1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 8 Bulan Untuk Mendapat Pengikut Dan Inspirasi
2023-04-03 • Dikemaskini

8 Bulan Untuk Mendapat Pengikut Dan Inspirasi

Image_001-cover.jpg

Bila bercakap tentang impian yang besar, ramai dari kita tersangkut dan tidak berusaha untuk mencuba pun.

Jika anda salah seorang dari mereka yang benar-benar perlukan dorongan, satu petunjuk misteri yang membuatkan anda percaya dengan peluang tanpa batasan, artikel ini telah menemui pembacanya yang tepat. Dapatkan inspirasi dan serlahkan potensi tersembunyi anda!

Berkomunikasi, Hadapi Cabaran, Tuai Ganjaran

Kenali Atikou Sanga (nama panggilan, Atikouchi) dari Burkina Faso, Afrika. Beliau salah seorang pedagang di app FBS CopyTrade, dengan 130+ pelabur yang percaya dengan strategi perdagangan beliau. Lapan bulan lalu, beliau tidak menyedari tentang kebolehan beliau, lantas tidak mengharapkan banyak dari hari-hari esok. Mujurlah, fikiran beliau yang curiga dan inkuisitif, serta naluri beliau tentang keuntungan, telah membawa beliau ke arah yang betul.

Pada mulanya, ia bukanlah tentang kejayaan atau populariti untuk Atikou. Beliau hanya mahu menyelesaikan konflik beliau. Di satu sisi, beliau mahukan kebebasan kewangan; di sisi yang lain pula beliau tidak tahu bagaimana hendak mencapainya. Dia bingung, namun keinginan untuk membuat pilihan kewangan beliau dengan bertanggungjawab sungguh tinggi dan ini telah membuat beliau menceburi dunia perdagangan. Mula-mula, ia lantaran dari rasa ingin tahu, tetapi kemudian beliau mendapati ada sungguh banyak pilihan untuk pertumbuhan profesional yang tidak henti-henti.

"Saya memutuskan untuk serius dengan matlamat saya," — kata beliau.

Untuk beliau, itu bererti terjun dan menyelam sedalam-dalamnya. Namun beliau fokus bukan ke atas masalah, tetapi pada prospek — tiba-tiba semuanya tampak jelas. "Pasaran meruwap" — kata mereka. Tetapi bila semuanya menjadi kacau bilau, peluang-peluang perdagangan muncul.

Apa yang beliau fikir memerlukan masa bertahun-tahun untuk dicapai, berlaku dalam beberapa bulan. Dia bermula setelah seorang rakan mengesyorkannya untuk menyertai FBS. Setelah mengikuti kursus latihan untuk mempelajari asas-asas perdagangan FX, Atikouchi mula membuat pesanan untuk merasai nuansa pasaran dan menjadi lebih yakin dan berasa selamat secara psikologi. Kini beliau berdagang 4-5 jam sehari dan berkongsi prestasinya di aplikasi FBS CopyTrade. Beliau tidak pernah berhenti memperbaiki tekniknya. Kesungguhan dan "perfectionism" ini mendatangkan ramai pengikut baru untuk beliau. Orang merasa yakin dengan kejayaannya dan termotivasi dengan cara beliau bertindak di pasaran.

Sebenarnya, ia kerjasama dua hala. Pelabur tidak hanya mengikuti Atikou, tetapi mereka juga berkomunikasi di media sosial, memberinya maklum balas yang sangat berharga tentang apa yang sedang dilakukannya. Walaupun sebahagian besar peniru beliau berpuas hati, dia tetap mendengarkan suara mereka dengan teliti dan meningkatkan kualiti servis beliau!

Di samping itu, beliau berasa puas hati dengan karier yang beliau pilih.

Dia menyatakan: "Saya berasa senang hati mengetahui bahawa orang lain beroleh manfaat dari posisi-posisi saya. Saya suka menjadi seseorang yang beraspirasi untuk mencapai kemandirian dan kebebasan kewangan. Saya ingin memberitahu khalayak sasaran bahawa perdagangan benar-benar memberikan pulangan dan boleh mengubah situasi kewangan manusia dengan pantas jika diamalkan dengan bijak."

Image_002.jpg

CopyTrade Dari Persepsi Seorang Pedagang

Kami banyak bercakap mengenai manfaat yang ditawarkan oleh CopyTrade kepada para pelabur. Terutamanya bagi mereka yang kurang berpengalaman dan baru memasuki dunia FX. Faedahnya cukup jelas: mereka boleh bermula dengan pantas dan belajar sambil melakukannya; tidak ada usaha tambahan yang diperlukan dari mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Tetapi bagaimana pula dengan pemain pasaran yang mahir?

Seperti yang anda boleh lihat dari kisah kejayaan Aitken Sanga, CopyTrade juga sesuai untuk para pedagang profesional.

Dengan dedikasi yang tinggi, anda boleh dapatkan kepercayaan dari orang ramai dan tingkatkan pendapatan anda dengan hanya berkongsi apa yang memang anda lakukan setiap hari. Tidakkah bagus? Di CopyTrade, pedagang yang berprestasi tinggi mendapat komisen 5% dari setiap pelaburan, amaun yang agak baik, terutamanya apabila jumlah pengikutnya bertambah dari masa ke semasa.

Untuk berkongsi urusniaga, anda hanya perlu menerbitkan akaun anda ke aplikasi CopyTrade dari Laman Peribadi FBS anda. Itu sahaja! Kemudian anda boleh pergi ke aplikasi dan melihat statistik peribadi, menjalin hubungan, dan berkomunikasi dengan orang yang berkongsi fikiran. Semuanya mengenai interaksi sosial, rangkaian, dan berkongsi idea serta wawasan mengenai FX. Pemula menginginkan pemimpin dan pedagang yang berkarisma dan berkepakaran tinggi yang boleh dipercayakan dengan dana mereka, belajar dari mereka, dan percaya bahawa cita-cita dan usaha mereka akan membuahkan hasil.

Walau apa pun, anda tak akan tahu sehingga anda mencubanya sendiri!

Image_003.jpg

Melewati kejayaan

Satu pengajaran yang boleh kita pelajari dari "pedagang hari ini" kita adalah betapa anda tidak perlu terlalu berjiwa keras untuk berjaya. Anda boleh hanya lakukan hal-hal anda dengan teliti, layan para pengikut anda dengan hormat, mendengar maklum balas mereka, dan terus meningkatkan diri setiap hari.

Jika anda tersangkut di peringkat permulaan dan mempunyai keraguan berkenaan perdagangan, cari suara dalaman yang akan membantu anda menyedari bahawa kesungguhan anda untuk belajar adalah kuasa anda yang sebenar. Jangan biarkan perasaan tidak yakin anda menahan anda dari maju.

Kepuasan dari kejayaan, serta kebebasan yang datang dengan kemandirian kewangan, dapat membuatkan usaha anda mengatasi rintangan berbaloi. Segalanya mungkin- kerja keras anda pasti akan berbaloi!

Terima kasih, Atikouchi, untuk inspirasi ini dan selamat berjaya untuk urusniaga anda di masa hadapan.

Muat turun app

Baca lebih lanjut

  • 2565

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera