1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimanakah Cara Untuk Menjadi Seorang Pedagang Profesional?
2024-03-04 • Dikemaskini

Bagaimanakah Cara Untuk Menjadi Seorang Pedagang Profesional?

cover.png

Apa itu pedagang profesional?

Selepas mempelajari dengan lebih lanjut mengenai dunia perdagangan dan memperolehi wang sebenar daripada perdagangan anda, anda mungkin mula berfikir untuk menjadi seorang pedagang profesional. Tapi, apakah yang dimaksudkan dengan pedagang profesional?

Pedagang profesional adalah mereka yang menjadikan perdagangan sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Mereka ini memahami kewangan dan perniagaan dan menggunakan pengetahuan mereka untuk mendapatkan wang daripada pasaran kewangan. Mereka menghabiskan banyak masa untuk menganalisis situasi semasa pasaran, membangunkan strategi perdagangan yang disuaikhaskan untuk aset yang menjadi pengkhususan mereka, dan melaksanakannya untuk meraih keuntungan hasil daripada urusniaga-urusniaga yang berjaya. Pedagang profesional boleh melaksanakan beberapa urusniaga dalam satu hari (pedagang intrahari) atau dalam tempoh beberapa hari (pedagang swing). Setiap gaya perdagangan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, dan pedagang profesional boleh memilih jurusan kepakaran mereka sendiri.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara yang perlu diketahui oleh pedagang untuk membina kerjaya berkaitan perdagangan, jangkaan potensi gaji, dan prospek kerjaya yang ditawarkan perdagangan profesional kepada anda di masa hadapan.

POIN-POIN UTAMA

  • Pedagang profesional menjadikan perdagangan sebagai kerjaya sepenuh masa dan boleh bekerja untuk syarikat atau bekerja sendiri.
  • Pedagang profesional perlu memahami cara pasaran kewangan berfungsi dan belajar bagaimana membangunkan strategi dan teknik mereka sendiri untuk memastikan keberhasilan dan kemenjadian yang cemerlang.
  • Industri perdagangan dijangka akan berkembang dalam dekad yang akan datang, jadi sekarang adalah peluang yang terbaik untuk menjadi pedagang profesional.
  • Bekerja untuk sesebuah syarikat sebagai pedagang profesional adalah kerjaya yang lebih stabil, manakala jika anda menjadi pedagang yang bekerja sendiri, anda boleh mengatur persekitaran kerja mengikut kehendak dan keperluan anda sendiri.

CREATIVE-782-1.png

Bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pedagang profesional

Terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi seorang pedagang profesional. Pedagang profesional tidak boleh bergantung pada nasib atau pemahaman yang tidak jelas tentang cara pasaran kewangan beroperasi. Mereka menganalisis banyak aspek bagi setiap urusniaga tertentu sebelum membuat keputusan, yang membezakan mereka dengan pedagang runcit amatur. Jadi sebelum anda berhenti kerja untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pedagang profesional, pastikan anda mempelajari perkara-perkara berikut.

Pelajari asas-asas perdagangan

Anda belum boleh berdagang secara profesional tanpa pemahaman asas yang kukuh. Ini termasuk maklumat tentang pasaran-pasaran kewangan sedia ada, pergerakan harga, alat-alat dan indikator-indikator penting perdagangan, berapa banyak modal permulaan yang diperlukan untuk berdagang, jenis-jenis carta yang digunakan oleh para pedagang, dan bilakah masa yang terbaik untuk berdagang. Maklumat ini boleh didapati di dalam talian dan di kedai-kedai buku. Anda juga boleh mencari kursus-kursus percuma untuk pemula yang memberikan semua ilmu yang anda perlu tahu untuk memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan perdagangan. FBS juga mempunyai Buku Panduan yang membantu para pedagang pemula dan pedagang yang lebih berpengalaman untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang Forex dan perdagangan, secara amnya, setiap hari.

Pelajari asas-asas lanjutan

Selepas mempelajari asas-asas perdagangan, para pedagang profesional harus memberi tumpuan dalam memperkembangkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, jika anda membuat keputusan untuk berdagang Forex, anda perlu belajar tentang sebut harga matawang, poin, strategi-strategi perdagangan Forex dan pelbagai maklumat berguna yang lain. Mempelajari lebih mendalam tentang suatu pasaran tertentu boleh membantu anda menjadi seorang pakar dan menjadikan perdagangan profesional lebih mudah. Begitu juga dengan asas perdagangan, anda boleh mendapatkan maklumat tentang asas lanjutan di dalam talian dan buku serta mengikuti kursus lanjutan tentang pasaran yang anda minati.

Membangunkan strategi dan teknik perdagangan

Perkara seterusnya yang perlu diketahui oleh setiap pedagang profesional ialah strategi-strategi dan teknik-teknik perdagangan yang ada dan cara-cara menggunakannya dalam perdagangan sebenar. Ini termasuk mempelajari tentang carta-carta harga dan pola-pola carta, alat-alat analisis teknikal, trend bearish dan bullish, dan cara-cara menggunakannya untuk membangunkan strategi perdagangan yang berjaya.

Dalam kes ini, sumber-sumber percuma di dalam talian tidak akan banyak membantu kerana ia cenderung untuk menerangkan lebih banyak strategi-strategi dan teknik-teknik generik tanpa membincangkannya dengan lebih terperinci. Untuk mempelajari strategi-strategi yang lebih maju dan cekap, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mencari pedagang profesional yang boleh mengajar anda atau memberi nasihat tentang sesuatu topik (bukan percuma). Amalan biasa yang dilakukan adalah dengan melihat pendekatan yang diambil oleh pedagang-pedagang profesional yang lain terhadap perdagangan dan kemudian membina strategi perdagangan anda sendiri berdasarkan pengalaman positif mereka.

Kumpul pengalaman berdagang

Teori memang hebat dan boleh memberi anda banyak maklumat yang berguna untuk memulakan perdagangan, tetapi pengetahuan dan pengalaman sebenar datang daripada pengalaman berdagang sendiri dalam pasaran sebenar. Inilah masanya di mana anda harus menguji strategi-strategi dan teknik-teknik permulaan anda dan melihat apa yang paling berkesan untuk anda dan apa yang boleh anda laras suaikan bagi mengelakkan kerugian atau untuk meningkatkan keuntungan anda.

Pertimbangkan 'paper trading'

Secara umumnya ramai yang tahu bahawa berdagang dengan wang sebenar adalah sangat menekan, terutamanya jika anda baru mula berdagang. Keadaan boleh berubah menjadi buruk dengan cepat dan mengakibatkan anda terkontang-kanting tanpa keuntungan dan, adakalanya, dibebani dengan hutang yang besar. Itulah sebabnya mengapa sesetengah platform perdagangan menawarkan paper trading sebagai satu pilihan. Paper trading adalah simulasi perdagangan yang membolehkan para pedagang baru berlatih berdagang dengan wang maya berlatarkan pergerakan harga pasaran yang sebenar. Ini membantu para pedagang melihat bagaimana prestasi strategi dan teknik semasa mereka di dalam dunia nyata kelak, tanpa perlu merisikokan wang mereka sendiri. 

Pilih broker yang andal

Broker ialah proksi yang menghubungkan pedagang dengan pasaran kewangan, dan seterusnya memadankan dan merundingkan urusniaga antara pelbagai pihak merentasi pasaran-pasaran ini. Pemula boleh menggunakan broker untuk mempelajari tentang strategi-strategi dan teknik-teknik perdagangan baru dan kemudian menerapkannya ke dalam gaya perdagangan mereka sendiri.

Tetapi sebelum anda memilih suatu broker, pastikan ia andal (reliable). Semak kelayakan mereka dan sama ada ia dikawal selia oleh agensi yang bereputasi sebelum mempercayakan wang anda kepada mereka.

Belajar untuk fokus

Jika anda membuat keputusan untuk menjadi seorang pedagang profesional, anda perlu memahami bahawa perdagangan memerlukan fokus dan komitmen, sama seperti pekerjaan lain. Anda perlu sentiasa memantau pergerakan harga untuk mencari saat yang terbaik untuk masuk atau keluar dari urusniaga perdagangan. Anda tidak akan mencapai keputusan yang baik jika fokus anda sentiasa terganggu daripada aktiviti perdagangan anda dan mungkin akan mengalami kerugian. Oleh itu, jangan anggap perdagangan profesional sebagai suatu percutian dan anda harus fokus dalam memastikan semua perdagangan anda teratur.

Fahami pengurusan risiko

Perdagangan adalah berisiko, terutamanya jika anda mencuba perdagangan berleveraj dan tidak menggunakan dana anda sendiri. Anda perlu berfikiran jauh dan menyediakan strategi-strategi pengurusan risiko. Pengurusan risiko bermaksud mengenal pasti potensi ancaman dan mencari cara untuk mengelakkannya. Pengurusan risiko termasuk menentukan jumlah wang yang anda tidak kisah untuk rugi jika berlaku masalah, menentukan pasaran yang terbaik untuk berdagang, meletakkan sasaran harga untuk menjamin perolehan dan pesanan renti rugi bagi mengehadkan potensi kerugian, serta menggunakan alat-alat analisis teknikal dan indikator-indikator untuk meramalkan trend pasaran pada masa hadapan. Risiko sentiasa menjadi sebahagian daripada perdagangan, tetapi sejauh mana anda menanganinya adalah terpulang kepada anda.

Fahami potensi anda

Adalah penting untuk mempertimbangkan jumlah wang yang anda sedia untuk laburkan dalam perdagangan. Ini akan membantu anda membina strategi perdagangan yang lebih sesuai untuk situasi kewangan semasa anda dan mengetahui keputusan yang manakah yang sesuai untuk anda pada masa ini dari sudut kewangan. Lebih lama anda berdagang, lebih banyak keuntungan yang anda boleh jangkakan. Fahami bahawa ianya mengambil masa yang agak lama boleh menyelamatkan anda daripada kehilangan semangat.

Pertimbangkan untuk menyimpan jurnal perdagangan

Setiap pedagang profesional yang berjaya menyimpan rekod yang terperinci tentang semua perdagangan mereka, sama ada yang berjaya atau yang gagal. Menyimpan jurnal perdagangan ialah cara yang terbaik untuk menganalisis strategi-strategi dan teknik-teknik mana yang telah terbukti berjaya dan yang mana memerlukan lebih banyak pelarasan. Perkara yang paling biasa yang perlu direkodkan ke dalam jurnal anda ialah tarikh setiap perdagangan, rangka masa, saiz lot, harga beli dan jual, keuntungan, kerugian dan maklumat-maklumat lain yang anda fikir mungkin berguna untuk rujukan pada masa hadapan.

Semak semula perdagangan anda

Menyemak semula hasil perdagangan anda akan membantu anda untuk menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan anda. Memahami mengapa strategi anda yang berjaya boleh membantu anda melihat sama ada strategi yang sama ini boleh digunakan pada perdagangan yang lain dan membawa lebih banyak keuntungan secara keseluruhan.

Pertimbangkan untuk mendapatkan ijazah

Memiliki ijazah dalam bidang kewangan tidak wajib untuk menjadi seorang pedagang profesional. Namun, ia boleh menjadi sangat berguna kerana ia memberi anda pemahaman yang mendalam tentang cara pasaran kewangan beroperasi dan perkara yang boleh anda lakukan untuk mengoptimumkan dagangan anda. Tambahan lagi, ijazah boleh membantu anda mendapat kelayakan untuk mengembangkan pengalaman perdagangan profesional anda dan mencari pekerjaan di sesebuah syarikat.

Gaji untuk pedagang profesional

Apabila bercakap tentang gaji, ianya sangat berbeza-beza. Bergantung pada lokasi, lokasi tempat berkerja, pengalaman dan kemahiran, pedagang profesional di AS boleh meraih pendapatan bermula daripada $50,000 hingga $160,000, dengan gaji purata sebanyak $91,000. Selain daripada gaji tetap, pedagang profesional juga boleh menerima komisen sehingga $25,000. Berkenaan faedah pula, kebanyakan pedagang biasanya mendapat insurans, cuti keluarga, cuti bergaji, jadual yang fleksibel dan peluang untuk bekerja dari rumah.

Prospek pekerjaan untuk pedagang profesional

Pada masa ini, industri perdagangan dijangka berkembang dalam dekad yang akan datang sebanyak 4–6%, walaupun terdapat penurunan permintaan pada awalnya. Ini berita yang baik untuk semua orang yang sedang mempertimbangkan untuk menjadi pedagang profesional. Hakikatnya, sekarang adalah masa yang tepat untuk menjadi seorang pedagang profesional dan menjana sebanyak mungkin wang sepanjang dekad yang akan datang.

Kemahiran untuk pedagang profesional

Sudah tentu, pedagang profesional perlu memiliki beberapa kemahiran khusus untuk berjaya dalam bidang ini. Ini termasuk:

  • pemikiran yang analitikal,
  • penyelidikan,
  • penyimpanan rekod,
  • kesabaran,
  • fokus,
  • ilmu kewangan,
  • gerak hati,
  • kalis tekanan,
  • kebolehsuaian.

Mujurlah, kemahiran-kemahiran ini tidak sukar untuk diperolehi, dan sesiapa yang mempunyai pengalaman kerja asas biasanya sudah memiliki kebanyakan kemahiran ini dan boleh cuba menerapkannya ke dalam perdagangan profesional.

Persekitaran kerja untuk pedagang profesional

Persekitaran kerja untuk pedagang profesional boleh berbeza-beza dengan ketara, bergantung sama ada anda bekerja sendiri atau bekerja untuk syarikat.

Pedagang yang bekerja sendiri boleh membina jadual mereka sendiri yang disesuaikan dengan gaya hidup mereka. Mereka boleh bekerja pada bila-bila masa sepanjang hari dan dari mana-mana sahaja di seluruh dunia dengan sambungan Internet yang stabil. Pedagang yang bekerja sendiri memerlukan komputer atau komputer riba dan mungkin memerlukan peralatan tambahan untuk menjadikan kerja mereka lebih mudah.

Pedagang-pedagang profesional yang diambil bekerja oleh syarikat biasanya perlu bekerja pada waktu yang tetap, walaupun ini tidak digunapakai oleh semua syarikat. Mereka boleh bekerja di bangunan pejabat atau dari rumah. Walaupun pedagang yang bekerja sendiri mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menyesuaikan persekitaran kerja mereka, pedagang profesional menerima faedah dari tempat mereka bekerja, seperti cuti berbayar, cuti sakit, bonus, dsb.

  • 1059

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera