1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 6 mitos yang paling lazim tentang perdagangan Forex
2023-04-03 • Dikemaskini

6 mitos yang paling lazim tentang perdagangan Forex

Di sini kami telah menghimpunkan beberapa mitos yang lazim tentang perdagangan Forex. Sebahagian darinya mungkin anda pernah dengar, tetapi kami telah putuskan untuk memberikan penerangan yang lebih ringkas untuk mereka yang mungkn alah dengan butiran teknikal.

Anda percaya dengan mitos-mitos tersebut? Baca dan beritahu kami apa yang anda fikirkan di dalam ruang komentar di bawah.

#1 Anda boleh mencapai kadar keberuntungan 100%

Kerugian adalah natijah yang tidak boleh dielakkan dalam perdagangan, dan setiap sistem/pedagang pasti pernah menghadapinya. Malangnya, kesempurnaan mustahil dicapai, para pedagang yang terbesar pun tetap akan pernah kerugian. Ada ribuan para peserta yang tidak dikenali di dalam pasaran. Setiap dari mereka mempunyai sasaran yang anda akan mampu ketahui. Seseorang pedagang dianggap telah melakukan kesilapan hanya jika beliau gagal mengikut pelannya, tanpa mengira keputusan  perdagangannya (untung atau rugi).

Peluang untuk untung itu wujud hanya kerana wujudnya kebarangkalian untuk rugi. Tanpa risiko, keuntungan mustahil dicapai.  Jika anda pelajari fundamental, telah membina strategi yang bagus, berdagang patuh kepada strategi dan menguruskan risiko dengan baik, akaun anda akan berkembang saiznya.

#2 Sebuah sistem yang bagus boleh digunakan di rangka masa yang berlainan, dan tetap menguntungkan

Pasaran mungkin bersifat 'fraktal' sehingga satu tahap, tetapi pola harga pada rangka masa lebih panjang adalah berbeza secara kualitatif jika dibandingkan dengan yang di rangka masa lebih pendek. Ini cenderung disebabkan oleh faktor-faktor makroekonomi, keratan rentas peserta, pemurataan kolektif yang lebih besar, kecairan yang diperlukan oleh para pemain heavyweight,  kesan relatif pengumuman berita, faktor sesi, dsb. Anda tidak boleh mengubah rangka masa strategi dan berharap ia memberikan hasil yang sama.

#3 Adakah benar tuah boleh habis?

Setakat ini tiada bukti saintifik bahawa jika anda telah membuat keuntungan, anda akan cenderung untuk tidak lagi untung di dagangan-dagangan seterusnya. Berhenti hanya kerana anda telah membuat keuntungan (untuk mengelak dari berdagang sewaktu sudah "kehabisan tuah") adalah berdasarkan kepada kerisauan yang khurafat. Jutaan pedagang mendapat keuntungan dan kerugian setiap hari, pasaran tidak akan mengubah tindak tanduknya hanya kerana disebabkan oleh seorang pedagang.

Secara mudahnya, peluangnya kekal sama hasil dagangan anda menambah atau mengurang, pada bila-bila masa. Tindak tandung dan kebarangkalian pasaran tidak akan berubah hanya kerana anda sudah menang atau kalah beberapa kali berturut-turut.

#4 Adalah lebih baik untuk fokus kepada satu atau dua pasangan major.

Ia mungkin berkesan untuk sesetengah orang, tetapi biasanya para pelabur berpengalaman menasihatkan untuk mempelbagaikan portfolio anda. Ini membantu menguruskan risiko dan juga berguna dalam berdagang.

Sebagai contoh, menggandingkan matawang yang terkorelasi secara paling negatif (paling kuat melawan yang paling lemah) memberikan kebarangkalian menangkap gerakan yang paling kuat dan kemas.

Sebagai contoh, jika GBP/USD dan USD/JPY kedua-duanya sedang dalam trend menaik, dan GBP > USD > JPY, maka GBP/JPY akan berada dalam trend menaik dengan kecerunan yang lebih curam lagi.

#5 Menambah lebih banyak saringan (filter) kepada carta akan mempertingkat perdagangan anda

Semua indikator berasaskan kepada harga (dan dalam sesetengah kes, volum). Ini bererti menambah lebih banyak indikator kepada rangka masa yang sama tidak semestinya akan memberikan pengesahan yang berasingan, atau memberikan nilai tambahan. Tentu sekali, seseorang pedagang itu pasti akan masuk berdagang pada suatu kandil, dan dia boleh masuk pada kandil yang lebih awal atau kemudian hanya dengan mententukur (recalibrating) mana-mana indikator sedia ada.

Indikator-indikator non-linear (yang bertujuan untuk mengurangkan lamban (lag) dan lajakan (overshoots) tanpa mengorbankan kelicinan) tidak semestinya lebih superior dari indikator konvensional. Percubaan untuk memasuki pasaran lebih awal boleh membawa kepada entri yang menangkap pembetulan minor di dalam trend, berbanding dengan pembalikan skala penuh yang dikehendaki.

#6 Semua Pergerakan Harga Adalah Rawak

Ramai pedagang dan penganalisa telah memikirkan tentang perkara ini. Adakalanya ia kelihatan seperti apa sahaja yang anda lakukan, pasaran tetap sahaja tidak boleh diramal. Ramai yang telah terperangkap dengan pola fikir sebegini, namun kita akan terus bersikap rasional dan cuba menganalisa apa ertinya jika ini adalah benar.

Bayangkan jika semua jenis analisis adalah tidak berguna, semua sistem akan mempunyai jangkaan jangka panjang sifar, semua penyata Untung Rugi akan jadi rawak dan semua pedagang akan akhirnya kerugian. Ini bunyinya seperti malapetaka dan dalam masa yang sama tidak realistik.

Ramai pedagang yang cekap sudah pun tahu bahawa ini pastinya tidak benar, tapi mari kita kumpulkan bukti betapa ia tidak rawak untuk mereka yang ragu-ragu.

- Lonjakan besar harga yang berlaku selepas pengumuman berita

- Penstabilan harga atau pengambilan untung cenderung berlaku sebaik selepas tanjakan harga akibat berita.

- Para pedagang cenderung meletakkan stop-stop mereka sebaik selepas titik swing.

- Kemeruwapan sering mereda dengan signifikan bila pasaran menantikan pengumuman berita besar, dsb.

Bagaimana pun, fakta yang mengatakan bahawa wujud sifat tidak rawak tidaklah secara automatik bermakna para pedagang boleh mengeksploitnya untuk keuntungan pada setiap masa. Pepaku (spikes) yang terjadi ketika berita merah diumumkan adalah salah satu contohnya.

Pernyataan "Semua Pergerakan Harga Adalah Rawak" adalah salah. Ia sudah dibuktikan dan secara matematiknya memungkinkan keuntungan dijana secara sistematik menerusi perdagangan. Apa yang tampak seperti rawak, sekali imbas, barangkali hanyalah kekurangan maklumat atau ilmu pengetahuan.

Gunakan pengetahuan anda

Baca lebih lanjut

  • 4164

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera