AIG

AIG

American International Group, Inc., juga dikenali sebagai AIG, adalah sebuah syarikat kewangan dan insurans multinasional Amerika yang beroperasi di lebih daripada 80 negara dan wilayah. AIG menyediakan perkhidmatannya kepada 87% dari syarikat Fortune Global 500 dan 83% dari syarikat Forbes 2000. Ini adalah komponen untuk kedua-dua indeks S&P 100 dan S&P 500. Di laman web kami, anda boleh menyemak carta live saham AIG dan membuat keputusan perdagangan.

Syarikat ini beroperasi melalui tiga perniagaan teras:

  • Insurans Am, yang merangkumi Komersial, Insurans Peribadi, A.S., dan operasi antarabangsa.
  • Hayat dan Persaraan; yang merangkumi Persaraan dengan Persaraan Kumpulan, Persaraan Individu, Hayat, dan Pasaran Institusi.
  • Anak syarikat yang berteraskan teknologi.

AIG ditubuhkan pada 19 Disember 1919, dan pada mulanya beroperasi di China dan Asia Tenggara, termasuk Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Pada tahun 1926 syarikat ini membuka pejabat pertamanya di AS dan memulakan pengembangannya di pasaran yang baru. Semasa krisis kewangan tahun 2008, Rizab Persekutuan memberi jaminan kepada syarikat itu sebanyak $180 bilion dan memegang kendali pengurusan, dengan Suruhanjaya Siasatan Krisis Kewangan menghubungkan kegagalan AIG dengan penjualan besar-besaran insurans tanpa perlindungan. AIG membayar balik $205 bilion kepada kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Bagaimana cara berdagang saham secara dalam talian dengan FBS?

Anda boleh memperdagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) saham American International Group. CFD mencerminkan pergerakan harga saham AIG. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda. Pastikan anda baca dan fahami artikel Cara Memilih Saham!

Apa yang mendorong harga saham AIG?

Pendapatan keseluruhan syarikat terdiri daripada dua bahagian: Insurans Am dan Hayat & Persaraan (seperti pelan 401k). Pendapatan dari Amerika Utara membentuk separuh daripada pendapatan dari seluruh dunia. Pada 14 Julai 2021, AIG mengumumkan perkongsian strategik dengan The Blackstone Group (Blackstone) di mana Blackstone bersetuju untuk membeli 9.9% kepentingan dalam perniagaan Hayat dan Persaraan AIG dengan bayaran tunai $2.2 bilion, memasuki hubungan pengurusan aset strategik dengan menguruskan aset tertentu akaun am Hayat dan Persaraan pada masa akan datang dan bersetuju untuk memperoleh kepentingan AIG di dalam portfolio perumahan mampu milik di AS dengan bayaran tunai kira-kira $5.1 bilion.

Tahun lalu agak efektif untuk AIG kerana pulangan pelaburan dan keadaan pasaran yang bertambah baik. Laporan AIG pada 5 Ogos 2021, menunjukkan EPS sebanyak $1.52 berbanding anggaran $1.31 dan pendapatan $10.7 bilion berbanding anggaran $11.3 bilion, yang menyebabkan terhasilnya senggang harga dan pergerakan bearish 12% yang luar biasa. Laporan perolehan menawarkan peluang unik untuk para pedagang. Pelajari cara berdagang di musim laporan perolehan agar tidak ketinggalan.

Carta M30 AIG

2.jpg

AIG membayar dividen kepada pelabur dari semasa ke semasa. Tetapi dari 2008 hingga 2013 tidak ada dividen sama sekali, lantaran dari krisis kewangan dunia, di mana harga saham AIG telah menyusut 99%! Setakat sehingga tahun 2021, hasil dividen yang dibayar syarikat ini adalah sebanyak 2.34%. Dengan setiap saham, anda akan mendapat sebanyak $1.28 setiap tahun (sehingga AIG mengubah kadarnya sekali lagi). Ketahui cara mendapatkan dividen dari saham dan berdagang dengan selang dividen! Agar tidak ketinggalan dividen AIG seterusnya, pastikan anda melihat kalendar dividen kami.

Carta bulanan AIG

3.jpg

Undur

2024-03-14 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera