Minyak menghampiri paras $130 adalah mimpi ngeri kepada inflasi

Minyak menghampiri paras $130 adalah mimpi ngeri kepada inflasi

2022-03-07 • Dikemaskini

Pasaran minyak mengalami tekanan yang tinggi oleh disebabkan tahap permintaan yang tinggi dan kekurangan pengeluaran. OPEC+ tidak berjaya atau tidak dapat mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan oleh mereka dan mereka kekal untuk mengehadkan peningkatan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari walaupun berdepan kenaikan harga. Dan juga, pengeluar AS tidak berjaya atau tidak mahu menaikkan kadar pemgeluaran minyak AS.

Inflasi adalah perkara utama yang diberi perhatian untuk pasaran dan semua orang perlu peka terhadapnya. Inflasi di AS telah melonjak ke paras tertinggi dalam 40 tahun iaitu 7.5%. Inflasi di zon Eropah mencapai paras tertinggi pada kadar 5.8%. Tidak banyak yang berubah di UK, di mana inflasi naik pada kadar 5.5%, paras tertinggi dalam masa 30 tahun.

Perang di antara Rusia dan Ukraine makin memburukkan lagi keadaan.  Sekiranya pengeluaran minyak dan gas Rusia terganggu oleh disebabkan sekatan atau arahan daripada Kremlin sebagai tindak balas terhadap sekatan tersebut, ini akan memburukkan lagi harga, walaupun sebelum kita dapat melihat impak sebenar terhadap tahap permintaan oleh disebabkan kehilangan minyak Rusia dalam pasaran.

Minyak mentah melonjak sehingga $130 setong.

Walaupun sekatan yang dikenakan oleh pihak Barat tidak menyasarkan eksport tenaga Rusia, selepas serangan Rusia ke atas Ukraine, barangan dari Rusia telah menjadi toksik kepada kebanyakan peniaga, syarikat insuran, dan pemilik kapal tangki. Sesetengah penapis dan peniaga bimbang tentang cara transaksi kewangan akan berfungsi selepas bank Rusia dikecualikan daripada sistem SWIFT. Selebihnya telah menghentikan operasi bagi mengelakkan reputasi mereka daripada tercalar.

Sejauh manakah harga minyak boleh membuat kenaikan?

JPMorgan berpendapat bahawa 66% daripada minyak Rusia akan sukar menemui pembeli dan harga minyak mentah dijangkakan akan mencapai parad $185 menjelang hujung tahun sekiranya minyak Rusia kekal tiada pembeli. Sekiranya sektor tenaga Rusia menghadapi sekatan, ataupun sekiranya pihak Jerman menghentikan saluran paip Nord Stream 2, dan jika AS gagal mencapai kesepakatan perjanjian nuklear dengan Iran, semua ini adalah faktor yang mengekang bekalan minyak global. Jika semua berlaku, ia akan melonjakkan harga minyak lebih tinggi lagi.

Apakah maksud harga minyak melebihi paras $125 kepada inflasi?

Sekiranya harga tenaga meningkat, impak pertamanya adalah terhadap inflasi. Ia akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada Rusia, tetapi ia akan membuatkan tekanan kos sara hidup kepada penduduk Barat.

Sebelum harga minyak meningkat melebihi $110 setong, para penganalisis telah menurunkan unjuran dan menaikkan jangkaan inflasi. Jika sektor tenaga Rusia dimasukkan ke dalam senarai sasaran, ini bermakna minyak dan gas akan menjadi lebih mahal untuk tempoh yang lebih lama. Sekiranya harga minyak mencecah paras $150 dan kekal di atas $100 sehingga awal tahun 2023, tekanan kepada pengguna akan meningkat. Ekonomi dan perniagaan juga bakal terjejas, dengan kos tenaga yang tinggi dan permintaan yang rendah akan menjejaskan tahap keuntungan. Ini akan meningkatkan risiko mengubah kelembapan ekonomi menjadi kemelesetan dengan inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia.

XBRUSDWeekly.png

Kemanakah halajutu inflasi AS?

Masih tidak diketahui bagaimana ekonomi AS akan bertindak balas terhadap kejutan minyak yang menyebabkan harga minyak mentah melebihi $125 setong.

Ekonomi AS boleh bertahan untuk enam bulan dengan harga minyak berada pada kadar purata $100, walaupun ia mungkin memburukkan lagi masalah inflasi. Walau bagaimanapun, hampir pasti bahawa jika minyak kekal sekitar $125, ia akan menyebabkan pertumbuhan terhenti dan kadar pengangguran yang lebih tinggi, yang boleh bertukar menjadi kemelesetan. Satu lagi persoalan ialah bagaimana bank pusat akan bertindak balas terhadap kenaikan harga minyak. Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata peristiwa di Ukraine tidak akan menghalang rancangan bank pusat AS untuk mula menaikkan kadar faedah. Apa yang masih belum jelas ialah sejauh mana dan kelajuan kenaikan kadar.

Akhirnya, kesan ekonomi daripada pencerobohan Ukraine akan datang dalam bentuk pertumbuhan ekonomi AS yang perlahan dengan inflasi yang lebih tinggi, manakala ekonomi Eropah mungkin memasuki kemelesetan. Rusia akan terjerumus kepada kemelesetan dua angka yang teruk.

UsDollarDaily.png

Indeks dolar AS melonjak ke paras 99.00 Buat masa ini, grennback sedang menikmati tahap permintaan terhadap aset perlindungan. Paras sokongan berada di 97.50. 

LOG MASUK

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera