FAANG

FAANG

FAANG adalah akronim yang merujuk kepada saham lima syarikat teknologi Amerika yang paling popular dan berprestasi terbaik: Facebook, Amazon, Apple, Netflix, dan Alphabet (dahulunya dikenali sebagai Google). Selain terkenal di kalangan pengguna, lima saham FAANG adalah antara syarikat terbesar di dunia, dengan gabungan permodalan pasaran hampir 7.1 trilion dolar pada 5 Ogos 2021.

Mana-mana ETF yang mempunyai dedahan sekurang-kurangnya 1% kepada setiap saham FAANG boleh dipanggil sebagai ETF FAANG. Justeru dari kepentingan FAANG dalam dunia kewangan, terdapat lebih daripada 35 ETF FAANG yang utama.

Istilah ini diciptakan oleh Jim Cramer, hos rancangan televisyen Mad Money di stesen CNBC, pada tahun 2013, yang memuji syarikat-syarikat ini kerana "benar-benar dominan di pasaran mereka". Pada asalnya, istilah FANG telah digunakan, kemudian Apple - "A" yang kedua dalam akronim ini - ditambahkan pada tahun 2017.

Penerangan ringkas tentang setiap komponen "FAANG"

1. Facebook Inc. (FACEBOOK) adalah syarikat perkhidmatan media sosial dan rangkaian sosial dalam talian yang ditubuhkan pada tahun 2004. Aliran pendapatan utama syarikat ini datang dari iklan dalam talian. Facebook juga memiliki beberapa anak syarikat yang terkemuka, termasuk Instagram, WhatsApp, dan Oculus VR.

Facebook pada masa ini digunakan oleh lebih 2.5 bilion pengguna aktif, dan ia adalah aplikasi mudah alih yang paling banyak dimuat turun di dunia pada tahun 2010-an. Ia tersedia dalam 111 bahasa yang berbeza untuk sesiapa sahaja yang mengaku berusia sekurang-kurangnya 13 tahun. Setakat Ogos 2021, permodalan pasaran gergasi media sosial itu bernilai lebih $1 trilion. Anda boleh mengikuti data harga sejarah FB dengan FBS.

2. Amazon Inc. (AMAZON) adalah syarikat teknologi yang beroperasi dalam industri e-dagang, elektronik pengguna, dan pengkomputeran awan. Jeff Bezos menubuhkan syarikat itu pada tahun 1994 dan ia beroperasi sebagai kedai buku dalam talian. Amazon kini merupakan peruncit e-dagang yang terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran. Syarikat ini memiliki beberapa anak syarikat, termasuk Whole Foods Market (rangkaian pasar raya) dan Twitch (platform live streaming).

Amazon beroperasi di beberapa negara di seluruh dunia. Menjelang 2018, sistem penghantaran dua hari (Amazon Prime) syarikat ini menyenaraikan lebih dari 100 juta pelanggan di seluruh dunia. Sehingga Ogos 2021, permodalan pasaran Amazon bernilai lebih dari $1.69 trilion. Carta harga untuk AMAZON boleh didapati di dalam talian.

3. Apple (APPLE) adalah syarikat teknologi multinasional yang berpusat di California, yang terkenal dengan penjualan peranti elektronik pengguna seperti telefon, tablet, dan komputer. Ia ditubuhkan oleh Steve Jobs dan dua yang lain pada tahun 1976, menjadikannya sebagai saham FAANG yang tertua. Apple disenarai awam pada bulan Disember 1980, dengan IPO yang mengumpulkan lebih dari $100 juta (pada nilai $22 per saham).

Pada masa ini, Apple adalah syarikat IT yang terbesar di dunia. Di samping itu, pada 2 Ogos 2018, ia menjadi syarikat A.S. yang pertama yang mempunyai permodalan pasaran bernilai lebih dari $1 trilion. Sehingga Ogos 2021, permodalan pasarannya bernilai hampir $2.4 trilion, dengan pendapatan hampir $347 bilion. Tinjau carta live saham APPLE di FBS.

4. Netflix Inc. (Ticker: NFLX) adalah penyedia kandungan media yang menyediakan langganan perkhidmatan striming filem dan rancangan TV dalam talian kepada pelanggan. Baru-baru ini, syarikat ini telah memasuki industri penghasilan kandungan, menghasilkan filem dan rancangan TV sendiri.

Netflix mempunyai hampir 200 juta langganan berbayar di seluruh dunia, menjadikannya pemain yang dominan dalam industri hiburan. Ia beroperasi di lebih 190 negara dan juga menghasilkan pelbagai kandungan Netflix Original. Sehingga Ogos 2021, permodalan pasarannya melebihi $228 bilion. Anda boleh mengikuti data harga silam NETFLIX dengan FBS.

5. Beribu pejabat di California, A.S., Google (GOOGLE) pakar dalam menyediakan perkhidmatan dan produk berasaskan internet. Ia ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Larry Page dan Sergey Brin dan mungkin paling dikenali dengan enjin carian webnya. Syarikat ini disenarai awam pada Ogos 2004, menawarkan hampir 20 juta saham pada harga $85 sesaham.

Google Search adalah enjin carian internet yang paling dominan di Amerika Syarikat. Kejayaannya mencetuskan penciptaan banyak produk lain, termasuk perkhidmatan kerja dan produktiviti (Google Docs, Google Sheets), e-mel (Gmail), dan perkongsian video (YouTube). Selain dari itu, Google juga membangunkan sistem operasi mudah alih yang dipanggil Android, yang mengoperasikan sebahagian besar telefon pintar masa kini. Pada Ogos 2021, permodalan pasaran Google bernilai $1.8 trilion, didagangkan di bawah syarikat induknya, Alphabet. Carta garis saham GOOGLE akan membantu anda berdagang dengan lebih baik.

Ada golongan yang menyatakan kebimbangan mereka bahawa saham FAANG mungkin berada di ambang gelembung (stock bubble), sementara yang lain berpendapat bahawa pertumbuhan mereka diwajarkan oleh prestasi kewangan dan operasi yang mereka tunjukkan dalam beberapa tahun terakhir. Apa yang pasti, tahap kemeruapan yang kadang-kadang ditunjukkan oleh saham-saham FAANG – dan pengaruh besar saham ini terhadap keseluruhan pasaran – menjadi sumber kebimbangan bagi sesetengah pelabur.

Semua saham FAANG boleh ditemui di FBS dalam bentuk CDF, jadi anda boleh ikut serta dan berdagang dengan saham yang paling berpengaruh di dunia.

Undur

2023-05-25 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apa itu dana indeks?

    Indeks saham adalah suatu penanda aras, yang mengukur prestasi sekumpulan saham tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 yang terkenal merangkumi 500 syarikat terbesar yang tersenarai di bursa-bursa saham di Amerika Syarikat.

  • Bagaimana cara melabur dengan dana indeks?

    Pilih dana indeks atau dana yang ingin anda dagangkan. Sekiranya anda seorang pemula baru, di peringkat awal adalah lebih baik untuk memilih indeks pasaran yang terkenal dan meluas skopnya. Pertimbangkan sektor (contohnya, Nasdaq 100 adalah indeks teknologi) dan geografi (Nikkei 225 - adalah indeks utama saham Jepun) indeks berkenaan.

  • Adakah indeks saham lebih baik dari saham individu?

    Indeks saham adalah portfolio yang sudah dipelbagaikan dengan baik (well diversified). Pempelbagaian adalah salah satu rukun yang utama perdagangan saham. Ia merujuk tentang strategi di mana pedagang cuba untuk memiliki pelbagai aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Oleh itu, indeks lebih tahan terhadap kejutan pasaran yang tidak dijangka berbanding situasi di mana pedagang hanya bergantung pada saham individu, dan dengan itu indeks boleh dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera