EA

EA

Electronic Arts Inc. merupakan peneraju global dalam hiburan interaktif digital. EA membangunkan dan menjual permainan, isi kandungan, dan perkhidmatan atas talian untuk konsol yang bersambung dengan Internet, peranti mudah alih, dan komputer peribadi. EA mempunyai lebih daripada 450 juta pemain berdaftar di seluruh dunia.

Electronic Arts mula mencipta permainan video sejak tahun 1992. Antara permainan yang popular ialah: The Sims, NFL, Battlefield, Need for Speed, Plants vs Zombies, dan, semestinya, FIFA. Jika dibandingkan dengan penerbit permainan video yang lain, ia jelas menunjukkan bahawa Electronic Arts bukan satu-satunya syarikat berteknologi tinggi yang tidak membayar dividen. Walaupun pada hakikatnya, harga saham EA telah berganda sejak 2018.

Bagaimana cara membeli saham secara dalam talian dengan FBS?

Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) EA. CFD mencerminkan pergerakan harga saham EA. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda. Selain mematuhi prinsip pengurusan kewangan untuk anda berjaya dalam perdagangan, anda juga perlu memilih saham yang tepat untuk didagangkan.

Apa yang mendorong harga saham EA?

Faktor paling utama yang memberikan kesan terhadap nilai saham Electronics Art ialah keuntungan dan keputusan kewangan syarikat tersebut. Ini secara ketaranya dipengaruhi oleh jumlah bilangan pengguna produk Electronic Arts, dan juga tahap dinamik populariti permainan tersebut. Kebanyakan pendapatan Electronic Arts datang daripada penjualan isi kandungan dalam bentuk tambahan dalam permainan mereka. Justeru, setiap permainan baru akan memberikan aliran wang tunai yang stabil kepada syarikat tersebut. Syarikat tersebut melaburkan sebahagian besar pendapatan mereka kepada penyelidikan dan pembangunan dan mereka akan memperkenalkan teknologi baru untuk semua segmen perniagaan secara berterusan. Saham EA telah disenaraikan di dalam senarai “,saham terbaik untuk didagangkan” bagi bulan Julai 2021.

Undur

2022-09-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera