1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Langkah Pertama sebagai Rakaniaga FBS: Panduan Langkah Demi Langkah
2023-04-19 • Dikemaskini

Langkah Pertama sebagai Rakaniaga FBS: Panduan Langkah Demi Langkah

01 COVER.png

Anda sudah mendaftar sebagai Rakaniaga FBS. Apa tindakan seterusnya? Bagaimana anda boleh mula mendapatkan pendapatan? Bagaimana anda boleh mempromosikan diri anda dan juga syarikat? Bagaimana anda boleh mencari pelanggan dan apa yang perlu anda beritahu kepada mereka?

Bagi membantu anda memulakan perjalanan anda sebagai Rakaniaga FBS dengan yakin, kami telah menyediakan arahan langkah demi langkah.

1. Kenali Laman Rakaniaga anda

Laman Rakaniaga adalah alat berharga yang membolehkan anda mengurus semua aktiviti Rakaniaga anda. Ia menyediakan maklumat penting tentang butiran akaun anda, pelanggan anda’ aktiviti perdagangan, komisen yang anda terima dan banyak lagi.

Lihat Cara Menggunakan Laman Rakaniaga FBS: Tutorial untuk Pemula untuk mendapatkan pemahaman yang menyeluruh tentang perkara yang boleh anda lakukan dalam Laman Rakaniaga anda.

2. Pelajari tentang FBS dengan terperinci

FBS ialah broker yang dikawal selia dan masyhur di seluruh dunia yang menyediakan antara perkhidmatan yang terbaik di pasaran Forex untuk para pelanggannya.

Dalam Panduan Lengkap tentang FBS dan Servisnya, anda akan menemui fakta yang membuktikan keandalan dan profesionalisme kami, membolehkan anda mempromosikan kami dengan yakin. Selain itu, muat turun slaid pembentangan untuk menggunakannya sebagai bantuan visual semasa anda memperkenalkan syarikat kepada pendatang baharu.

03 Learn FBS in detail.png

Muat turun slaid

3. Bina imej Rakaniaga yang profesional dan mantap

Sebelum anda mula mencari audiens anda, anda perlu mencipta imej profesional yang boleh memberi inspirasi kepada bakal pelanggan, mengekalkan reputasi dan nilai syarikat serta mestilah sejajar dengan visi dan matlamat kami.

Ikut arahan dalam Panduan: Bagaimana Cara Untuk Menjadi Rakaniaga FBS Yang Sempurna untuk belajar tentang cara mempersembahkan diri anda dengan efektif.

04 Build an image of a strong professional Partner.png

4. Mula bertindak

Mulakan aktiviti Rakaniaga anda dengan mencipta saluran di media sosial dan platform pemesejan. Ini cara yang terbaik untuk menarik audiens yang ramai. Dengan kandungan dan strategi komunikasi yang betul, anda boleh mengekalkan pelanggan anda.

Baca tentang Alat-Alat Yang Berguna Untuk Maju Sebagai Rakaniaga FBS Menerusi Media Sosial untuk mendapatkan tips dan templat berguna untuk membina strategi komunikasi yang betul dengan pelanggan anda.

05 Start acting.png

5. Tawarkan rebat

Rebat adalah alat yang berkuasa untuk menarik pelanggan baharu, mengekalkan pelanggan sedia ada dan memperoleh lebih banyak komisen.

Ketahui lebih lanjut tentang Rebat dan faedahnya dalam Rebat: Alat Pengekalan Pelanggan Yang Sempurna.

06 Offer rebates.png

6. Sertai Cascades by FBS

Cascades by FBS ialah lanjutan multi-level bagi Program IB FBS sedia ada. Dengan Cascades by FBS, Rakaniaga IB boleh meningkatkan keuntungan mereka dengan menarik bukan sahaja pelanggan perdagangan tetapi juga Rakaniaga lain. Hasilnya, anda boleh memperoleh komisen sebanyak 20% daripada pendapatan yang dijana oleh setiap Rakaniaga yang anda tarik.

Dapatkan pemahaman penuh tentang program ini dan cara ia berfungsi dalam Cascades by FBS: Pengalaman Rakaniaga Multi-Level.

07 Join Cascades by FBS.png

7. Jangan ragu untuk meminta bantuan

Pengurus Jabatan Rakaniaga kami sentiasa bersedia untuk membantu Rakaniaga FBS tentang sebarang isu. Hantarkan e-mel kepada ib@fbs.com untuk mengajukan soalan kepada pengurus secara terus, atau hubungi support@fbs.com.

08 Feel free to ask for assistance.png

Rangkuman

Program Introducing Broker (IB) FBS memberikan peluang yang hebat untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk meraih pendapatan tambahan. Manfaatkan peluang ini untuk menyertai komuniti pedagang dan rakaniaga yang berjaya. Daftar hari ini dan mula menjana pendapatan!

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk saya menjadi Rakaniaga IB FBS?

Anda perlu mengikut langkah berikut:

  1. Lawati laman web rasmi FBS.
  2. Pergi ke halaman Program Introducing Broker FBS.
  3. Klik/tekan pada butang Buka akaun Rakaniaga.
  4. Isi nama dan emel anda ke dalam borang.
  5. Sahkan alamat emel dan dokumen anda.
  6. Mula bertindak sebagai Rakaniaga FBS.

Apakah peranan Rakaniaga IB?

Rakaniaga IB mewakili FBS dan memperkenalkan pelanggan baharu kepada syarikat. Selain itu, mereka juga menyediakan sokongan dan bimbingan kepada pelanggan sedia ada, menawarkan sumber pendidikan, atau memudahkan komunikasi di antara pelanggan dan broker.

Apakah itu program Rakaniaga FBS?

Program Introducing Broker (IB) FBS adalah program referral yang membolehkan anda meraih antara kadar komisen yang tertinggi di pasaran dengan menarik pelanggan ke FBS. Lebih banyak mereka berdagang, lebih banyak komisen yang anda dapat. Ini mungkin cara yang terbaik untuk memulakan bisnes anda sendiri dan menjana pendapatan yang stabil.

Bagaimana cara membuat duit dengan Program IB FBS?

Tarik pelanggan baharu melalui pautan referral yang boleh anda temui di Laman Rakaniaga anda. Galakkan mereka untuk berdagang dan terima komisen daripada lot-lot yang mereka dagangkan. Untuk meningkatkan pendapatan anda, motivasikan pelanggan anda untuk berdagang dengan lebih banyak. Tawarkan mereka Rebat, kandungan pendidikan, tip berguna, dsb. Lebih banyak mereka berdagang, lebih banyak anda dapat.

Bagaimanakah program IB berfungsi dalam perdagangan?

Dalam perdagangan, IB akan membawa dan memperkenalkan pelanggan baharu kepada broker melalui pautan referral dan mendapat komisen daripada perdagangan mereka. Pautan ini digunakan untuk mengesan Rakaniaga IB yang bertanggungjawab membawa pelanggan tersebut, dan beginilah cara komisen diraih.

  • 386

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera