1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Program IB Forex IB: Cara Buat Duit Tanpa Berdagang
2023-11-20 • Dikemaskini

Program IB Forex IB: Cara Buat Duit Tanpa Berdagang

cover.png

Umum telah mengetahui jika anda menjadi pedagang Forex, anda perlu membuat untung dengan melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan Forex. Itu sangat jelas. Bagaimanapun, hanya beberapa orang pedagang yang sedar bahawa mereka boleh buat duit walaupun mereka tidak berdagang. Kedengaran pelik bukan? Tetapi ia adalah benar, dan dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa itu program IB Forex dan cara anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menyertainya.

Apa itu program IB Forex?

Anda mungkin sedar bahawa kebanyakan broker menawarkan pelanggan mereka pilihan untuk menyertai program IB, atau untuk menjadi rakaniaga mereka. FBS juga tidak terkecuali dan mempunyai programnya sendiri yang dipanggil Program Introducing Broker (IB) FBS.

Program IB FBS ialah program Kesetiaan yang menggalakkan pedagang untuk menjadi rakaniaga broker. Rakaniaga (atau introducing broker) adalah wakil tempatan yang membantu FBS untuk mempromosikan servis dan produknya, dengan menarik perhatian khalayak umum khususnya di rantau tersebut terhadap kewujudan dan operasi syarikat. Sebagai balasannya, FBS memberikan ganjaran kepada rakaniaganya kerana membantu untuk mempromosikan servis mereka dalam kalangan kumpulan prospek sasaran yang lebih besar.

Bagaimana rakaniaga membuat duit?

Untuk program IB, rakaniaga akan mempromosikan syarikat yang mereka wakili. Rakaniaga FBS boleh menyiarkan perihal syarikat mereka di platform media sosial, untuk membawa pelanggan baharu ke FBS dengan menggunakan pautan referral unik. Mereka akan berinteraksi dengan pelanggan baharu ini, membantu pelanggan baharu untuk belajar tentang selok-belok perdagangan sedari awal, dan berkomunikasi dengan wakil FBS.

Kemudian, FBS akan membayar komisen sehingga 43% daripada spread kepada rakaniaganya bagi setiap urusniaga perdagangan yang dilakukan oleh pelanggan baharu ini selepas mereka menyertai FBS. Sebagai rakaniaga, anda juga boleh membayar komisen — Rebat — kepada pelanggan yang menyertai dengan menggunakan rujukan anda bagi memotivasikan mereka untuk berdagang dengan lebih banyak, yang akan turut memberikan anda lebih banyak keuntungan. Sebagai rakaniaga, anda boleh menetapkan jumlah cashback pada Laman Rakaniaga FBS anda. Tawaran ini memberi manfaat kepada pedagang baharu dan juga anda, rakaniaga IB, kerana cashback menggalakkan lebih ramai pedagang untuk menjadi pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang boleh anda raih sebagai rakaniaga?

Setiap broker memilih jenis-jenis komisen yang berlainan sebagai ganjaran kepada rakaniaga mereka. Ada yang membayar komisen satu kali (one-off) bagi pelanggan baharu yang dibawa ke platform mereka. Yang lain pula, seperti FBS, memberikan komisen kepada rakaniaga bagi setiap perdagangan yang dilaksanakan oleh pelanggan mereka.

Jumlah wang yang anda boleh perolehi daripada program IB FBS bergantung pada Gred rakaniaga anda, spread dan bilangan urusniaga perdagangan yang dijalankan oleh pelanggan anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang komisen yang ditawarkan oleh FBS dengan merujuk laman web rasminya.

CREATIVE-2341_1200x675_cover.png

Cara untuk memilih Program IB yang bagus?

Dengan begitu banyaknya broker di luar sana, memilih program IB yang patut disertai boleh jadi suatu tugas yang mencabar. Dan bagaimanakah anda boleh tahu sama ada program IB tersebut bagus? Ia agak mudah jika anda tahu apa yang perlu dicari. Mari lihat kriteria utama untuk memilih program IB Forex yang bagus.

Legitimasi

Sebelum menjadi rakaniaga broker, anda mesti menyemak sama ada broker itu adalah sah. Adakah ia berlesen? Siapakah pihak berkuasa yang mengawalselia aktivitinya? Adakah pedagang yang menggunakannya berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang mereka terima?

Anda perlu meluangkan masa anda untuk melakukan semakan latar belakang seperti ini. Lagipun, ia bukan sahaja penting supaya anda lebih celik dari segi kewangan, tetapi mempromosikan broker yang tidak mempunyai reputasi yang baik boleh menjejaskan reputasi anda sendiri dalam komuniti.

Tapi ini tidak menjadi isu dengan FBS. FBS mempunyai beberapa lesen daripada agensi yang boleh dipercayai di seluruh dunia, termasuk CySEC, ASIC, Belize FSC, dll. Dengan lebih daripada 27 juta pengguna di seluruh dunia dan lebih 75 anugerah antarabangsa, FBS sebuah broker yang terkenal dan mempunyai reputasi baik dengan misinya untuk menyediakan pelanggannya pengalaman perdagangan yang hebat, memastikan keselamatan dana mereka dan mencipta lebih banyak peluang untuk mereka meningkatkan keuntungan mereka.

Pembayaran dan pengeluaran

Sama seperti mana-mana broker lain, mempelajari cara dan bila anda mahu menerima bayaran adalah penting sebelum anda bersetuju untuk menjadi rakaniaga Forex IB. Semak semua terma dan syarat yang berkaitan dengan pembayaran dan pengeluaran wang untuk melihat sama ada ia boleh dipenuhi. Jika broker mempunyai terlalu banyak syarat atau mempunyai syarat pembayaran yang tidak jelas, menyertai program IBnya mungkin tidak berbaloi.

FBS menawarkan komisen kepada rakaniaga IBnya dan membenarkan mereka mengeluarkan sebarang jumlah wang daripada akaun mereka, dengan syarat ia melebihi $1. Tiada syarat tersembunyi. Lebih banyak pelanggan anda dagangkan, lebih banyak komisyen anda dapat. Dan jika mereka berdagang setiap hari, anda juga akan mendapat aliran wang yang stabil setiap hari.

Bahan pendidikan dan promosi

Untuk menarik dan mengajar pelanggan baharu, anda akan memerlukan bahan pendidikan dan promosi. Adalah penting untuk mengetahui bahawa broker anda sepatutnya memberikan anda akses kepada bahan-bahan tersebut. Sama ada ia sepanduk untuk laman web anda atau pembentangan pengenalan, anda tidak perlu membuatnya sendiri. Broker anda harus membantu anda dengan semua bahan yang anda perlukan.

Itulah sebabnya FBS menawarkan pelbagai jenis bahan promosi yang anda, sebagai rakaniaga, boleh gunakan untuk menarik pelanggan baharu. Dan jika anda ingin mengadakan sesi pendidikan, FBS akan membantu anda untuk membuat persiapan dan menyediakan anda dengan semua bahan yang diperlukan.

Syarat-syarat perdagangan yang baik untuk pelanggan-pelanggan anda

Jika broker boleh menawarkan keadaan perdagangan yang baik untuk pelanggan baharu anda, lebih ramai orang akan bersedia untuk cuba berdagang dengan bantuan anda sebagai rakaniaga broker. Lebih ramai pelanggan yang anda ada, lebih banyak komisyen anda boleh dapat. Jadi memastikan keadaan perdagangan yang adil dan menarik untuk bakal pelanggan anda akan membantu anda untuk memperoleh lebih banyak wang dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, FBS menawarkan syarat perdagangan yang kompetitif kepada pelanggan baharu, termasuk 650+ instrumen dagangan CFD, pelaksanaan pesanan pantas, spread rendah bermula daripada 0.5 pip, pilihan akaun perdagangan supaya sesuai dengan semua kemahiran dan pengalaman pedagang, leveraj sehingga 1:3000, dan banyak lagi. Tawaran ini benar-benar bermanfaat kepada pedagang baharu, dan memudahkan anda untuk mencari pelanggan baharu.

Skim ganjaran multi-level untuk mengembangkan perniagaan anda

Dapatkan komisen dengan membawa pelanggan baharu kepada broker adalah satu perkara yang perlu dilakukan. Tetapi bagaimana pula jika broker anda memberi ganjaran kepada anda dengan lebih banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan anda dan meningkatkan pendapatan anda? Menarik, bukan? Itulah sebabnya anda harus mempertimbangkan program IB multi-level yang memberi anda manfaat lebih baik apabila bilangan pelanggan anda bertambah.

FBS telah melaksanakan sistem pelbagai peringkatnya sendiri yang dipanggil Cascades dan direka khusus untuk mengembangkan pengalaman rakaniaga. Mengikut sistem ini, terdapat dua peringkat rakaniaga FBS: Peringkat A dan Peringkat B. Rakaniaga Peringkat A menerima komisen daripada pelanggan langsung mereka dan 20% komisen didapati daripada pendapatan rakaniaga Peringkat B. 20% ini akan dibayar oleh FBS, dan Rakaniaga Peringkat B masih menerima 100% pendapatan daripada pelanggan mereka. Sistem ini memberi lebih banyak peluang kepada rakaniaga FBS untuk meningkatkan keuntungan mereka dan menggalakkan mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya skim multi-level dalam program rakaniaga.

Memastikan bahawa broker pilihan anda menepati semua kriteria ini, contohnya seperti FBS, akan memudahkan anda memilih program IB Forex yang baik untuk menjadi sekutu perniagaan anda.

Jadi Rakaniaga FBS sekarang!

Sekarang setelah anda mengetahui manfaat yang ditawarkan oleh rakaniaga IB dan program IB FBS yang menepati semua kriteria program IB yang boleh dipercayai, anda sudah menemui cara untuk membuat wang tambahan hanya dengan memperkenalkan pelanggan baharu kepada keseronokan perdagangan. Sertai program IB FBS dan dapatkan sebanyak mungkin manfaat dengan menjadi seorang pedagang!

  • 816

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera