Share market

Pasaran saham

Dalam kebanyakan kisah pelabur yang sangat berjaya dan kaya yang kita baca atau tonton, ia biasanya bermula dengan saham. Ingatkah anda momen di dalam "Forrest Gump," di mana protagonis utama mengetahui bahawa dia memiliki sebahagian dari sebuah "syarikat buah"? Nah, jika Mr. Gump benar-benar wujud dan masih hidup sekarang, dia memiliki sekitar $ 28 bilion — natijah dari saham Apple yang dimilikinya.

Apa itu pasaran saham

Pasaran saham — juga disebut pasaran stok atau pasaran ekuiti — adalah pasaran kewangan, di mana para pembeli dan penjual beroperasi dengan saham syarikat milikan awam. Tidak seperti pasaran matawang, pelaburan di pasaran saham adalah dalam bentuk saham.

Untuk melabur di pasaran saham, anda perlu membeli saham. Saham mewakili bahagian tertentu yang anda miliki dalam nilai keseluruhan syarikat. Secara ringkasnya, anda boleh "memiliki" sebahagian kecil atau sebahagian besar Facebook dan membuat duit dengan kenaikan atau penurunan nilai sahamnya — semuanya bergantung kepada jumlah wang yang anda sedia laburkan ke dalam syarikat berkenaan.

Bagaimana pasaran saham berfungsi

Konsep keseluruhannya cukup mudah. Anda membeli sejumlah unit dan oleh itu menjadi pemegang saham. Ini bererti anda melaburkan wang anda ke dalam syarikat atau bangunan, atau bank yang berkenaan.

Keuntungan anda ialah dividen — pembayaran yang dibuat oleh syarikat kepada para pemegang sahamnya, dan ia bergantung kepada peratusan unit yang anda beli. Apabila syarikat berkembang atau menyusut, harga saham anda mengikuti pola yang sama.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perdagangan saham dan saham itu sendiri, lihat artikel kami mengenai perdagangan saham dalam talian.

Bagaimana cara berdagang di pasaran saham

Bila berbicara tentang pasaran saham, ia tidak sama dengan, sebagai contoh, perdagangan matawang. Saham atau stok lebih merupakan pelaburan jangka panjang, dan memerlukan lebih banyak masa untuk melihat keuntungan yang ketara.

Broker bertindak sebagai orang tengah di antara pelabur dan pasaran. Secara umumnya, prinsip pembentukan harga adalah sama seperti di tempat lain: penawaran dan permintaan. Pembeli di pasaran menawarkan bidaan (harga bid), sebagai harga tertinggi yang mereka sanggup bayar. Tawaran ini dilawankan dengan harga yang diminta (harga ask) penjual dan biasanya ia jauh lebih rendah. Perbezaan di antara ask dan bid disebut spread bid-ask.

Harga saham naik dan turun, bergantung kepada faktor seperti pengumuman data syarikat, suasana politik, posisi pemimpin pendapat, dan lain-lain. Contohnya, apabila Netflix kehilangan sebahagian besar pelanggannya, harga sahamnya turun sedikit.

Kepelbagaian adalah rahsianya

Apabila anda menyertai pasaran saham, ingatlah untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan anda. Walaupun mengikut perspektif, saham menjanjikan keuntungan yang lebih besar, ia memerlukan lebih banyak pelaburan dan mengandungi lebih banyak risiko. Oleh itu, lebih baik anda beringat untuk tidak memasukkan semua telur ke dalam satu bakul.

Anda boleh melabur dalam saham tertentu atau memilih untuk membeli "pakej" atau indeks, seperti S&P 500, misalnya. S&P 500 adalah indeks yang merangkumi prestasi 500 syarikat terbesar dalam senarai bursa saham AS.

Akhir kata

Terdapat beberapa persamaan dalam perdagangan saham dan CFD. Kedua-duanya menganggap anda mengikuti perkembangan syarikat atau, sekiranya CFD, komoditi, dll. Namun, tidak seperti CFD, saham memerlukan pelaburan awal yang lebih banyak, kerana anda benar-benar melaburkan sebahagian wang anda ke dalam syarikat yang berkenaan.

Saham dan stok bersifat jangka panjang dan jangan mengharapkan mereka membawa keuntungan segera. Walaupun keadaan menjadi buruk pada masa tertentu, ingatlah bahawa situasi boleh berubah pada masa akan datang, jadi pantaulah berita mengenai syarikat berkenaan.

Undur

2023-01-23 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera