18.03.2022

Pastikan diri anda dimaklumkan dengan baik dengan FBS

Pic_1_642х361_cover.png

Baru-baru ini, kami telah menerima banyak emel pertanyaan daripada para pelanggan kami. Permintaan yang paling kerap adalah untuk menghantar semula emel yang mengandungi maklumat penting dan kemas kini terbaru.

Seperti yang anda ketahui, komunikasi pemasaran sering kali berakhir di folder spam. Artikel hari ini ditulis untuk membantu anda menangani isu ini. Selepas membaca maklumat di bawah, anda akan tahu bagaimana caranya untuk mengikuti perkembangan terbaru dengan berita dagangan terkini.

16.03.2022

Broker: Apakah Peranan Mereka?

Pic_1_642х361_cover.png

Apakah itu broker & apa yang ia lakukan?

Istilah 'broker' digunakan dalam pelbagai bidang, seperti hartanah, insurans, gadai janji, dll. Namun, kita sering mendengarkan perkataan ini apabila bercakap tentang kewangan dan perdagangan di pasaran kewangan.

Seseorang itu akan memerlukan broker apabila beliau ingin berdagang atau melabur di pasaran saham kerana beliau tidak boleh berurusan dengan bursa sekuriti tanpa melalui perantara. Justeru, urusniaga hanya boleh dilaksanakan oleh entiti perundangan yang berlesen — bank, syarikat pelaburan dan perbrokeran.

24.02.2022

Pelajari lebih lanjut tentang perdagangan dengan seksyen pendidikan terkamir FBS

Cover_642х361_1.png

Perdagangan di peranti pintar kini semakin popular kerana ia sangat memudahkan, membolehkan anda berdagang di mana-mana sahaja dan memberikan akses kepada urusniaga yang sedang aktif dan sudah ditutup pada bila-bila masa.

Dengar berbesar hati, FBS ingin menguar-uarkan bahawa kedua-dua  FBS Trader dan Laman Peribadi FBS kini terkamir dengan seksyen pendidikan yang boleh anda gunakan untuk mempelajari asas-asas perdagangan atau meningkatkan kemahiran sedia ada anda. Fitur-fitur ini pasti menarik minat pedagang baru dan yang mahir kerana kandungannya dibahagikan kepada beberapa tahap:

  • Pemula,
  • Menengah,
  • Lanjutan.

31.01.2022

Panduan Untuk Strategi Perdagangan Aktif

Cover_Active _Trading_Strategies_642х361.png

Ada dua jenis peserta di dalam pasaran: pedagang aktif dan pelabur. Pedagang tidak mahu menunggu terlalu lama dan lebih menyukai proses berterusan menjual dan membeli aset kewangan. Pelabur membeli dan meyimpan instrumen selama bertahun-tahun, memilih cara yang lebih lama tetapi lebih selamat.

Pada ketika ini, semakin ramai pedagang memilih strategi perdagangan aktif untuk membuat keuntungan dengan lebih cepat. Mari kita terokai sebab-sebab di sebalik pilihan mereka dan perbezaan antara beli & simpan berbanding perdagangan aktif. Selepas membaca artikel ini, lebih mudah untuk menentukan anda jenis pedagang yang mana dan memilih strategi yang paling sesuai.

21.01.2022

Cara Memasang MetaTrader 5 di macOS

MT_MacOS_cover.png

Pedagang moden mempunyai beberapa pilihan platform perdagangan: web, mudah alih atau desktop. Namun, ramai daripada mereka lebih suka menggunakan platform di komputer mereka. Memandangkan macOS memiliki nuansanya yang tersendiri, mungkin cara memasang MetaTrader 5 ke dalam sistem tersebut tidak begitu jelas bagi kebanyakan dari kita. Jadi mari kita lihat apa yang perlu anda lakukan.

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat beberapa cara untuk memasang MetaTrader 5 di macOS. Mujurlah, mereka sentiasa menaik taraf sistem, menjadikan proses pemasangan lebih mudah. Mari kita lihat cara yang paling mudah.

03.11.2021

4 Aktiviti Harian untuk Pedagang Pemula

cover.png

Sama seperti bila kita menceburi mana-mana kerjaya, terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari apabila anda bermula dalam perdagangan dalam talian. Adakah anda keliru di mana hendak bermula? Tidak mengapa. FBS sedia membimbing anda. Kami telah sediakan empat aktiviti yang boleh anda sesuaikan dengan rutin perdagangan harian anda.

06.09.2021

Amal Kebajikan Bersama FBS: Bantu Jadikan Dunia Tempat Yang Lebih Baik

GM-4360 блог (1).jpg

Tidak ada yang lebih insani daripada kemuliaan hati. Ia telah wujud selama ribuan tahun dalam pelbagai budaya sepanjang sejarah peradaban manusia, baik sejarah yang direkodkan mahu pun tidak direkodkan. Sudah tentu, FBS tiada bezanya dengan anggota masyarakat yang lain – apabila kami melihat sekeliling kami, kami juga berpendapat bahawa ada banyak yang boleh diperbaiki di dalam dunia ini. Itulah sebabnya mengapa dalam usaha-usaha yang kami kerjakan, kami pastikan ia dapat membantu seberapa ramai orang yang boleh. Lagipun, dunia yang lebih baik untuk mereka yang kurang bernasib baik membantu mencipta satu dunia yang lebih baik untuk kita semua.

27.08.2021

Terapkan Prinsip Agile Untuk Meningkatkan Prestasi Anda Di Pasaran

MRGC-1647 Agile_обложка.png

Sekiranya anda pernah bekerja di bidang IT atau syarikat besar, anda mungkin pernah mendengar mengenai Agile. Syarikat-syarikat sering menggunakan Agile untuk meningkatkan produktiviti ke tahap yang lebih tinggi dan yang paling penting, memastikan produk mereka memenuhi keperluan pelanggan kerana itulah yang menjadikan mereka berjaya.

Kami di sini untuk memberitahu anda bahawa Agile boleh digunakan untuk apa sahaja yang anda lakukan, termasuklah perdagangan.

30.07.2021

Mengapa Identifikasi Pelanggan dan Pengesahan Penting untuk Perdagangan

MRGC-1659_обложка.jpg

Apabila andamenyertai FBS, atau mana-mana syarikat kewangan, oleh itu, anda perlulah melepasi satu proses pengesahan untuk membolehkan anda mendapat akses penuh kepada perkhidmatan tersebut. Anda mungkin merasakan ia sesuatu yang menjengkelkan dan juga tiada keperluan. Namun, pada hari ini, dengan Internet telah menjadi laman utama untuk semua urusniaga, lebih ramai pengguna akanterdedah dan menjadi mangsa penipuan. Justeru, mana-mana platform harus mempunyai cara tertentu untuk melindungi pelanggan mereka daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

09.07.2021

Checklist untuk menjadi seorang pedagang profesional

GM-3616 обложка_Как стать профессиональным трейдером.jpg

Di era di mana perdagangan dalam talian menjadi elemen yang besar dan penting dalam kehidupan sosial, semakin ramai yang berminat dengannya. Kini, ia bukan lagi untuk mentransformasi diri menjadi "wolf of Wall Street", tetapi tentang melakukan aktiviti yang dilakukan oleh semua orang yang berjaya. Lihat sekeliling anda dengan jujur: rakan sekerja anda mungkin seorang pedagang harian, instrumen kegemaran jiran anda ialah EUR/GBP, dan pemuda yang anda temui secara rawak di jalan baru sahaja meraih keuntungan yang lumayan dengan saham Tesla. Kami yakin anda mahu ikut menyertai mereka dan mencuba sebaik yang mungkin! Artikel ini akan membantu anda bermula dalam perdagangan dengan bijak. Namun anda jangan harapkan kisah yang manis-manis dan nasihat yang tidak masuk akal. Di sini anda akan mempelajari kit asasi untuk menjadi seorang pedagang sejati.

28.06.2021

Bagaimana Cara Untuk Berjaya Setelah Gagal Kali Pertama Di Pasaran?

MRGC-1751_обложка.jpg

Sekiranya anda mengalami kerugian pertama bila berdagang, anda mungkin berasa seperti hendak berputus asa. Ingat, ini adalah titik tolak untuk anda dan kembara perdagangan anda. Jika anda berhenti sekarang, anda tidak akan pernah merasa nikmat kejayaan! Berikut beberapa petua bagaimana untuk bangkit sekiranya pasaran menumbangkan anda.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera