1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Rakaniaga FBS Boleh Menjana Pendapatan Dengan Sistem Bayaran Baharu
2023-08-21 • Dikemaskini

Cara Rakaniaga FBS Boleh Menjana Pendapatan Dengan Sistem Bayaran Baharu

CREATIVE-2456_1200x675_1_cover.png

Program Introducing Broker (IB) FBS adalah satu program referral yang menyediakan peluang pertumbuhan profesional dan kewangan. IB yang menarik pelanggan baharu untuk berdagang dengan FBS melalui pautan referral individu mereka akan menjana pendapatan apabila pelanggan jemputan mereka mula berdagang. Sistem bayaran komisen yang baharu ini telah diperkenalkan bagi meningkatkan keberkesanan program rakaniaga kami.

Mengira komisen IB

Mulai sekarang, Rakaniaga menerima komisen yang dikira sebagai suatu peratusan daripada spread. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tahu bahawa peratusan ini berbeza-beza antara sesama Rakaniaga dan ia bergantung pada Gred mereka dalam program.

Tonton video pendek kami untuk memahami butirannya dan meraih lebih banyak dengan FBS.

Memahami Gred

Terdapat enam Gred yang berbeza, setiap satu mewakili tahap pencapaian Rakaniaga itu dalam program IB. Saiz komisen semakin bertambah dengan Gred yang lebih tinggi. Untuk menentukan Gred semasa Rakaniaga dengan adil, kami menilai purata komisen yang diraih oleh mereka sepanjang tiga bulan yang terakhir. Peratusan ini boleh sentiasa dinaikkan kerana Gred dikira semula pada setiap bulan.

CREATIVE-2456_1200x675_2.png

Kelebihan sistem baharu

  • Sistem baharu ini memastikan ketelusan dan kawalan penuh ke atas komisen Rakaniaga. Dengan sistem ini, Rakaniaga FBS kini boleh menerima sehingga 43% daripada spread setiap dagangan.
  • Strategi pertumbuhan menjadi lebih fleksibel kerana saiz komisen boleh ditingkatkan dengan menarik lebih ramai pelanggan atau memberi tumpuan pada hanya 2-3 pelanggan bernilai tinggi.
  • Saiz komisen adalah selari dengan usaha yang diambil, dengan syarat-syarat yang diperbaharui untuk Rakaniaga yang mempunyai pelanggan dengan aktiviti perdagangan yang tinggi.

Jadi Rakaniaga

Meningkatkan komisen IB

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan syarat-syarat yang jelas kepada para IB, kami telah menyediakan beberapa tips yang berguna untuk membantu mereka menjana lebih banyak pendapatan.

Dorong pelanggan untuk mempelbagaikan portfolio mereka

  • Maklumkan pelanggan tentang peluang perdagangan yang tersedia untuk derivatif seperti komoditi dan saham.
  • Berikan tumpuan khas kepada CFD instrumen non-standard kerana bayaran untuknya adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, syorkan perdagangan instrumen eksotik seperti USDHKD, USDTHB, USDSGD dan lain-lain.

Dengan pemansuhan peraturan 59 poin, purata bayaran untuk XAUUSD dan komoditi lain telah meningkat dua kali ganda.

Untuk setiap $1 yang pelanggan dagangkan dengan derivatif saham, Rakaniaga akan menjana, secara purata, 10 kali ganda lebih banyak berbanding jika pelanggan tersebut mendagangkan $1 dengan EURUSD. Selain itu, FBS telah menambahkan 300 instrumen berasaskan saham dan memansuhkan komisen untuknya, memberi lebih banyak peluang kepada para pelanggan.

  • Galakkan pelanggan untuk menerokai indeks seperti US500, US30, JP225 dan sebagainya, kerana bayaran untuk indeks-indeks ini telah ditingkatkan lebih dua kali ganda per lot.

Manfaatkan sumber-sumber tambahan di Laman Rakaniaga

Rakaniaga mempunyai akses ke atas bahan-bahan pengiklanan dalam talian, pautan referral untuk menjejak prestasi mereka, dan info pendidikan di Laman Rakaniaga mereka. Kesemua sumber-sumber ini memperluaskan lagi peluang untuk IB kami.

Tinjau bahan pengiklanan

CREATIVE-2456_1200x675_3.png

Kesimpulan

FBS beriltizam untuk menyediakan program rakaniaga yang telus dan menguntungkan kepada IB mereka. Sistem bayaran komisen yang baharu menghidangkan lebih banyak peluang untuk pertumbuhan dan kejayaan dalam penerokaan perdagangan mereka di FBS.

  • 1050

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera