Swap Free

Bebas Swap

Apakah itu swap?

Swap adalah amaun wang yang anda terima atau bayar untuk mengekalkan posisi semalaman. Ia wujud berdasarkan kadar faedah bank-bank pusat negara-negara yang matawangnya anda dagangkan. Swap boleh jadi negatif atau positif.

Bagaimana cara kerjanya?

Apabila membeli pasangan matawang EUR-USD, anda meminjam USD untuk membeli EUR.

Mari kita andaikan kadar faedah Rizab Persekutuan adalah 1.5%, dan kadar deposit Bank Pusat Eropah ialah 0.5%.

Jika anda meminjam $100,000 daripada Bank Pusat Amerika untuk mendepositkan €95,000 ke akaun anda di Bank Pusat Eropah, maka setiap kali melanjutkan posisi melangkaui garis waktu tengah malam anda akan membayar kadar 1.5% bagi pinjaman anda di Bank Pusat Amerika dan menerima 0.5% faedah atas deposit anda di Bank Pusat Eropah.

0.5% (anda terima) – 1.5% (anda bayar) = -1%. Ini bermakna anda akan perlu membayar yuran bagi mengekalkan posisi semalaman.

Seandainya anda meminjam matawang yang kadar faedahnya lebih rendah berbanding matawang pelaburan anda, anda akan menerima yuran ini di akaun anda setiap malam bila anda mengekalkan posisi.

Bagaimana pun, tidak semua pedagang boleh menerima atau membayar yuran sebegitu. Itulah sebabnya FBS menawarkan pilihan bebas swap.

Apa itu Bebas Swap?

Bebas Swap adalah opsyen untuk memiliki akaun yang bebas dari yuran. Ini bermakna anda tidak akan menerima atau membayar swap (yuran).

Siapakah yang dapat menikmati pilihan ini?

Menurut agama Islam, para pedagang Muslim dilarang dari menerima atau membayar faedah. Servis ini untuk mereka.

Adakah servis Bebas Swap tersedia untuk semua instrumen perdagangan?

Servis Bebas Swap tersedia untuk semua instrumen perdagangan kecuali yang tersenarai dalam kategori Eksotik Forex dan CFD.

Bagaimana cara mendapatkan akaun Bebas Swap?

Untuk aktifkan pilihan Bebas Swap, hubungi pasukan khidmat pelanggan 24/7 kami.

Undur

2024-01-10 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera