1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Berdagang Dengan Pola Shooting Star
2023-07-12 • Dikemaskini

Cara Berdagang Dengan Pola Shooting Star

cover.png

Salah satu kaedah yang paling popular dan boleh diandalkan untuk mencari signal masuk dan keluar ialah mengenal pasti pola-pola candlestick dan carta. Pola-pola ini adalah sebahagian daripada analisis teknikal, yang menggunakan data silam pasaran untuk menganalisis kelakuan para pedagang dalam keadaan pasaran yang serupa pada masa-masa yang lalu. Memandangkan psikologi para pedagang tidak banyak berubah selama ini, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pada masa sekarang para pedagang akan bertindak dengan cara yang sama dan mengesahkan pola tersebut.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang salah satu pola yang paling terkenal: pola candlestick shooting star. Kita akan membincangkan syarat-syarat di sebalik pembentukannya, cara mengenal pasti ia pada carta dan cara bagaimana anda boleh menggunakannya dalam strategi perdagangan anda.

Apakah itu shooting star?

Shooting star ialah pola candlestick bearish yang kuat yang biasanya berlaku pada penghujung trend menaik yang berpanjangan dan sebelum berlakunya penyongsangan kepada trend menurun.

Pola ini terdiri daripada satu candlestick, tetapi yang unik tentangnya ialah badannya: candlestick shooting star mempunyai badan sebenar yang kecil berhampiran paras terendah pada hari tersebut. Ini berlaku kerana harga aset ditutup berhampiran dengan harga pembukaannya, yang menunjukkan bahawa bull tidak berjaya menaikkan harga lebih tinggi dalam tempoh sehari.

Pada masa yang sama, sumbu bahagian atas candlestick shooting star sangat panjang, yang sekurang-kurangnya dua kali panjang badannya. Sumbu bawah hampir tidak kelihatan, kadangkala tidak wujud, jadi bahagian yang paling dikenali dalam pola ini ialah sumbu atasnya yang panjang.

CREATIVE-2147_Shooting-Star-Pattern_1200x675_cover.png

Apakah yang dimaksudkan dengan pola shooting star?

Pola shooting star biasanya berlaku selepas trend menaik yang stabil dan berpanjangan, selalunya selepas sekurang-kurangnya tiga candlestick bullish berturut-turut. Ia juga boleh muncul selepas beberapa candlestick bearish, dengan syarat pergerakan harga keseluruhan mempunyai kecenderungan bullish yang kukuh.

Badan yang kecil dan sumbu yang panjang pada shooting star menunjukkan bahawa bull yang telah mendominasi pasaran cuba menaikkan harga lebih tinggi apabila hari perdagangan bermula. Tetapi harga yang lebih tinggi dengan pantas menarik penyertaan lebih ramai bears, yang seterusnya menyentap harga ke bawah semula, hampir dengan harga pembukaan.

Pola ini menunjukkan bahawa bull mungkin kehilangan penguasaannya di pasaran dan menandakan potensi peralihan sentimen pasaran daripada bullish kepada bearish. Tekanan belian menyerah kepada kuasa tekanan jualan, yang memberi para pedagang petanda bahawa trend menaik semasa mungkin melemah dan berpotensi menunjukkan penyongsangan trend yang akan datang atau pullback yang ketara.

Pola tersebut dianggap sahih jika candlestick berikut adalah bearish dan ditutup lebih rendah. Sumbu atas candlestick yang berturut-turut hendaklah lebih pendek daripada paras tertinggi shooting star. Dalam kes ini, terdapat peluang yang sangat tinggi bahawa bear telah berjaya mengambil alih pasaran, jadi para pedagang boleh cuba menggunakan peluang ini untuk membuat pesanan jual.

Bagaimana cara berdagang dengan Shooting Star?

Untuk memanfaatkan sepenuhnya pola shooting star, pertimbangkan langkah-langkah berikut:

  1. Kenal pasti trend menaik. Shooting star lebih andal (reliable) apabila ia berlaku dalam uptrend yang berpanjangan. Walaupun harga tidak pernah bergerak dalam garis lurus, setiap puncak dan lembah berturut-turut adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Untuk mengenal pasti trend menaik, cari siri paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi yang menunjukkan trajektori menaik yang jelas.
  2. Cari pola shooting star. Imbas carta untuk mencari candlestick dengan badan kecil berhampiran rendah hari tersebut, sumbu atas yang panjang sekurang-kurangnya dua kali panjang badan dan sumbu bawah yang pendek.
  3. Sahkan dengan indikator tambahan. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih lengkap tentang kemungkinan penyongsangan, gunakan indikator analisis teknikal. Dengannya, anda boleh mengukur parameter-parameter lain bagi aksi harga semasa, seperti arah trend, volum dagangan, momentum harga, paras sokongan/rintangan, dsb. Jika indikator lain memberikan signal penyongsangan yang kuat, anda mempunyai lebih banyak sebab untuk mempercayai bahawa pola shooting star akan membawa kepada perubahan dalam arah pergerakan harga.
  4. Rancang dagangan anda. Mengesan sebarang pola carta memberi anda peluang unik untuk merancang titik masuk dan keluar anda. Sebaik sahaja shooting star disahkan, anda boleh memilih titik masuk pada aras harga di mana pengesahan telah berlaku, tetapkan perintah renti rugi di atas sumbu atas untuk menguruskan risiko dan menentukan sasaran keuntungan berdasarkan strategi perdagangan anda dan nisbah risiko-ganjaran.

Shooting star: contoh

CREATIVE-2147_Shooting-Star-Pattern_1200x675_2.png

Carta ini menunjukkan bahawa shooting star dengan badan yang pendek dan sumbu atas yang panjang muncul di bahagian atas puncak ketiga. Ia diikuti rapat dengan candlestick bearish yang ditutup jauh lebih rendah daripada shooting star, menunjukkan bahawa bear berjaya mengatasi bull dan trend menyongsang sepenuhnya. Titik masuk diletakkan di bawah sumbu bawah shooting star, manakala renti rugi ditetapkan di atas sumbu atasnya. Pesanan ambil untung diletakkan pada aras sokongan sebelumnya, untuk berjaga-jaga kalau-kalau harga melantun semula.

Kelebihan dan keterbatasan pola shooting star

Kedua-dua pedagang runcit dan profesional mementingkan pola shooting star. Mari lihat kelebihan pola ini yang paling ketara:

  • Mudah dikenal pasti. Shooting star termasuk hanya satu candlestick dengan bentuk yang sangat berbeza, menjadikannya lebih mudah untuk dikesan pada carta berbanding kebanyakan pola yang lain.
  • Keandalan (reliability). Pedagang mendapati bahawa pola shooting star amat berguna dan andal untuk mengenal pasti kemungkinan penyongsangan trend, terutamanya jika ia berlaku berhampiran tahap rintangan dan semua syarat-syarat lain yang diperlukan dipenuhi.
  • Sesuai untuk pemula. Pola ini agak mudah, jadi pemula pun boleh melihat dan berdagang dengannya.
  • Kekerapan. Pola ini ialah salah satu pola yang paling kerap muncul pada carta, jadi pedagang mempunyai banyak peluang untuk mencari dan menggunakannya untuk kelebihan mereka.

Walau bagaimanapun, walaupun shooting star mempunyai had tertentu yang perlu diambil kira oleh pedagang jika mereka ingin mengelakkan perangkap-perangkap lazim. Berikut adalah yang paling kerap ditemui:

  • Signal palsu. Signal palsu benar-benar boleh meranapkan perdagangan yang berpotensi menjana keuntungan. Seperti mana-mana pola perdagangan, candlestick shooting star boleh memberikan signal palsu, terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu atau bergelora. Oleh itu, adalah penting untuk menunggu pengesahan pola tersebut atau menggunakan teknik pengesahan tambahan untuk mengesahkan kebolehpercayaan pola tersebut sebelum membuat pesanan perdagangan.
  • Pengesahan melalui indikator. Walaupun shooting star dianggap sebagai pola yang andal, kaedah analisis lain masih perlu digunakan, seperti indikator analisis teknikal yang dinyatakan di atas, untuk memastikan signal penyongsangan bukan palsu.
  • Analisis kontekstual. Harga aset tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor, oleh itu menganalisis keadaan dan konteks pasaran semasa akan membantu anda mendapatkan lebih banyak maklumat dan menghalang anda daripada berdagang melawan trend semasa.

Shooting star dan inverted hammer: apa bezanya?

Pola shooting star sering dikelirukan dengan pola inverted hammer (tukul terbalik). Ia tidak menghairankan, memandangkan kedua-duanya adalah pola penyongsangan candlestick tunggal dengan badan kecil, sumbu atas yang lebih panjang dan sumbu bawah yang sangat pendek atau tidak wujud. Sama seperti shooting star, inverted hammer menandakan bahawa harga telah ditolak ke atas oleh bulls tetapi ditutup berhampiran harga pembukaan kerana tekanan jualan.

Walau bagaimanapun, tidak seperti shooting star, inverted hammer berlaku pada penghujung trend menurun. Berbeza dengan sifat bearish harga shooting star, inverted hammer menunjukkan bahawa bull akhirnya menjadi lebih kuat, dan trend mungkin menyongsang menjadi bullish.

Jadi untuk membezakan shooting star dan inverted hammer, anda perlu mengenal pasti trend semasa. Jika ia bullish, candlestick yang dimaksudkan adalah shooting star. Tetapi jika ia bearish, anda sedang berhadapan dengan inverted hammer.

Kesimpulan

Seperti yang anda pelajari hari ini, pola shooting star ialah alat yang sangat berharga, yang menawarkan pandangan berharga tentang sentimen pasaran dan potensi penyongsangan harga. Dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi daripada kefahaman tentang pola ini, para pedagang boleh meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam dunia perdagangan yang sentiasa berubah.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa tiada strategi yang sempurna, dan pembelajaran berterusan, penyesuaian dan penyepaduan pelbagai teknik analisis adalah penting untuk terus maju dalam pasaran kewangan yang dinamik.

  • 894

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera