Bitcoin

Bitcoin

Apakah itu Bitcoin 

Pada hujung dekad 1990an, ahli ekonomi yang juga pemenang Hadiah Nobel, Milton Friedman, telah meramalkan kebangkitan matawang digital. Dua puluh tahun sudah berlalu sejak seorang yang tidak dikenali yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto mencipta Bitcoin, beliau menerangkannya sebagai "Sistem Tunai Elektronik Sesama Pengguna", ia mengikuti idea yang termaktub di dalam sebuah kertas putih  - dokumen yang telah pelan pembangunan untuk Bitcoin. Hari ini, inilah penjelasan yang paling mudah dan tepat.

Bitcoin
Sekarang, Bitcoin adalah matawang kripto antarabangsa dan sistem pembayaran digital yang dikenali sebagai matawang digital terpencar kerana ia dikuasakan oleh pengguna-penggunanya sendiri tanpa pihak pentadbiran pusat atau orang tengah. Dari perspektif pengguna, Bitcoin tidak lebih dari sekadar aplikasi gajet atau komputer yang menyediakan dompet Bitcoin peribadi dan membolehkan Bitcoin diterima atau dihantar. Inilah pengertian Bitcoin bagi kebanyakan pengguna.
Di penghujung April 2017, nilai keseluruhan semua Bitcoin yang ada telah melebihi 20 billion dolar AS, dengan Bitcoin bernilai jutaan dolar ditukar setiap hari. Kepopularannya melonjak drastik kerana ia menyelesaikan banyak masalah yang ada pada bentuk matawang lain. Ia dicipta dan disimpan secara elektronik dan boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan, atau pindahan wang, di mana-mana di dunia ini. Bitcoin adalah matawang pertama yang diterima di seluruh dunia dan tiada bursa tukaran matawang, tiada minimum, tiada had dan ia tidak memerlukan akaun bank. Inilah sebabnya bilangan perniagaan dan individu yang menggunakan Bitcoin berkembang pesat. Ini termasuklah perniagaan berpremis fizikal seperti restoran, apartment, firma guaman dan tidak ketinggalan servis-servis atas talian yang popular.
Bitcoin tidak wujud dalam bentuk fizikal, hanya baki-baki yang disimpan di dalam lejar awam di internet dan dompet kertas yang sebenarnya sebuah dokumen fizikal mengandungi maklumat yang tersimpan di dalam dompet digital iaitu salinan kunci persendirian dan kunci awam.  Bitcoin tidak diterbitkan atau dijamin oleh sebarang bank atau kerajaan, dan setiap Bitcoin juga tidak mempunyai nilai sebagai komoditi. Walaupun ia bukanlah wang yang sah diperlakukan , carta-carta Bitcoin sangat popular dan telah mencetus pelancaran pelbagai matawang maya lain yang digelar Altcoins . 2106 

MENCERAKINKAN Bitcoin

Bitcoin masih lagi sebuah experimen canggih teknologi dan ekonomi. Ia dikenali sebagai tunai digital, matawang kripto , sebuah jaringan pembayaran antarabangsa, wang internet – tetapi apa pun yang anda gelarkannya, Bitcoin adalah satu revolusi yang mengubah cara semua orang melihat dan menggunakan wang. 
Baki-baki Bitcoin disimpan menggunakan "kunci-kunci" awam dan persendirian, iaitu satu jujukan nombor dan huruf yang saling berkaitan menerusi algoritma penyulitan  matematik yang digunakan untuk menghasilkannya. 
Kunci persendirian (private key), disimpan dengan penuh kerahsiaan oleh pemiliknya untuk menandatangani fail digital menggunakan nama mereka. Kunci awam pula, yang secara matematiknya berkait dengan sebuah kunci persendirian, mengesahkan bahawa fail digital tersebut memang ditandatangani oleh kunci persendirian yang berkait dengannya. Sebagai tambahan, kunci awam ini boleh dan harus dikongsikan dengan antara pihak-pihak yang ingin mengesahkan kepemilikan.

Cara Kerja Bitcoin

Bitcoin adalah matawang sesama pengguna (peer-to-peer)  dan sistem kerjanya membenarkan anda menghantar dan menerima Bitcoin tanpa pihak ketiga. Secara ringkasnya, matawang fiat bergantung kepada pihak ketiga seperti bank-bank atau pemproses pembayaran seperti Visa, untuk mengesahkan sesuatu transaksi. Inilah cara anda memastikan sesuatu bayaran yang dihantar, telah diterima. Bagaimana pun, transaksi Bitcoin direkod di lejar awam yang dipanggil blockchain Bitcoin. Maklumat ini adalah kekal selamanya, boleh dilihat oleh semua orang dan tidak boleh disunting atau dipadam. Ini bermaksud rekod transaksi berfungsi sebagai bukti transaksi. Bitcoin juga diprogram agar tidak boleh disalin, ini bermakna pembayaran berganda sangatlah tidak mungkin.
Bitcoin baru dihasilkan menerusi satu proses yang terpencar dan kompetetif dipanggil "melombong". Di dalam proses ini, individu diberikan ganjaran oleh jaringan atas usaha mereka. pelombong  Bitcoin memproses transaksi dan memperkukuh keselamatan jaringan menggunakan perkakas khusus dan menerima Bitcoin baru sebagai imbalan. Secara asasnya, ia melibatkan penyelesaian pengiraan sukar untuk mencari blok  baru, yang kemudiannya ditambah kepada blockchain , dan menerima ganjaran dalam bentuk beberapa Bitcoin. Ganjaran blok adalah 50 Bitcoin pada tahun 2009, ia dikurangkan setiap empat tahun. 
Protokol Bitcoin direkabentuk supaya Bitcoin baru dihasilkan pada kadar tetap. Ini menjadikan pelombongan Bitcoin  satu perusahaan yang sangat kompetetif. Lebih ramai pelombong yang menyertai jaringan, lebih sukar untuk mereka membuat keuntungan dan para pelombong harus mengejar efisiensi untuk mengawal kos operasi.
Bilangan Bitcoin baru yang terhasil setiap tahun berkurangan separuh secara automatik setiap tahun, sehinggalah pengeluaran Bitcoin dihentikan secara sepenuhnya apabila telah wujud 21 juta Bitcoin. Pada waktu tersebut, para pelombong Bitcoin mungkin akan disokong sepenuhnya menerusi yuran transaksi yang kecil. 

Berapakah Nilai Bitcoin?

Seperti lain-lain perkara, harga Bitcoin ditentukan oleh hukum penawaran dan permintaan. Bekalan terhad kepada 21 juta Bitcoin, kerana itulah lebih ramai orang menggunakan Bitcoin lebih tinggi permintaan, dan bila ini digabungkan dengan bekalan yang terhad, akan memaksa harga untuk meningkat. Oleh kerana bilangan orang yang menggunakan Bitcoin masih secara relatifnya kecil, harga Bitcoin di dalam matawang konvensional boleh turun naik dengan banyak sehari-hari, tetapi akan terus meningkat kerana akan ada lebih ramai orang menggunakannya. Sebagai contoh, pada April 2017, satu Bitcoin bernilai $1,223 – satu peningkatan ketara dari hujung 2016, di mana ia adalah sekitar $770. Di masa hadapan, jika Bitcoin benar-benar popular, setiap satu Bitcoin harus bernilai sekurang-kurangnya ratusan ribu dolar untuk menampung permintaan tambahan ini.
Harga Bitcoin juga agak bergantung kepada saiz jaringan perlombongannya, kerana lebih besar jaringannya, ia menjadi lebih sukar – justeru lebih tinggi kosnya untuk menghasilkan Bitcoin baru. Akibatnya, harga Bitcoin harus meningkat kerana kos penghasilannya juga meningkat. Agregat kuasa jaringan perlombongan Bitcoin telah meningkat 3 kali ganda sepanjang 12 bulan lalu.

Siapakah Yang Mencipta Bitcoin?

Idea konsep Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto, seorang tidak diketahui identitinya. Pada bulan Mei 2008, beliau telah mengongsikan sebuah kertas putih tentang Bitcoin, sebuah matawang kripto sesama pengguna. Tanpa mendedahkan siapakah diri beliau, Satoshi telah menggariskan bagaimana matawang tersebut berfungsi: Bitcoin akan dilombong oleh perisian komputer, dipindahkan terus kepada para pengguna dan direkod di dalam lejar kalis ubah tanpa perlu pihak ketiga.

Sebelum Satoshi

Meski pun spekulasi media tentang betapa Satoshi Nakamoto seorang genius kesepian yang mencipta Bitcoin dari sifar agak menggoda, inovasi sebegini tidak berlaku tanpa hujung pangkal. Semua penemuan besar saintifik, tidak kira jika ia kelihatan betapa asli sekali pun, dibina di atas asas kajian lain yang terdahulu. Sebelum Bitcoin sudah ada pendahulu yang lain: Hascash dari Adam Back, dicipta pada tahun 1997 dan kemudiannya b-money dari Wei Dai, bit-gold dari Nick Szabo dan Reusable Proof of Work dari Hal Fineey. Kertas putih Bitcoin sendiri menyatakan rujukan kepada Hashcash dan b-money, juga pelbagai kerja-kerja lain dari beberapa bidang kajian.

Melabur Dengan Bitcoin

Ada terdapat ramai penyokong Bitcoin yang percaya matawang digital adalah masa depan. Mereka yang menyokong berpendapat bahawa ia membolehkan sistem pembayaran global yang lebih pantas dan bebas dari fi. Walaupun ia sendiri tidak dijamin oleh sebarang kerajaan atau bank pusat, Bitcoin boleh ditukar dengan matawang konvensional; malahan, kadar tukarannya melawan dolar menarik pelabur dan pedagang yang berminat dengan permainan matawang dan tentu sekali salah satu sebab utama pertumbuhan matawang digital seperti Bitcoin adalah kebolehan mereka untuk berfungsi sebagai alternatif kepada wang fiat dan komoditi  tradisional seperti emas. Baca semua berita bitcoin
Pada bulan Mac 2014, IRS  menyatakan bahawa semua matawang digital termasuk Bitcoin akan dicukai seperti harta , bukannya matawang. Keuntungan atau kerugian dari Bitcoin yang dimiliki sebagai modal  akan direalisasi sebagai laba modal  atau kerugian, sementara Bitcoin yang dimiliki sebagai inventori  akan dianggap seperti kerugian atau keuntungan biasa.

Cara Mendapatkan Bitcoin

Menerima Sebagai Bayaran

Sesetengah orang mendapat bayaran secara Bitcoin, bukannya matawang tunai. Jika anda mempunyai kedai berpremis fizikal, anda boleh gantung papan tanda "Bitcoin Diterima Di Sini" dan ramai pelanggan mungkin akan memberikan sambutan; transaksi boleh diurus menggunakan peranti terminal atau alamat dompet menerusi kod QR dan skrin sesentuh. Sebuah perniagaan atas talian boleh menerima Bitcoin dengan hanya menambahkan pilihan pembayaran kepada lain-lain kaedah yang ia sudah tawarkan seperti kad kredit, PayPayl, dsb. Pembayaran atas talian akan memerlukan perkakas Bitcoin peniaga (pemproses luaran seperti Coinbase atau BitPay). 

Bayaran Faedah

Satu lagi cara menerima Bitcoin yang menarik adalah dengan meminjamkannya, dan menerima bayaran semula di dalam Bitcoin juga. Ada tiga cara untuk meminjamkannya - meminjamkannya kepada seseorang yang anda kenal; menerusi laman web yang memudahcara transaksi antara sesama, menjodohkan penghutang dan pemiutang; atau mendepositkan Bitcoin di dalam bank maya yang menawarkan kadar faedah untuk akaun-akaun Bitcoin. Antara laman seperti ini adalah Bitbond , BitLendingClub  dan BTCjam . 
Perjudian
Ada kasino-kasino yang menerima para peminat Bicoin, dengan pilihan seperti loteri atas talian, jackpot, spread betting dan lain-lain permainan. Tentu sekali, wujud kebaikan dan keburukan serta risiko pada sebarang jenis perjudian dan ia tidak terkecuali bagi kes ini.

Risiko Melabur Pada Bitcoin

Walaupun Bitcoin tidak direka sebagai pelaburan ekuiti normal (tiada saham yang diterbitkan), sesetengah pelabur spekulatif telah tertarik kepada wang digital ini setelah ini meningkat nilainya pada Mei 2011 dan sekali lagi apda November 2013. Justeru, ramai orang telah membeli Bitcoin kerana nilai pelaburannya, bukan sebagai medium of exchange . Tetapi sifat digital dan ketiadaan jaminan nilai bererti pembelian dan penggunaan Bitcoin datang dengan beberapa risiko. Banyak amaran pelaburan telah dikeluarkan oleh Securities and Exchange Commission  (SEC ), Financial Industry Regulatory Authority  (FINRA ), Consumer Financial Protection Bureau  (CFPB ), dan lain-lain agensi.
Konsep matawang digital masih lagi baru dan, berbanding dengan pelaburan tradisional, Bitcoin tidak mempunyai rekod prestasi jangka masa panjang atau sejarah kredibiliti untuk mendukungnya. Dengan penggunaan yang semakin bertambah, Bitcoin menjadi semakin kurang eksperimental; tetapi setelah lapan tahun, mereka (seperti banyak matawang digital lain) kekal dalam fasa pembangunan, masih berevolusi. 
Ia bukanlah untuk mereka yang takutkan risiko, dalam lain perkataan, jika anda ingin melabur pada Bitcoin, fahami risiko-risiko unik ini:
Risiko Kawal Selia: Bitcoin adalah pesaing kepada matawang kerajaan dan boleh digunakan untuk transaksi haram pasaran gelap, pengubahan wang haram, aktiviti haram atau pengelakan cukai. Kesannya, kerajaan mungkin mencari cara untuk mengawal selia, memperketat atau melarang penggunaan serta penjualan Bitcoin, dan ini sudah pun pernah berlaku. Ada kerajaan-kerajaan yang memperkenal pelbagai peraturan. Contohnya pada tahun 2015, Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York memuktamadkan peraturan  yang mewajibkan syarikat-syarikat yang terlibat menjual, membeli, memindahkan atau menyimpan Bitcoin untuk merekodkan identiti pelanggan, mempunyai pegawai pematuhan dan mempunyai rizab modal. Transaksi berniali $10,000 atau lebih perlu direkodkan dan dilaporkan.
Risiko Keselamatan: Pengurupan Bitcoin adalah digital sepenuhnya dan seperti sistem maya lain, mempunyai risiko untuk digodam, malware dan ralat operasi. Jika ada pencuri yang mendapat akses kepada cakera keras komputer pemilik Bitcoin dan mencuri kunci penyulitan persendiriannya, mereka boleh memindahkan Bitcoin yang dicuri kepada akaun lain. Pengguna boleh mencegah ini hanya jika ia disimpan di komputer yang tidak bersambung ke internet, atau dengan menggunakan dompet kertas  – mencetak kunci persendirian dan alamat Bitcoin, dan langsung tidak menyimpannya di komputer. Penggodam juga mensasarkan bursa pengurupan Bitcoin, untuk mendapatkan akses kepada ribuan akaun dan dompet digital di mana Bitcoin di simpan. 
Risiko Insuran: Sesetengah pelaburan diinsurankan menerusi Securities Investor Protection Corporation .. Akaun bank normal diinsurankan menerusi Federal Deposit Insurance Corporation  (FDIC) sehingga jumlah yang tertentu bergantung kepada jurisdiksi. Bursa pengurupan Bitcoin dan akaun-akaun Bitcoin tidak diinsurankan oleh sebarang program kerajaan persekutuan atau negeri.
Risiko Fraud: Bila pengguna Bitcoin menggunakan kunci penyulitan persendirian untuk mengesahkan pemilikan dan mendaftarkan transaksi, penjenayah fraud dan penipuan akan cuba untuk menjual Bitcoin palsu. Sebagai contoh, pada Julai 2013, SEC telah memulakan tindakan perundangan ke atas seorang operator skim ponzi berkaitan Bitcoin.
Risiko Pasaran: Jika semakin kurang orang menerima Bitcoin sebagai matawang, unit-unit digital ini boleh kehilangan nilainya dan menjadi tidak bernilai. Telah wujud beberapa pesaing, dan walaupun Bitcoin telah jauh mendahului 100 lebih matawang digital lain, hasil dari penjenamaannya sendiri dan wang modal teroka , penemuan baru teknologi dalam bentuk wang maya yang lebih baik sentiasa memberikan ancaman.
Risiko Cukai: Oleh kerana Bitcoin tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana akaun persaraan yang mempunyai kelebihan percukaian , tiada pilihan yang baik dan sah dari segi perundangan untuk melindungi pelaburan ini dari dicukai.
Undur

2021-10-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera