1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. George Soros – Billionaire Yang Tidak Memandang Duit
2023-12-21 • Dikemaskini

George Soros – Billionaire Yang Tidak Memandang Duit

1.png

Pelabur, dermawan, aktivis sosial, penulis, orang ke-56 terkaya di dunia menurut Forbes, dan pastinya, seorang lagenda. Ya, anda pasti dapat membayangkan siapakah sosok yang kami maksudkan. Semua gelaran ini diberikan kepada pemodal Amerika, George Soros, atau mungkin lebih sesuai kalau kami katakan memang selayaknya diberikan kepada ikon berusia 86 tahun ini. Anda katakan apa sahaja tentang beliau, tetapi satu perkara tetap tidak berubah — beliau tokoh yang namanya tidak lekang di bibir masyarakat selama berdekad-dekad. Ini terutama sekali selepas malam di mana beliau telah mengaut keuntungan sebanyak satu bilion pound. Ya — anda boleh jadi bingung seberapa banyak sifar yang diperlukan bila cuba menuliskan angka ini.

Bagaimana Soros berjaya melakukannya? Apa lagi yang beliau telah lalui dan capai? Dan mengapa orang-orang di seluruh duia dan terutama sekali komuniti FX mengidolakan lelaki ini? Hari ini, kita akan mengenang kisah seorang pedagang yang masyhur di serata dunia dan mungkin yang paling pemurah di sepanjang zaman.

Anak yang pintar, hidup yang suram

2.png

Pertama sekali, kisah Soros tidak seharusnya menjadi sebuah kisah ala-ala "zero-to-hero". Dilahirkan pada tahun 1930 dengan nama György Schwartz, beliau berasal dari sebuah keluarga Yahudi menengah-atas yang tinggal di Budapest dan mampu memberikan masa dpean yang makmur untuk anak mereka yang bercita-cita besar. Namun, memandangkan latarbelakang keluarga dan era beliau membesar, cabaran yang menanti beliau di dalam hidup bukan alang kepalang. Perang telah merubah kehidupan György.

Keluarga beliau menggunakan nama keluarga yang baharu, dokumen palsu, persembunyian, dan berpisah untuk mengelakkan dari pembantaian Anti-Semitisme di mana mereka sentiasa dihantui kebimbangan ditangkap dan dibunuh. Di dalam keadaan seperti ini, saudara-mara Soros tetap sahaja berjaya membantu orang lain yang berhadapan dengan nasib yang sama. Mujurlah, keluarga ini berjaya mengharungi semua ini dan pada usia 17 tahun, Soros berhijrah ke England untuk belajar dan menjadi ahli falsafah.

Salad di London — yang manis dan pahit

3.png

Cuba teka, universiti di London yang mana satu menjadi sekolah George Soros? Sesetengah dari anda mungkin sedang memikirkan apakah universiti tidak ternama yang yurannya di dalam kemampuan seorang budak pelarian perang Yahudi. Yang lain pula masih cuba memahami bagaimana beliau masih boleh belajar berbanding berkerja keras untuk menjamin kelangsungan hidup. Mengapa tidak? Beliau berkerja separuh masa sebagai pelayan dan porter di stesen keretapi untuk membiayai pengajian beliau. Kedua, universiti yang beliau masuki adalah London School of Economics (LSE).

Boleh tahan, bukan? Soros tinggal di rumah bapa saudara beliau ketika beliau meneruskan pengajian di salah satu universiti paling berprestij di England, berguru dengan ahli falsafah terkenal, Karl Popper. Tatkala beliau mencerna idea-idea mahaguru tersebut, yang tidak jauh berbeza dari pandangan beliau sendiri, Soros akhirnya sedari bahawa beliau sebenarnya lebih berminat dengan ekonomi. Selepas dua tahun menimba pengalaman berkerja dengan bank saudagar Singer & Friedlander dan berjaya menamatkan kedua-dua program Sarjana Muda dan Sarjana di LSE, graduan berusia 26 tahun ini berpindah ke New York. Dan di situ sebuah pengembaraan yang mengujakan bermula.

Lelaki Yahudi di New York

4.png

Di Amerika Syarikat, Soros memulakan kariernya sebagai pedagang arbitraj dan mengkhusus pada saham-saham Eropah yang sedang meningkat popular pada waktu itu. Kemudian beliau berkerja di beberapa firma Wall Street sebagai pedagang dan penganalisis, namun beliau masih lagi meneruskan pengajian falsafah dan mengolah idea-idea yang berpaksikan kepada ideologi Popper. Pada usia 37 tahun, beliau menguruskan dana luar pesisir beliau yang pertama, First Eagle Fund, menguji strategi-strategi perdagangan beliau. Eksperimen beliau berjaya, dan dana lindung nilai kedua — The Double Eagle — ditubuhkan dua tahun selepas itu. Pada tahun 1973, beliau mengawal dana para pelabur sejumlah $12 juta. Namun Soros dan pembantu beliau Jim Rogers memutuskan untuk berhenti dan menubuhkan Soros Fund, yang kemudiannya dinamakan semula menjadi The Quantum Fund. Dalam tempoh 9 tahun, ia telah berkembang menjadi $381 juta.

Selain dari aktiviti berdagang beliau, Soros terlibat dengan kerja-kerja kedermawanan. Pada waktu itu beliau bukan seorang yang kaya dan malahan beliau sungguh kedekut sehingga tiada siapa fikir beliau akan menjadi sungguh berjaya — sebahagian besar dari harta beliau dilaburkan untuk membantu orang lain. Justeru, pada usia 54 tahun beliau telah menubuhkan Open Society Foundations untuk mendanai inisiatif global berkaitan dengan pembangunan pendidikan, kesihatan awam, perniagaan, dan mendukung kebebasan bersuara, kesetaraan, dan keadilan di seluruh dunia. Begitulah hebatnya kesan dari pengalaman beliau menempuhi zaman perang dan menyelamatkan diri dari hukuman mati.

Hari kegemilangan

5.png

Untuk membiayai kebajikan di skala sebegitu besar, seseorang perlu berpijak di bumi nyata. Soros amat berjaya di dalam aspek itu. Dana pelaburan beliau dengan stabil menjana peratusan pulangan tahunan purata yang sungguh besar (pernah sekali ia mencapai 122%!). Namun ada satu hari yang benar-benar menguntungkan buat Soros. Pada tahun 1992, beliau turut mengambil kesempatan dari krisis kewangan UK, bertaruh satu jumlah yang agak besar melawan pound British dan meraih satu bilion pound semalaman. Pada waktu itu beliau bukan sahaja meraih wang, tetapi juga julukan "lelaki yang telah membangkrapkan Bank of England". penghormatan dari ramai ahli ekonomi dan politik, termasuk ketua-ketua negara, dan kuasa untuk memberikan impak ke atas peristiwa ekonomi dan politik di peringkat dunia. Pencapaian ini tidak luntur dek kegagalan-kegagalan besr beliau seperti kerugian dari pertaruhan yang silap pada nilai yen Jepun di tahun 1994 atau bila beliau didenda kerana urusniaga dalaman saham-saham bank Perancis, Société Générale.

Bintang yang masih menyinar

6.png

Dengan mencuba strategi-strategi baru, berspekulasi di pelbagai pergerakan pasaran dan krisis 2008, Soros beroleh nilai kekayaan bersih sebanyak $8.3 bilion setakat bulan Februari 2020. Selama sekitar 40 tahun, dari 1969 hingga 2009, beliau telah memajmukkan pelaburan beliau pada kadar 26.3%, dan ini lebih besar dari pulangan Warren Buffet bagi tempoh yang sama (21.4%).

Kini beliau masih lagi kekal menjadi pengerusi Soros Fund Management LLC yang telah menjadi sebuah perusahaan milikan keluarga selepas memulangkan semula wang pelabur luar. Selain itu, Soros terus mendermakan wang kepada Open Society Foundations yang melancarkan program di lebih 100 buah negara, mempunyai 37 pejabat serantau. Beliau terus memberikan perhatian kepada peristiwa-peristiwa penting sosial, ekonomi dan politik, menyuarakan pandangan dan pendapat beliau melalui akaun Twitter beliau (di usia 89 tahun). Pelbagai buku beliau masih dijual di seluruh dunia, selain dari biografi beliau sendiri.

Kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menceritakan seluruh sejarah hidup Soros. Namun kami berharap, artikel sederhana ini membolehkan anda mengerti mengapa kisah ini bernilai dan bermanfaat. Kita sentiasa boleh mencapai kejayaan dalam perdagangan biarpun semua perkara tampak tidak menyebelahi kita.

Baca lebih lanjut

  • 9050

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera