1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Perdagangan algoritma: biar mesin yang berkerja untuk anda
2023-05-03 • Dikemaskini

Perdagangan algoritma: biar mesin yang berkerja untuk anda

GM-1939 обложка.png

Di dalam dunia di mana semua orang sedang heboh memperkatakan tentang pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan, aktiviti perdagangan berpaksikan komputer turut mendapat tempat dan tumbuh dengan subur. Ia dipanggil perdagangan algoritma (atau perdagagnan terautomasi). Secara amnya, ia adalah sistem yang beroperasi berdasarkan algoritma yang telah diprogramkan siap-siap. Set peraturan ini melakukan apa yang mustahil dilakukan secara manual oleh manusia: ia bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan pasaran dan mempunyai pendekatan perdagangan yang lebih sistematik. Yang paling penting, perdagangan algo bebas dari kesan negatif emosi manusia terhadap proses perdagangan.

Kelebihan perdagangan algoritma

  • Perdagangan anda dilaksanakan pada harga yang terbaik.
  • Perdagangan dilaksanakan dengan betul dan serta-merta.
  • Sistem ini memeriksa pelbagai situasi pasaran secara automatik.
  • Ia mengurangkan risiko kesilapan manual dan psikologi yang biasanya dilakukan oleh otak manusia.
  • Anda boleh menguji (backtest) strategi perdagangan algoritma menggunakan data silam.

Kekurangan perdagangan algoritma

Adakalanya anda boleh terlepas peluang perdagangan lantaran dari beberapa situasi di pasaran yang belum diprogramkan menjadi sebahagian dari algoritma.

Seperti yang anda boleh lihat, perdagangan algo adalah kaedah yang moden, cepat dan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pasaran yang cepat berubah.

Siapa yang menggunakan perdagangan algoritma?

Kekuatan algoritma digunakan untuk pelbagai jenis aktiviti pelaburan dan perdagangan. Ia diterima pakai secara meluas oleh para pelabur jangka masa sederhana dan jangka panjang – kumpulan wang persaraan dan syarikat-syarikat insurans. Mereka menggunakan perdagangan algo untuk membeli saham dalam jumlah yang besar. Sebagai contoh, dengan bantuan mesin, mereka dapat membeli sejumlah besar saham setiap lima minit atau jam tanpa menyebabkan kenaikan harga. Oleh itu, ia amat membantu mencegah situasi di mana kegiatan syarikat besar memberikan impak yang besar ke atas pasaran saiz pesanan mereka yang bukan kepalang. Penggerak pasaran, seperti syarikat perbrokeran, spekulator, dan pedagang arbitraj, juga memanfaatkan perdagangan forex terautomasi ini. Sekiranya anda seorang pedagang trend, memprogramkan aturcara perdagangan anda terlebih dahulu sebenarnya lebih mudah untuk anda. Selebihnya akan dilakukan oleh program.

Bagiamanakah rupa algoritma perdagangan yang ringkas?

Sekiranya anda seorang pedagang yang berpengalaman, anda tidak memerlukan masa yang lama untuk membina algoritma perdagangan yang mudah. Yang anda perlukan hanyalah menentukan strategi yang akan anda terapkan.

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli Emas menggunakan strategi scalping Emas, arahan anda – yang diringkaskan – untuk di masukkan ke dalam program akan kelihatan seperti berikut:

Beli 0.01 lot emas, jika Williams’ Percent Range: Fast (9) dan Slow (54) naik lebih dari -30.

Sekiranya kedua-dua Fast (9) dan Slow (54) Williams’ Percent Range jatuh lebih rendah dari -30, tutup posisi.

Sekiranya harga emas jatuh 5 pip, tutup posisi.

Sudah pastilah rupa versi sebenar kod strategi ini tampak lebih rumit. Namun, jika anda belajar cara-cara untuk memprogram algoritma ini, perdagangan anda akan dilaksanakan secara automatik.

Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan algo?

Sekiranya anda berpengalaman dalam pengaturcaraan dengan Python, Matlab, JAVA, atau C ++, anda boleh cuba membina strategi perdagangan algoritma anda. Pedagang FBS yang berkerja menggunakan MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 boleh menggunakan komponen perdagangan algoritma yang dihasilkan dengan MQL. MT membenarkan perdagangan forex automatik menerusi bantuan robot perdagangan, yang juga dikenali sebagai Expert Advisors. Robot ini dapat menganalisis sebut harga instrumen kewangan dan juga melaksanakan operasi perdagangan. Sekiranya anda mahir dalam pengaturcaraan, anda boleh membina bot anda sendiri menggunakan bahasa MQL.

Sekiranya anda ingin menguji robot percuma atau berlatih membina robot baru, anda boleh tinjau seksyen Code Base di dalam terminal MetaTrader anda. Ini adalah kod sumber untuk indikator dan robot yang dibina oleh ahli-ahli komuniti MT.

1.png

Pilihan lain adalah dengan membuka seksyen pasaran MT, di mana anda boleh membeli atau mendapatkan Expert Advisor, indikator, dan utiliti lain.

2.png

Mari kita pertimbangkan contoh penggunaan expert advisor yang telah dibangunkan. Salah satu pilihan yang ada ditunjukkan di dalam screenshot.

3.png

Setelah memuat turun expert advisor dari pasaran, anda boleh terus menggunakannya di carta. Di input, anda boleh melihat presetnya, yang anda boleh ubah, jika anda mahu.

4.png

MetaTrader membolehkan anda berlatih kemahiran anda menggunakan MQL dan membina expert advisor anda berasaskan expert advisor yang yang ada. Untuk melakukannya, klik pada Ea berkaitan di tetingkap Navigator dan pilih “Create in MetaEditor”. MetaEditor adalah program yang membolehkan anda membaca dan menulis kod MQL.

5.png

Setelah menyiapkan semuanya, anda boleh menguji EA anda berdasarkan harga silam. Buka tetingkap “Strategy Tester” dengan mengklik “Test” (gambar atas). Pertama, anda perlu pilih pasangan, tetapkan tarikh, amaun deposit, dan bahkan leveraj untuk ujian anda. Selepas itu, tekan butang “Start” di sudut kanan “Strategy Tester” anda. Tindakan ini akan membuka tetingkap visualisasi strategi perdagangan algoritma anda.

6.png

Anda boleh tunggu sehingga ia selesai menajalankan analisis, atau anda boleh tatal ke masa tertentu dengan mengklik "Skip to". Dengan cara ini, anda akan mendapat keputusan akhir ujian anda (gambar bawah). Menurut hasil yang diterima, kami telah dapat +$110.64 dengan EA scalping kami dalam tempoh sebulan. Boleh tahan, bukan?

7.png

Kesimpulan

Sesetengah orang mengatakan bahawa mustahil untuk beroperasi di pasaran tanpa amalan yang betul dalam kewangan kuantitatif. Menurut pandangan kami, perkara yang paling perlu bagi pedagang adalah mempunyai strategi yang ketat. Walaupun kami bersetuju bahawa pengaturcaraan mungkin sukar dan rumit bagi mereka yang tidak pernah mencubanya, strategi yang baik yang dikembangkan dengan alat MetaTrader dapat memberikan hasil yang berkesan walaupun tanpa kod perpustakaan yang berat.

Baca lebih lanjut

  • 2787

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera