Dividend

Dividen

Apakah maksud dividen

Maksud yang dicadangkan oleh kata akarnya di dalam bahasa Inggeris menjelaskan segalanya: sejumlah wang dibahagi-bahagikan untuk membentuk dividen. Oleh itu, secara harfiah, dividen adalah sebahagian daripada satu pembayaran yang lebih besar yang layak diterima oleh seseorang.

Apa itu dividen

Memiliki saham atau stok sebuah syarikat awam bermaksud menjadi pemegang sahamnya, iaitu salah seorang pemiliknya. Oleh itu, anda berhak mendapat sebahagian daripada keuntungan syarikat yang berkadaran dengan saiz pemilikan anda, sama seperti di dalam situasi bila mana anda salah seorang rakan kongsi dalam sesebuah perniagaan. Selepas menolak semua cukai dan pembayaran perlu dibayar, pendapatan syarikat dikurangkan menjadi pendapatan bersih. Pendapatan bersih boleh diagihkan kepada para apemegang saham sebagai dividen. Oleh itu, dividen adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang anda peroleh sebagai pemegang saham syarikat.

Berapakah nisbah pembayaran dividen

Seperti yang disebutkan di atas, pendapatan bersih syarikat diagihkan di kalangan pemegang saham sebagai keuntungan mereka – tetapi bukan kesemuanya. Sebahagian daripada pendapatan diketepikan agar boleh dilaburkan semula dalam perniagaan – ia dinamakan pendapatan tertahan (retained income). Bahagian selebihnya adalah apa yang diterima oleh pemegang saham, dan peratusan bahagian ini dalam jumlah pendapatan bersih syarikat adalah nisbah pembayaran dividen.

Juga, polisi dividen adalah polisi yang digunakan syarikat untuk menstruktur pembayaran dividennya kepada pemegang saham.

Mengapa dividen adalah bagus

Apabila anda berdagang atau melabur dalam saham, ada dua cara anda menjana pendapatan: kenaikan nilai dan keuntungan. Kenaikan nilai merujuk kepada senario di mana anda menjual stok pada harga yang lebih tinggi daripada harga pembelian anda. Ia sama seperti penutupan urusniaga yang menguntungkan bila berdagang aset lain seperti matawang atau komoditi. Jenis pendapatan yang kedua adalah pendapatan dividen: anda menerima pembayaran tunai setiap suku tahun di atas pegangan saham anda, walau nilainya sahamnya berubah bagaimana sekali pun. Oleh itu, berdagang saham (berikut adalah saham terbaik untuk diperdagangkan) bukan sahaja membolehkan anda berpotensi memperoleh lebih banyak keuntungan tetapi menjadikan pendekatan beli-dan-simpan suatu yang bermanfaat.

Apakah jenis-jenis dividen yang ada

Wang tunai bukan satu-satunya bentuk keuntungan syarikat yang boleh dibayar kepada pemegang saham. Ini adalah yang paling lazim. Berikut adalah senarai lengkap pilihan dividen.

  • Dividen tunai: anda dibayar secara tunai
  • Dividen saham: anda tidak dibayar dalam bentuk wang, tetapi menerima sebahagian dari keuntungan syarikat dalam bentuk saham tambahan.
  • Dividen harta: anda menerima item yang bernilai, contohnya karya seni
  • Dividen skrip: dividen tunai yang "ditunda" yang berfungsi seakan-akan deposit bank – anda menerima bukan nilai dividen tetapi nilai yang ditambah faedah setelah tempoh tertentu selepas tarikh dividen diberikan.

Bilakah dividen dibayar

Biasanya, dividen adalah pembayaran setiap suku tahun. Ini bermakna, anda menerima bahagian anda dari keuntungan syarikat setiap tiga bulan.

Berikut adalah kalendar dividen FBS yang mengandungi tarikh jangkaan untuk pembayaran dividen yang berkenaan

Undur

2021-05-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera