HK50

HK50

Hang Seng adalah indeks yang dibentuk dari 50 syarikat terbesar yang tersenarai di pasaran saham Hong Kong.

Ini mengindeks prestasi syarikat-syarikat paling berjaya di China, termasuk Alibaba, Bank of China, PetroChina, China Petroleum & Chemical Corporation.

Indeks HK50 mengikuti perubahan harga saham mereka. Indeks ini adalah indikator utama kekayaan ekonomi China. Itulah sebabnya para pedagang di seluruh dunia mendapati ia sangat menarik.

Carta HK50 membolehkan pedagang dan pelabur menjejak perubahan terkini indeks.

Bagaimana ia dikira?

Indeks HSI adalah indeks berwajaran permodalan pasaran yang dilaras dengan apungan bebas. Pengiraan indeks mengambil kira nilai semasa setiap harga saham, harga penutupan hari sebelumnya, nisbah apungan bebas (free float), dan permodalan syarikat. Saham yang termasuk dalam indeks, meningkatkan 2/3 pusing ganti bursa dan mencerminkan keadaan pasaran saham China secara umum.

Bagaimana cara untuk dagangkan HK50 di FBS?

Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) HK50. CFD adalah cerminan pergerakan HK50. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh raih keuntungan dari penurunan dan kenaikan harga.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.

Indeks HK50 dimasukkan dalam seleksi Julai sebagai salah satu indeks yang terbaik untuk pelaburan.

Apa yang mendorong harga indeks Hang Seng?

Seperti kebanyakan indeks, HK50 didorong oleh laporan pendapatan, perlantikan penting, dan pelancaran produk baru. Lebih-lebih lagi, faktor ekonomi China seperti kadar faedah, dasar monetari, faktor politik, dan pelbagai indikator ekonomi secara umumnya boleh mempengaruhi indeks kerana ia mempengaruhi kadar pelaburan syarikat dan selera pengguna terhadap produk.

Undur

2022-03-30 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan indeks?

    Cara yang paling popular untuk bermula dalam perdagangan indeks adalah menerusi CFD. Instrumen kewangan ini membolehkan para pedagang meraih keuntungan dari perbezaan antara harga pembukaan dan penutupan aset pendasar – dalam kes ini, aset pendasarnya adalah indeks. Anda boleh memperdagangkan indeks dalam kedua-dua arah, sama seperti senario apabila anda memperdagangkan pasangan matawang. Anda mampu meraih keuntungan dari kenaikan dan penurunan harga.

    Sebagai contoh, jika anda fikir indeks akan naik, buka posisi long (beli). Tetapi jika anda fikir indeks akan jatuh, buka posisi short (jual).

    Untuk berdagang indeks saham dengan berkesan, pertama anda perlu memahami apa yang mempengaruhi harganya. Secara umumnya iaa didorong oleh berita (cth. laporan perolehan), masalah politik, dan keadaan ekonomi global. Anda juga boleh menggunakan analisis teknikal.

    Ketahui lebih lanjut tentang cara berdagang indeks menerusi video yang disediakan oleh pakar-pakar pasaran FBS.

  • Apakah risiko-risiko yang terlibat dalam perdagangan indeks?

    Perdagangan indeks dianggap sebagai salah satu bentuk perdagangan yang agak selamat terutamanya untuk pelaburan jangka panjang kerana anda menyerakkan risiko anda ke seluruh segmen saham, berbanding hanya satu saham dalam perdagaangan biasa.

    Walau bagaimanapun, masih wujud beberapa risiko kemeruapan. Indeks saham boleh naik atau turun atas pelbagai sebab. Tetapi pergerakan harga yang tidak diingini boleh menyebabkan kerugian, terutama jika anda tidak dapat bertindak balas dengan segera terhadap perubahan harga.

    Mengumpulkan maklumat dan pendapat dari berita dan analisis akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik. Adalah idea yang baik untuk menggunakan alat pengurusan risiko. Memilih alat seperti Renti Rugi, Limit Order, dan Trailing Stops akan membantu anda melindungi diri anda daripada terbakar akibat bahang kemeruapan.

  • Apakah itu perdagangan indeks?

    Indeks mengukur perubahan harga sekumpulan saham tertentu dari masa ke semasa. Ia membolehkan pedagang memperdagangkan nilai banyak syarikat sebagai satu produk tunggal. Indeks pasaran saham juga digunakan untuk menjejak prestasi suatu industri, ekonomi, atau sektor secara umum.

    Berikut adalah beberapa indeks utama dunia:

    • Dow Jones (US30) – menjejak 30 syarikat gergasi AS yang diperdagangkan secara terbuka
    • S&P 500 (US500) – menjejak 500 syarikat AS berpermodalan besar
    • FTSE 100 (UK100) – menjejak 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham London
    • Australia 200 (AU200) – menjejak 200 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia
    • Nikkei 225 (JP225) – menjejak 225 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo

    Oleh kerana indeks pada dasarnya adalah angka yang mencerminkan kemantapan pasaran atau ekonomi, indeks tidak dapat dibeli atau dijual secara langsung. Oleh itu, anda boleh memperdagangkan indeks melalui CFD (Kontrak untuk Perbezaan), ETF (Exchange-Traded Funds), dana indeks, niaga hadapan indeks, atau opsyen.

  • Adakah indeks saham lebih baik dari saham individu?

    Indeks saham adalah portfolio yang sudah dipelbagaikan dengan baik (well diversified). Pempelbagaian adalah salah satu rukun yang utama perdagangan saham. Ia merujuk tentang strategi di mana pedagang cuba untuk memiliki pelbagai aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Oleh itu, indeks lebih tahan terhadap kejutan pasaran yang tidak dijangka berbanding situasi di mana pedagang hanya bergantung pada saham individu, dan dengan itu indeks boleh dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah.

  • Indeks vs Forex: Apakah perbezaannya?

    Kemeruapan. Pasaran Forex sangat meruap. Anda perlu meramalkan pergerakan satu pasangan matawang tunggal, yang boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Sebaliknya, semasa memperdagangkan indeks, anda meramalkan pergerakan suatu pasaran saham tertentu, yang kemeruapan nilainya lebih rendah.

    Kecairan. Sesetengah indeks pasaran saham kurang cair berbanding pasaran Forex (iaitu pasaran yang terbesar dan paling cair di seluruh dunia).

    Strategi masa. Perdagangan indeks mungkin lebih sesuai untuk pedagang jangka panjang. Melihat dari satu sisi lain pula, perdagangan Forex cenderung lebih menyenangkan bagi pedagang jangka pendek yang lebih suka meraih keuntungan dari perubahan-perubahan kecil pada harga.

    Leveraj. Di FBS, perdagangan Forex menawarkan leveraj yang maksimum – 1: 3000. Indeks diperdagangkan dengan leveraj sehingga 1:33.

    Perlu diingat bahawa adalah lebih baik untuk memilih instrumen perdagangan bergantung pada strategi perdagangan, tahap pengetahuan, pemahaman tentang pasaran yang berkenaan, dan toleransi risiko anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera