1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Syarikat Paling Bernilai Di Dunia Pada Tahun 2023
2023-07-26 • Dikemaskini

Syarikat Paling Bernilai Di Dunia Pada Tahun 2023

cover.png

Dalam landskap ekonomi global yang sentiasa berkembang, sesetengah syarikat terus mendominasi dan menunjukkan prestasi dan nilai pasaran yang luar biasa. Jom kita terokai syarikat-syarikat yang paling bernilai pada tahun 2023 dan impak mereka ke atas dunia kewangan. Artikel ini mengetengahkan 10 syarikat paling bernilai di dunia, memberi tinjauan tentang nilai bersih, permodalan pasaran dan sumbangannya kepada ekonomi global.

Gergasi-gergasi Industri

  1. Apple Inc. (APPLE)

    Apple Inc., yang terkenal dengan produk-produk revolusioner dan teknologi inovatifnya, ia menduduki tempat teratas dalam senarai syarikat yang terkaya di dunia. Dengan nilai bersih lebih $62.158 bilion dan permodalan pasaran kira-kira $2.941 trilion, Apple terus menawan hati para pengguna dengan iPhone ikoniknya, iPad, Mac dan banyak lagi. Untuk menyelidiki potensi perdagangan saham APPLE, layari laman FBS.com.

  2. Microsoft Corp. (MICROSOFT)

    Microsoft Corp. adalah nama yang terkenal dalam industri teknologi. Microsoft terus menguasai pasaran dengan nilai bersih kira-kira $194.683 bilion dan permodalan pasaran sekitar $2.559 trilion. Kejayaan syarikat ini boleh dikaitkan dengan penawaran berupa perisian, perkakasan dan perkhidmatannya yang begitu meluas sekali. Untuk menambah saham MICROSOFT pada portfolio anda, layari laman ini.

  3. Saudi Aramco (2222.SR)

    Saudi Aramco, syarikat petroleum dan gas asli multinasional Arab Saudi, mempunyai kedudukan yang terkemuka dalam kalangan syarikat paling bernilai di dunia. Dengan nilai bersih sekitar $161.1 bilion dan permodalan pasaran $2.093 trilion, Saudi Aramco benar-benar sebuah gergasi dalam industrinya.

  4. Alphabet Inc. (GOOGLE)

    Syarikat induk Google, Alphabet Inc., telah terbukti sebagai gergasi teknologi dengan nilai bersih $260.894 bilion dan permodalan pasaran kira-kira $1.569 trilion. Klik di sini untuk dagangkan saham Google yang mempunyai nilai dan pengaruh yang ketara ke atas pasaran.

  5. Amazon.com Inc. (AMAZON)

    Amazon.com Inc., pusat membeli-belah dalam talian terbesar dunia, telah membentuk semula industri runcit dan mencapai nilai bersih sekitar $154.526 bilion dan permodalan pasaran lebih $1.335 trilion. Amazon.com Inc. telah mengumpul banyak kekayaan dan penguasaan pasaran dan bakal menjadi lebih kuat lantaran kerana virus korona dan kepopularan perkhidmatan dalam talian. Cuba saham AMAZON yang popular sekarang.

  6. NVIDIA Corp. (NVIDIA)

    Unit pemprosesan grafik (GPU) dan pengeluar teknologi kecerdasan buatan (AI) terkemuka, NVIDIA Corp., telah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, nilai bersihnya ialah $24.520 bilion, dan permodalan pasarannya adalah kira-kira $1.081 trilion. Permainan video, pusat data, dan inovasi kenderaan autonomi NVIDIA telah menyumbang kepada nilainya yang besar. Terokai peluang perdagangan dengan saham NVIDIA di sini.

  7. Tesla Inc. (TESLA)

    Tesla Inc., pengeluar kenderaan elektrik yang terkenal, telah mengganggu industri automotif dengan teknologi termaju dan visi yang mampan. Dengan nilai bersih kira-kira $48.828 bilion dan permodalan pasaran lebih $838.68 bilion, Tesla Inc. ialah sebuah syarikat yang perlu diberikan perhatian. Dapatkan saham TESLA sebelum Elon Musk menambah satu lagi kemeruapan pada harganya.

  8. Berkshire Hathaway Inc. (BRK.A)

    Berkshire Hathaway Inc., diterajui oleh pelabur legenda Warren Buffett, ialah sebuah konglomerat dengan pelbagai kepentingan yang merangkumi insurans, landasan kereta api, utiliti dan barangan pengguna. Pegangan Berkshire Hathaway yang pelbagai menyumbang kepada nilainya yang besar, dengan nilai bersih $513.077 bilion dan permodalan pasaran melebihi $736.60 bilion. Permodalan pasarannya telah meningkat sebanyak 7.05% dalam setahun.

  9. Meta Platforms Inc. (FACEBOOK)

    Meta Platforms Inc., yang dahulunya dikenali sebagai Facebook, telah merevolusikan cara bagaimana manusia berhubung dan berinteraksi di seluruh dunia. Meta kekal sebagai syarikat yang bernilai dan berpengaruh dengan nilai bersih $124.795 bilion dan permodalan pasaran sekitar $730.07 bilion. Ingin berdagang? Cuba di sini.

  10. Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. Ltd. (TSMС)

    Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. Ltd. (TSMC) berada di kedudukan yang penting dalam industri semikonduktor. Sebagai pengeluar utama cip-cip yang caggih untuk pelbagai peranti elektronik, TSMC mempunyai nilai bersih $101.756 bilion dan permodalan pasaran lebih $534.87 bilion, yang menggambarkan kepentingannya dalam rantaian bekalan teknologi global.

Nilai bersih dan permodalan pasaran syarikat adalah yang sebenar untuk Mac 2023.

Syarikat-syarikat Terbesar Dunia Berdasarkan Pendapatan

Sebagai tambahan kepada permodalan pasaran, syarikat-syarikat sering disenaraikan berdasarkan pendapatannya, memberikan gambaran tentang kehebatan kewangannya. Mari kita terokai beberapa contoh semasa syarikat-syarikat terbesar di dunia berdasarkan hasil, mempamerkan kejayaan kewangan yang mengagumkan dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemain-pemain global utama. Sila ambil perhatian bahawa hasil tahunan yang disediakan di bawah adalah yang sebenar untuk Jun 2023.

  1. SBI: State Bank of India (SBI), bank terbesar di India, juga berdiri sebagai pemain penting dari segi pendapatan. Dengan operasi perbankannya yang luas dan rangkaian perkhidmatan kewangan yang luas, SBI secara konsisten menyumbang kepada prestasi kewangannya yang luar biasa. Hasil tahunan bank itu sebanyak $667.5 bilion menunjukkan impaknya yang ketara, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat penjana pendapatan yang teratas di dunia.
  2. Walmart: Sebagai gergasi runcit, Walmart sentiasa berada di kedudukan antara syarikat terbesar di dunia mengikut pendapatannya. Dengan lebih $611.3 bilion pendapatan tahunan, operasi meluas Walmart dan penawaran produk yang pelbagai menyumbang kepada prestasi kewangannya yang luar biasa.
  3. Amazon.com Inc.: Amazon.com Inc. terus mengalami ledakan pertumbuhan hasil sebagai gergasi e-dagang terkemuka dengan pelbagai produk dan perkhidmatannya. Pendapatan tahunan Amazon melepasi $514 bilion, yang menjadikannya salah satu syarikat yang menjana pendapatan terbesar di dunia.

2291-02.png

Syarikat-syarikat Terbesar Dunia Berdasarkan Jumlah Pekerja

Satu lagi ukuran saiz dan pengaruh syarikat ialah bilangan pekerjanya, yang mencerminkan kesannya terhadap pewujudan pekerjaan dan ekonomi global. Mari kita terokai beberapa contoh syarikat yang mempunyai jumlah tenaga kerja yang ketara.

  1. TriMas Corporation: Sebagai pengeluar global yang pelbagai, TriMas Corporation mempunyai tenaga kerja yang ramai, yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 3.5 juta orang. Dengan operasinya yang merangkumi pelbagai industri, TriMas menyumbang kepada pewujudan pekerjaan dan sektor pembuatan.
  2. Walmart: Dengan jumlah kira-kira 2.3 juta orang pekerja di seluruh dunia, Walmart bukan sahaja gergasi yang berpendapatan tinggi tetapi juga penyedia pekerjaan utama, yang menawarkan peluang pekerjaan yang besar di seluruh rangkaian runcitnya yang luas.
  3. State Grid Corporation of China: State Grid Corporation, salah satu syarikat utiliti terbesar di dunia, mempunyai tenaga kerja yang besar, menggaji lebih 1.7 juta orang. Jumlah pekerja yang besar ini menyerlahkan peranan syarikat dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengagihan elektrik, menyumbang kepada pewujudan pekerjaan dan pembangunan infrastruktur.

Syarikat Terbesar Dunia di Setiap Benua

Syarikat yang menguasai benua masing-masing berkenaan permodalan pasaran dan pengaruh mempamerkan kuasa perniagaan serantau. Setiap benua mempunyai gergasinya sendiri.

Amerika

Apple Inc., dengan kehadiran dan permodalan pasaran yang kukuh menjadikannya suatu kuasa yang dominan dalam industri teknologi di benua Amerika.

Eropah

LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton, sebuah konglomerat barangan mewah, ialah syarikat yang terbesar di Eropah dengan permodalan pasaran sebesar $482 bilion. Dengan jenama-jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Christian Dior, dan Moët & Chandon, LVMH mengukuhkan pengaruhnya dalam pasaran Eropah.

Asia

Saudi Aramco, gergasi minyak dan gas Arab Saudi, berdiri sebagai pemain penting di Asia. Dengan rizab minyak dan operasinya yang luas di beberapa negara Asia, Saudi Aramco menyumbang kepada landskap tenaga dan pembangunan ekonomi benua itu. Syarikat utama kedua ialah Taiwan Semiconductor Manufacturing Co.

Afrika

Naspers, Syarikat internet dan multimedia terkemuka Afrika, mempunyai permodalan pasaran sebanyak $81 bilion dan pendapatan bersih yang mengagumkan sebanyak $12 bilion. Naspers kekal sebagai kuasa dominan, memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan teknologi di benua Afrika.

Australia

BHP Group, sebuah syarikat sumber, mempunyai portfolio pelbagai operasi perlombongan, logam dan petroleum serta memainkan peranan penting dalam memacu sektor sumber Australia dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara tersebut. Permodalan pasaran syarikat sebanyak $228.56 bilion dan operasi yang meluas menjadikannya kuasa utama dalam landskap perniagaan di benua Australia.

Apakah Itu Permodalan Pasaran dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Permodalan pasaran ialah metrik utama yang digunakan untuk menentukan nilai dan saiz syarikat dagangan awam. Ia dikira dengan mendarabkan harga saham semasa syarikat dengan jumlah saham tertunggaknya. Memahami permodalan pasaran adalah penting untuk para pelabur dan pedagang.

Nilai bersih ialah nilai aset yang dimiliki oleh seseorang atau syarikat, setelah tolak liabiliti yang mereka berhutang. Ia merupakan langkah penting untuk menilai kesejahteraan syarikat dan memberikan gambaran sepintas lalu tentang status kewangannya sekarang.

Mari kita jelaskan cara permodalan pasaran dan nilai bersih dikira:

Nilai bersih = jumlah aset - jumlah liabiliti

Permodalan pasaran = harga saham * bilangan saham yang diterbitkan

Kesimpulan

Syarikat paling bernilai di dunia membentuk ekonomi global dan memacu inovasi merentasi pelbagai sektor. Syarikat-syarikat yang disebut dalam artikel ini, termasuk Apple, Microsoft, Amazon, dan lain-lain, telah secara konsisten menunjukkan keupayaan mereka untuk mencipta kekayaan yang ketara dan menyediakan peluang perdagangan yang menguntungkan. Memberikan perhatian kepada syarikat-syarikat ini dan memahami permodalan pasaran mereka boleh memberi manfaat kepada para pedagang yang ingin membuat keputusan termaklum dalam dunia kewangan yang dinamik.

Sila rujuk laman yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pemerdagangan saham syarikat seperti Microsoft, Apple, Amazon, Google, Tesla dan NVIDIA. Anda juga mungkin berminat dengan indeks NASDAQ yang menjejaki prestasi syarikat paling inovatif di dunia, termasuk Apple, Google, Intel dan Tesla. Kemudian, anda boleh gunakan idea perdagangan anda dengan FBS.

  • 4534

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera