-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Common Stock
Saham Biasa
Saham biasa adalah jenis saham yang paling lazim dikeluarkan oleh syarikat awam.
Ia memberi hak kepada pemegang saham untuk turut serta dalam prose membuat keputusan berkenaan pemilihan anggota pengurusan tertinggi syarikat. Secara khususnya, ahli-ahli lembaga pengarah.
Saham biasa juga membolehkan pemiliknya mengambil bahagian dalam penentuan hala tuju pengembangan syarikat. Ia dilakukan melalui undian juga.
Terdapat beberapa jenis saham biasa, tetapi yang mengklasifikasikannya sebagai biasa adalah tuntutan ke atas pengagihan aset. Dalam kes ini, ia akan mempunyai keutamaan yang paling rendah. Contohnya, jika syarikat tersebut muflis dan orang-orang yang berkaitan dengan perniagaan tersebut menuntut wang mereka, tuntutan pemiutang dan pemegang obligasi (debtholders) akan dipenuhi terlebih dahulu, kemudian pemegang saham keutamaan pula, dan hanya selepas itu barulah giliran pemegang saham biasa.
Oleh itu, saham biasa adalah pelaburan yang agak berisiko kerana sebenarnya tidak ada jaminan mengenai kesudahan yang mungkin berlaku. Ini tidak sama seperti dalam saham keutamaan.
2022-07-27 • Dikemaskini