Kalkulator Perdagangan FBS

Kira pendapatan anda

Instrumen
Saiz lot
Matawang
leveraj
Harga ask
harga bida
Saiz kontrak
Nilai Per Poin
Spread
SWAP LONG
SWAP SHORT
Margin

Penafian: Pengiraan yang dibuat di dalam kalkulator perdagangan ini adalah untuk tujuan pemakluman sahaja dan tidak harus diterima sebagai satu nasihat perdagangan. Hasilnya boleh berbeza-beza bergantung pada data yang anda masukkan sewaktu menggunakan kalkulator ini.

Apakah itu perdagangan margin di dalam Forex?

Perdagangan margin — juga dikenali sebagai pembelian dengan margin — adalah amalan meminjam wang dari broker anda untuk membuka posisi yang lebih besar daripada yang anda mampu lakukan dengan modal anda sendiri. Dalam perkataan lain, anda tidak membayar harga penuh aset perdagangan yang diperkatakan. Sebaliknya, anda hanya perlu membayar sekian peratusan tertentu bagi posisi berkenaan, yang dipanggil margin, dan broker tersebut meminjamkan wang yang selebihnya.

Kalkulator perdagangan mengira margin yang diperlukan bagi setiap urusniaga perdagangan anda. Anda boleh mengira dengan mudah seberapa banyak wang yang anda perlukan untuk membuka suatu posisi dan seterusnya membina strategi perdagangan yang efektif. Berikut adalah bagaimana kalkulator Forex berfungsi.

Bagaimanakah cara mengira margin?

  1. Pilih Instrumen yang anda mahu dagangkan – pasangan matawang, Emas, Minyak, atau mana-mana aset lain. Sebagai contoh, EURUSD.
  2. Masukkan Saiz lot (saiz lot standard di Forex adalah bersamaan dengan 100,000 unit matawang). Sebagai contoh, 0.1 (0.1 lot atau 10,000 unit matawang).
  3. Pilih Matawang mana yang akan digunakan untuk mengira margin itu sendiri (USD atau EUR). Sebagai contoh, USD.
  4. Pilih nisbah Leveraj. Sebagai contoh 1:100.
  5. Masukkan harga Ask atau gunakan harga pasaran yang dimasukkan secara automatik.
  6. Masukkan harga Bid atau gunakan harga pasaran yang dimasukkan secara automatik.
  7. Klik Kira.

Hasilnya: Untuk membuka posisi EURUSD dengan 0.1 lot, nisbah leveraj 1:100, dan harga pasaran semasa, anda memerlukan margin sebanyak 100.91 USD.

Kalkulator margin ini juga boleh mengira nilai-nilai penting lain.

  • Saiz kontrak adalah bilangan sebenar unit aset yang dipilih bagi posisi yang dikira. 1 lot di dalam Forex bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas, manakala 0.1 lot = 10,000 unit (0.1 × 100 000 = 10 000).
  • Nilai poin adalah amaun wang yang anda akan raih atau rugikan jika harga berubah sebanyak 1 poin.
  • Spread adalah perbezaan di antara harga yang kita bayar untuk membeli suatu aset (ask) dan harga jual untuk suatu aset (bid).
  • Swap long adalah faedah yang anda bayar atau terima bagi setiap urusniaga perdagangan kerana membiarkan suatu posisi long terus aktif semalaman.
  • Swap short adalah faedah yang anda bayar atau terima bagi setiap urusniaga perdagangan kerana membiarkan suatu posisi short terus aktif semalaman.

Apakah itu leveraj di dalam Forex?

Leveraj adalah alat kewangan yang membolehkan pedagang meminjam wang dari broker untuk membuka posisi yang lebih besar. Ia dinyatakan dalam bentuk nisbah antara dana milik pedagang itu sendiri dan dana yang dipinjam — 1:10, 1:50, 1:100, 1:1000, dan seterusnya. Dalam bahasa yang mudah, ini adalah nilai berapa kali dana anda akan digandakan. Perdagangan leveraj boleh menggandakan keuntungan anda dari urusniaga perdagangan anda yang berjaya.

Mari kita lihat bagaimana cara kira nisbah leverage. Sebagai contoh, jika anda gunakan leveraj 1:100, setiap $1 akan menjadi $100. Ini bermakna anda boleh depositkan $100 dan berdagang seolah-olah anda menggunakan $10,000. Skema ini terpakai dengan cara yang sama dengan semua matawang. Katakanlah anda mempunyai 100,000 MYR.

  • Leveraj 1:10: 10,000 MYR × 10 = 100,000 MYR
  • Leveraj 1:50: 10,000 MYR × 50 = 500,000 MYR

Bagaimana cara memilih leveraj?

Untuk memilih nisbah leveraj yang betul, gunakan kalkulator pengiraan nisbah leveraj Forex.

  1. Pilih Instrumen yang anda mahu dagangkan – pasangan matawang, Emas, Minyak, atau mana-mana aset lain. Sebagai contoh, EURUSD.
  2. Masukkan Saiz lot (saiz lot standard di Forex adalah bersamaan dengan 100,000 unit matawang). Sebagai contoh 0.1.
  3. Pilih Matawang mana yang akan digunakan untuk mengira margin itu sendiri (USD atau EUR). Sebagai contoh, USD.
  4. Pilih nisbah Leveraj (selepas mengklik butang Kira, anda akan tahu jika anda tekaan anda tepat atau jika anda perlu menyemak semula pengiraan tersebut). Sebagai contoh 1:100.
  5. Masukkan harga Ask atau gunakan harga pasaran yang dimasukkan secara automatik.
  6. Masukkan harga Bid atau gunakan harga pasaran yang dimasukkan secara automatik.
  7. Klik Kira.

Hasilnya: Menurut kalkulator pengiraan nisbah leveraj FX, untuk membuka suatu posisi EURUSD dengan pilihan nisbah leveraj 1:100, anda akan memerlukan margin sebanyak 100.91 USD. Jika anda tingkatkan leveraj anda kepada 1:1000, margin yang diperlukan akan mengecil menjadi 10.09 USD. Peraturannya mudah, lebih tinggi leveraj Forex, lebih rendah marginnya.

Mengapa gunakan leveraj Forex?

Kelebihan utama berdagang dengan leveraj adalah betapa ia meningkatkan efisiensi modal dan memberikan potensi untuk mengaut keuntungan yang besar. Namun ada terdapat banyak kelebihan lain juga:

  • Leveraj membolehkan anda membuat wang walaupun dengan perubahan-perubahan harga yang kecil.
  • Leveraj membolehkan anda mula berdagang dengan modal permulaan yang rendah.
  • Leveraj adalah pinjaman tanpa faedah, yang bermakna anda tidak perlu membayar sebarang fi tambahan bila anda meminjam modal.

Gunakan kalkulator Forex dan cuba perdagangan berleveraj bersama FBS!

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu kalkulator Pedagang?

    Kalkulator Pedagang, atau kalkulator Forex, adalah sebuah alat yang berkuasa yang membantu anda menganggarkan keuntungan anda dan menguruskan risiko dengan pantas dan mudah sebelum membuka posisi perdagangan.

  • Bagaimana untuk mengira margin saya?

    Untuk menganggarkan amaun dana yang diperlukan untuk membuka dan mengekalkan suatu posisi perdagangan, masukkan data yang diperlukan di kalkulator Forex:

    • Pilih instrumen perdagangan yang anda mahu dagangkan;
    • Masukkan saiz lot;
    • Pilih matawang yang digunakan di akaun anda;
    • Pilih nisbah leveraj anda;
    • Masukkan harga ask dan bid.

    Sebaik anda klik butang ‘Kira’, margin anda akan ditunjukkan secara automatik. Maklumat ini akan membantu anda menentukan saiz lot dan leveraj agar anda tidak melampaui baki akaun perdagangan anda.

  • Mengapa gunakan kalkulator Pedagang?

    Kalkulator Pedagang akan membantu anda membuat keputusan perdagangan yang terbaik sebelum membuka posisi bagi instrumen yang dipilih. Ini penting kerana parameter perdagangan yang berbeza boleh menjurus kepada perubahan yang besar pada spread, diukur dalam unit pips, serta swap panjang atau pendek, dan margin. Jadi, setiap pedagang harus mengira terlebih dahulu parameter perdagangan mereka menggunakan kalkulator Forex dan pilih parameter perdagangan yang optimum.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera