itu kecewa dengan aset-aset kripto. Komen-komen dan tindakan lanjut beliau mungkin akan menolak harga Bitcoin kembali ke paras sekitar $6,000.

img_sait copy.jpg

Bagaimana jika RBA melonggarkan lagi dasar monetarinya?

Bank Rizab Australia sudah menangguhkan kadar faedahnya sejak Ogos 2016. Tambahan lagi, sudah lama tidak ada kenaikan kadar, sejak November 2010. Bank pusat itu tidak mengubah kadar faedah dengan alasan AUD yang lemah memberi kesan positif terhadap data ekonomi.

Apakah yang pasaran jangkakan?

Walaupun RBA terus mendakwa ada ketidaktentuan dan meneruskan dasar monetari yang loggar, pasaran masih mengharap kenaikan kadar pada 2019. Dan walaupun kenaikan kadar tidak berlaku pada 2019, 2020 pasti akan ada kenaikan.

Tetapi bagaimana jika bank pusat bertukar menjadi pesimistik dan memotong kadar faedah?

Ia boleh berlaku atas 4 sebab.Sebab pertama adalah data ekonomi yang lemah. Walaupun bank pusat berkata kadar faedah yang rendah bagi dolar Australia mendokong pertumbuhan ekonomi, angka-angka sebenar tidak mengesahakan hal tersebut. Kejatuhan harga rumah, inflasi yang lemah, dan penurunan lebih besar pada ekonomi Australia adalah faktor-faktor penting untuk memotong kadar faedah.

Sebab kedua adalah kemungkinan perang dagangan menjadi semakin panas. Perang dagangan antara AS dan CHina amat negatif sekali terhadap dolar Australia kerana China adalah rakan dagang utama Australia. Kesannya, nada berhati-hati bank pusat itu mungkin akan berlanjutan.

Sebab ketiga adalah tersembunyi pada risiko terjadinya kemelut ekonomi global. Justeru, penurunan selera risiko (risk appetite) mungkin lebih besar dari yang berlaku pada 2018. Ketidakstabilan ekonomi global dan kemeruduman AUD boleh mendorong Bank Rizab mengendurkan lagi polisi mereka.

Sebab yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya adalah dasar monetari Fed. Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedah dengan signifikan pada 2018. Namun ada risiko kederasan kenaikan ini akan lebih perlahan pada 2019. Kesannya perbezaan antara kadar-kadar faedah akan berhenti melebar, membolehkan RBA mengekalkan dasar monetari longgar mereka. Tambahan pula, oleh kerana bank pusat ini telah mengekalkan kadar faedah mereka tidak berubah selama lebih 2.5 tahun, ia bukanlah suatu yang mengejutkan jika pemotongan kadar faedah berlaku.

Seberapa banyak kemerosotan yang boleh kita jangkakan?

Pasangan dolar Australia/AS mulai pulih pada Oktober 2018. Jika berlaku penurunan kadar faedah, pemulihan akan berhenti. Dalam hal ini, kemerosotan kepada 0.6345 sangat-sangat mungkin sekali.

img_sait copy 3.jpg

Bagaimana jika UK dan EU gagal bersetuju dalam rundingan Brexit pada 29 Mac 2019.

Pada 2018, pound British menerima tekanan tertinggi yang pernah ia terima dari rundingan Brexit dan ia tidak mengejutkan kerana tarikh akhir rundingan ini dijadualkan pada 29 Mac 2019. Masa telah berlalu namun perjanjian ini semakin hanyut.Undian terakhir Parlimen untuk perjanjian Brexit ini telah dirancang diadakan pada 11 Disember namun Theresa May telah membaalkannya. Mengapa? Kerana PM itu tahu perjanjian ini akan ditolak. Akhirnya, May telah berunding kembali dengan EU.

Senario terburuk untuk UK.

Senario pertama adalah referendum kedua. Walaupun Pn. May tidak mempertimbangkan referendum kedua mungkin berlaku, ia mungkin saja terjadi. Referendum kedua akan membawa lebih banyak ketidaktentuan kepada pasaran dan kacau bilau di dalam kerajaan UK. Tambahan pula, hasil referendum ini tidak boleh dijangka. Jika ada keputusan yang mengatakan UK tetap perlu tinggalkan EU, negara itu tetap seperti keadaan sekarang. Jika rakyat mengundi untuk kekal dalam EU, kerajaan British akan gagal.

Senario kedua berkaitan dengan yang pertama. UK mungkin memutuskan untuk kekal dalam EU tanpa referendum. Adakah anda fikir ia akan menyokong GBP? Tidak sama sekali. Ekonomi British dan pound telah banyak menderita disebabkan oleh rundingan Brexit. Jika akhirnya nanti negara ini tidak mendapat perjanjian tersebut, ia akan menghancurkan kerajaan UK dan memberi impak negatif terhadap matawang British.

Senario ketiga dan yang paling buruk adalah "no deal". UK telah memperjuangkan Brexit sejak Jun 2016. Jika negara itu gagal untuk setuju untuk mencapai apa-apa dengan EU, aia akan menjadi kejatuhan selanjutnya bagi pound British yang akan berterusan sehingga ada sebarang yang kepastian pada hubungan antara pihak-pihak yang terlibat.

Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa jika UK dan EU tidak mencapai persetujuan, kerajaan British, ekonomi dan pound akan ranap.

 img_sait copy 6.jpg

2019 akan menjadi tahun yang mencabar untuk minyak.

Komoditi yang meruwap ini menarik minat besar para pedagang. Mari kita tinjau masa lalu dan gariskan prospek masa depannya agar dapat memberikan anda kelebihan di pasaran minyak.

Paras harga 2014 di atas $100 setong kekal menjadi satu mimpi buat minyak. Pada 2018, Brent hanya mampu menghampiri $90. Harga minyak mentah meningkat sehingga penghujung September. Pasaran disokong oleh pemotongan pengeluaran oleh OPEC (Organisasi Negara-negara Pengeluar Petroleum) dan rakan-rakan sekutu mereka juga dengan sekatan ekonomi AS terhadap Iran. Kicauan provokatif dari Presiden Donald Trump sekali-sekala menyebabkan swing yang kacau-bilau pada harga. Kemudian faktor-faktor yang mendorong kenaikan harga minyak ternyata palsu dan harganya rebah sehingga kehilangan sepertiga nilainya.

Tahun yang mendatang

Walaupun minyak akan menstabil semula selepas OPEC mengumumkan had pengeluaran baru mulai dari Januari, sokongan ini nampak rapuh. Persetujuan yang dibuat oleh pengeksport-pengeksport minyak akan dikaji semula pada April. Dalam masa yang sama AS akan mempertimbangkan semula pengecualian yang ia berikan kepada lapan negara untuk terus mengimport minyak dari Iran. Donald Trump telah menyatakan dengan jelas keinginan untuk mengekalkan harga minyak yang rendah dan tampaknya harga $80 untuk Brent serta $70 untuk WTI adalah harga siling bagi beliau. Ameriak sendiri sedang mengepam minyak dengan banyak dan tampak seperti akan mengeluarkan leibh banyak lagi pada 2019. Dalam masa yang sama, permintaan yang kukuh yang dinikmati oleh minyak dalam beberapa tahun kebelakangan mungkin akan reda disebabkan oleh ekonomi global yang semakin memperlahan. Bekalan berlebihan justeru dari tindakan tersebut adalah untuk memastikan harga minyak mentah terus berada di bawah tekanan negatif, walaupun kejatuhan harga akan akhirnya diredakan oleh peningkatan permintaan yang akan naik bila harga turun. Secara keseluruhannya $70-$50 per tong adalah harga yang kami unjurkan bagi minyak mentah Brent pada tahun 2019.

Senario kes terburuk: OPEC bercerai berai

Kelangsungan yang terkuat adalah prinsip utama hukum alam. Ternyata OPEC perlu sama ada berevolusi atau mati. Negara-negara anggotanya pada masa ini berpecah-belah disebabkan oleh perselisihan nasional dan pertikaian politik. Arab Saudi dan Iran saling membenci, dan Qatar pula telah keluar. Tidak seperti Amerika Syarikat dan Rusia, negara-negara OPEC tidak mempunyai kelebihan kompetetif pengeluaran berkos rendah. Kecenderungan yang ada sekarang adalah untuk ekonomi global mengurangkan kebergantungan mereka terhadap minyak OPEC. Kesannya, blok ini akan terus kehilangan bahagiannya di dalam pasaran dan kebolehannya untuk mempengaruhi harga. Apakah kesan pembubaran OPEC kepada pasaran minyak? Jika tiada pengurangan pengeluaran secara terancang, maka hilanglah sokongan terhadap harga minyak mentah dan ini akan mendorong harga merudum sebanyak 50%.

img_sait copy 5.jpg

P.S.: melihat pada ramalan ini, jangan lupa bahawa kita sedang mempertimbangkan peristiwa yang tidak dijangka. Kebarangkalian ia akan berlaku tidak terlalu tinggi tetapi jika ia benar-benar berlaku, ia akan menyebabkan perubahan kritikal pada pasaran.

Serupa

Pelaburan Yang Sukses Dengan Logam Berharga
Pelaburan Yang Sukses Dengan Logam Berharga

Perang bermula dan berakhir, abad demi abad berlalu, namun logam kekal sebagai aset perlindungan yang terbaik untuk pelaburan. Mengapa ia begitu dikenali di kalangan para pelabur?

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera