1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 10 Sebab Anda Harus Belajar Membaca Aksi Harga
2023-08-08 • Dikemaskini

10 Sebab Anda Harus Belajar Membaca Aksi Harga

cover.png

Seperti ungkapan Charles Dow, harga adalah storan data yang cemerlang untuk pasaran. Ia harga yang mengandungi semua maklumat penting, dan pergerakannya menunjukkan keseluruhan situasi pasaran.

Aksi harga (price action) adalah teras analisis teknikal. Ia satu kaedah yang berasaskan kajian pergerakan harga sepanjang tempoh tertentu. Pedagang yang menggunakan analisis aksi harga mentafsir pasaran dan membuat keputusan perdagangan mereka hanya dengan mengkaji data harga yang dipaparkan pada carta. Pengamal perdagangan aksi harga percaya bahawa harga aset adalah elemen yang paling kritikal semasa membuat keputusan. Pedagang tertentu berpendapat bahawa harga merupakan sumber utama maklumat pasaran, dan melalui kajian aksi harga semat-mata, anda meningkatkan peluang kejayaan anda.

Artikel ini menjelaskan mengapa setiap pedagang harus belajar membaca aksi harga dan menunjukkan keunikan perdagangan jenis ini. Kami membincangkan mengapa pedagang Forex memilih kaedah ini dan aspek-aspek yang perlu anda pertimbangkan semasa melibatkan diri dalam perdagangan aksi harga.

Toolkit pedagang aksi harga

Apabila pedagang menggunakan analisis aksi harga, mereka mengkaji carta aksi harga yang kosong tanpa indikator tambahan. Bagi meramal pergerakan harga masa depan dan menentukan titik masuk dan keluar yang terbaik, kami mencadangkan agar pedagang memberi tumpuan pada aspek-aspek seperti:

Ini adalah toolkit asas bagi pedagang aksi harga. Namun demikian, setiap pengamal kaedah ini boleh menggunakan kombinasi yang berbeza dalam rutin perdagangan mereka. Beringatlah bahawa pedagang aksi harga adalah pembaca carta yang profesional, dan alatan ini hanya membantu mereka dalam proses membuat keputusan.

Sebab-sebab untuk menggunakan analisis aksi harga

Ramai pedagang profesional seperti Gary Wagner, Nial Fuller, Kim Krompass, Chris Lori dan lain-lain, memilih untuk berdagang secara eksklusif dengan teknik aksi harga. Ianya telus, informatif, komprehensif dan andal. Harga adalah sebab di sebalik semua kerugian dan keuntungan, oleh itu pembinaan strategi perdagangan hanya dengan analisis aksi harga tampak seperti satu langkah yang logik. Sekarang mari kita merungkai mengapa anda harus mencuba kaedah ini.

Kejelasan carta

Perbezaan ketara antara carta dengan aksi harga sahaja dan carta dengan beberapa indikator teknikal tidak dapat dinafikan. Anda dapat melihat betapa jelas dan mudahnya untuk membaca carta aksi harga tanpa sebarang indikator. Carta aksi harga yang kosong tidak berserabut dengan data tambahan, hanya terdapat bar harga tanpa sebarang gangguan.

Lihat pula pada carta harga di bahagian bawah yang penuh dengan indikator. Di sini, anda boleh melihat empat indikator teknikal yang paling popular: ADX, Bollinger Bands, MACD dan oscilator stokastik. Seperti yang telah anda perhatikan, sebahagian besar ruangan dalam carta ini dikhususkan kepada indikator, yang mengurangkan ruang untuk bahagian fundamental – bar harga. Sesiapa sahaja boleh menyimpulkan bahawa pelbagai maklumat tambahan pada carta menggangu daya tumpuan pedagang terhadap aksi harga itu sendiri.

Membandingkan dua carta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa carta aksi harga yang kosong adalah lebih telus dan jelas dilihat, manakala indikator pada carta yang "sibuk" mengalihkan fokus pedagang, lalu mewujudkan pelbagai faktor pemboleh ubah untuk mereka. Dengan melakukan demikian, pedagang mahu meringkaskan analisis harga; namun sebenarnya, mereka tidak memperoleh lebih banyak data ramalan daripada carta "yang serabut" ini berbanding carta aksi harga yang kosong.

Contoh carta aksi harga yang murni:

CREATIVE 2057_1200x675_1 (1).png

Contoh carta aksi harga dengan banyak indikator:

CREATIVE 2057_1200x675_2 (1).png

Pengasingan daripada berita

Faedah mempelajari pembacaan aksi harga yang tidak dapat dinafikan adalah pengasingannya daripada pelbagai pemboleh ubah perdagangan, termasuk berita, kerana aksi harga menunjukkan semua faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Kita semua tahu bahawa berita sering kali mengelirukan dan samar-samar. Maklumat mungkin bercanggah dari sumber ke sumber, sehinggakan mengkaji berita dan menganalisis bagaimana ia boleh mempengaruhi pasaran sangat memakan tenaga dan meletihkan.

Kaedah aksi harga membolehkan anda mengabaikan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan seperti membaca berita dengan kandungan yang mengejutkan. Penggunaan kaedah aksi harga dapat mencegahkan kelampauan maklumat dan paralisis analisis. Aksi harga merangkumi hanya tiga elemen utama yang patut dipertimbangkan: trend, carta serta tahap sokongan dan rintangan.

Aksi harga adalah psikologi manusia

Apabila kita memperkatakan tentang aksi harga suatu aset, kita serta merta memikirkan tentang pola carta yang berbeza, indikator, garisan trend, garis sokongan mendatar dan tahap rintangan; kita secara automatik membayangkan pelbagai peristiwa yang berlaku di dunia seperti KDNK nasional atau reputasi sebuah syarikat. Aksi harga secara langsung mencerminkan kelakuan orang ramai di pasaran. Aksi harga adalah psikologi tulen pedagang. Semudah itu!

Formulanya mudah: apabila seorang pedagang menemui peluang yang bagus untuk membuka dagangan, pedagang satu lagi melihat masa yang sempurna untuk meninggalkan pasaran. Jadi, pedagang menentukan apa yang lebih baik untuk dilakukan, didorong oleh minda dan emosi mereka. Apabila ramai pedagang menganggap bahawa membuka pesanan adalah keputusan yang terbaik, harga akan menaik dengan sewajarnya, dan trend bullish akan muncul di pasaran. Apabila ramai pedagang memutuskan untuk menjual aset mereka, harga akan menurun dan seterusnya pasaran bearish akan berlaku.

Ya, sepanjang proses membuat keputusan, banyak pemboleh ubah yang lain diambil kira. Walau bagaimanapun, keputusan akhir: untuk memasuki pasaran atau meninggalkannya merupakan keputusan peribadi yang dibuat oleh seorang individu mengikut budi bicara akalnya. Keputusan-keputusan ini, seterusnya menyebabkan harga bergerak dan boleh diperhatikan pada carta, dan walaupun terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pergerakan harga, semua hasilnya tercermin pada bar harga.

Oleh demikian, aksi harga adalah segala-galanya. Pertama sekali, ia merupakan bahasa para pedagang.

Perspektif pasaran yang paling relevan

Sebab utama untuk mula mempelajari perdagangan aksi harga ialah ketepatannya untuk menentukan perspektif pasaran yang paling relevan. Memandangkan kaedah aksi harga adalah teknik analisis pasaran yang stabil, ia tidak memerlukan sebarang indikator teknikal untuk meramal perubahan masa depan di pasaran kerana ia menyediakan segala-galanya untuk membuat keputusan perdagangan tanpa jeda atau jangkaan tentang perkara yang akan ditunjukkan oleh penunjuk. Sebagai contoh, ramai pedagang terpengaruh dengan indikator harga yang lamban, yang menunjukkan perubahan harga yang sudah berlalu. Tetapi adakah berbaloi untuk menantikan data daripada indikator dan menghabiskan masa dengannya sementara aksi harga tulen dapat menyediakan penetapan aksi harga yang kerap berulang untuk menganalisis perkara yang bakal berlaku dan situasi pasaran semasa?

Keupayaan untuk menghasilkan keuntungan dengan memanjangkan rangka masa (timeframe) dan menjimatkan masa

Satu lagi manfaat berdagang dengan aksi harga ialah ia semakin efektif dengan rangka masa yang lebih tinggi, membolehkan anda berdagang dengan kurang kerap tetapi dengan lebih jitu. Kaedah aksi harga membantu anda menganalisis carta dengan lebih pantas. Pedagang mengalami sendiri apa yang dimaksudkan dengan perdagangan, dengan persediaan selama berjam-jam untuk mengkaji carta dan betapa ia sebenarnya sangat meletihkan. Walau bagaimanapun, ramai pedagang mengaggap ia lebih menguntungkan untuk berdagang dengan lebih kerap dan dengan rangka masa yang lebih pendek, tanpa menyedari kemudaratan dan kerugian yang mengiringinya, bukan sahaja dari segi wang tetapi masa.

Apabila anda tahu cara untuk menggunakan kaedah perdagangan aksi harga, anda boleh menjimatkan banyak masa dan berdagang dengan analisis carta yang ringkas tanpa melibatkan usaha yang banyak. Bukan satu rahsia bahawa pelan perdagangan yang dibangunkan dengan teliti berdasarkan aksi harga semata-mata tidak melibatkan kerja dengan rangka masa pendek atau penilaian carta yang memakan masa kerana perdagangan aksi harga adalah tentang masa dan usaha yang minimum. Kaedah ini adalah mengenai tumpuan dan ketelusan.

Aksi harga adalah pilihan yang bagus untuk mempelajari semua maklumat yang diperlukan daripada harga itu sendiri tanpa menjalankan analisis pasaran keseluruhan yang mendalam. Hanya sekadar yang mencukupi untuk mengetahui asas-asas dan melihat ia diterjemah menjadi keuntungan.

Masa untuk membina disiplin perdagangan

Disiplin perdagangan adalah aspek penting yang membantu kelangsungan hidup pedagang dalam pasaran yang tidak dapat diramal dan juga berkembang sebagai profesional. Apabila anda berdagang dengan kaedah aksi harga yang andal dan jelas, menumpukan fokus pada aspek psikologi adalah lebih mudah.

Terlalu kerap, pedagang taksub dengan menetapkan kaedah dan strategi perdagangan mereka sehingga melupakan matlamat dan apa yang benar-benar penting dalam perdagangan. Walau demikian, mengukuhkan kawalan diri dan pengurusan diri anda dari hari ke hari adalah lebih penting untuk mengejar pencapaian yang tinggi. Tindak balas anda kepada jatuh bangun, perancangan harian dan kestabilan emosi adalah jauh lebih penting daripada sentiasa membangunkan kaedah perdagangan anda dan analisis yang meletihkan.

Perkara terbaik untuk perdagangan aksi harga ialah keupayaan untuk memberi tumpuan pada diri anda sendiri. Anda tidak perlu terlalu memikirkan keberkesanan kaedah perdagangan yang dipilih. Ia merupakan cara analisis pasaran yang terbukti oleh pedagang selama berdekad-dekad. Ia komprehensif dan lengkap.

Pengenalpastian titik masuk dan keluar yang terbaik

Perdagangan aksi harga membolehkan pengamalnya meningkatkan keupayaan untuk menentukan masa yang terbaik untuk memasuki dan meninggalkan pasaran. Jenis analisis ini menggunakan kajian trend, tahap sokongan dan rintangan serta pembentukan candlesticks yang seterusnya menyediakan semua data yang diperlukan oleh pedagang untuk menentukan masa yang paling sesuai untuk membuka atau menutup posisi. Dengan menggunakan kaedah aksi harga, anda boleh mengesan pergerakan pasaran yang penting dengan mudah di mana anda boleh membuka dagangan yang menguntungkan. Perdagangan aksi harga mengajar anda cara untuk memantau pasaran dengan lebih jelas. Pada masa yang sama, kebanyakan kaedah lain sering mempunyai apa yang dipanggil “zon kelabu” (samar-samar) dan mencegah pedagang daripada memutuskan sama ada mereka patut masuk atau tinggalkan pasaran dengan cukup cepat.

Pengurusan risiko yang efektif

Pengurusan risiko dalam perdagangan adalah rancangan yang membantu pedagang mengawal kerugian mereka dan mengekalkan nisbah risiko-ganjaran yang munasabah. Setiap profesional tahu bahawa pelan pengurusan risiko yang efektif adalah kunci kejayaan, dan analisis aksi harga membolehkan mereka membina pelan yang kukuh. Aksi harga murni membolehkan pedagang mengenali pola harga dan pembentukan candlestick yang seterusnya mewujudkan peluang yang mantap untuk menilai nisbah risiko-ganjaran dagangan masa depan dengan tepat. Dengan bantuan kaedah aksi harga, anda boleh menentukan tahap sokongan dan rintangan untuk menetapkan pesanan renti rugi dan menguruskan risiko. Analisis pasaran melalui aksi harga membuatkan strategi perdagangan anda lebih stabil dan efektif, mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan jangka panjang.

Minimalism

Pendekatan aksi harga tidak dapat dinafikan bersifat minimalistik dan sepadan dengan gaya hidup ramai. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan faktor-faktor negatif dan menepis keresahan anda. Terdapat kurang perkara yang perlu difikirkan atau dirisaukan.

Analisis aksi harga membuktikan ungkapan yang popular, “lebih sedikit anda tahu, lebih baik,” idea utama perdagangan aksi harga adalah semakin kurang anda berinteraksi dengan pasaran, semakin tinggi kebarangkalian kejayaan anda. Walau demikian, ini tidak bermaksud anda patut goyang kaki sahaja. Tujuan anda adalah untuk menyempurnakan kemahiran perdagangan aksi harga yang ringkas melalui usaha keras dan pembelajaran.

CREATIVE 2057_1200x675.png

Mengapa pedagang Forex menggunakan aksi harga?

Perdagangan aksi harga adalah popular di kalangan pedagang Forex. Lihat beberapa hujah yang membuktikan fakta ini:

  • Pasaran Forex mempunyai kecairan yang tinggi dan perdagangan aksi harga membolehkan pedagang membuka dan menutup posisi dengan lebih mudah dan lebih cepat.
  • Pasaran Forex dibuka sepanjang masa dan sentiasa berubah. Ia merupakan pasaran yang terbesar di dunia. Kerana itu, ramai spekulator cuba meyakinkan pedagang lain untuk membeli indikator dan robot Forex tambahan dengan menyatakan ia akan membantu meningkatkan kebarangkalian kejayaan. Namun, hakikat membuktikan bahawa meneliti pergerakan harga adalah keutamaan yang tertinggi, dan penganalisis faktor-faktor selain harga tidak masuk akal. Oleh demikian, langkah fundamental yang harus diambil dalam Forex ialah untuk ketahui bagaimana untuk membaca aksi harga seadanya.
  • Di pasaran Forex, harga cenderung untuk bergerak mengikut garisan trend tertentu. Trend pula, mengandungi satu siri paras tinggi yang lebih tinggi (higher high) atau paras rendah yang lebih rendah (lower lows) dengan pullback dan penyongsangan yang menghasilkan gelombang yang tajam secara keseluruhan. Langkah pertama untuk memanfaatkan gelombang-gelombang ini ialah dengan mempelajari cara mentafsir aksi harga dengan puncak dan jurang yang ekstrem.

Ringkasan

Perdagangan aksi harga ialah pilihan yang jelas untuk profesional. Teknik aksi harga membolehkan pedagang mengekalkan pemikiran yang objektif sambil berdagang. Apabila anda fokus pada unsur fundamental – harga, anda boleh mengekalkan ketenangan minda dan tidak membazirkan daya tumpuan anda pada perkara lain. Aksi harga adalah mengenai ketelusan dan kejelasan. Ia memberikan data yang paling tepat kepada pedagang untuk menentukan masa yang terbaik untuk melompat masuk atau keluar dari pasaran.

Analisis aksi harga ialah holy grail dalam kerjaya perdagangan anda. Kami amat mengesyorkan agar anda belajar cara mentafsir aksi harga dan alat yang patut digunakan semasa urusniaga perdagangan aksi harga. Panduan dan cadangan kami akan membantu anda mempelajari kemahiran ini. Sertai kami dan rintis kembara perdagangan anda dengan FBS.

  • 763

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera