1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Peranan Akaun Demo Dalam Mempraktikkan Dan Menguji Strategi Perdagangan
2023-08-23 • Dikemaskini

Peranan Akaun Demo Dalam Mempraktikkan Dan Menguji Strategi Perdagangan

cover.png

Dalam dunia perdagangan yang pantas, akaun demo telah menjadi alat yang tiada galang gantinya yang memberikan pengguna banyak peluang untuk meneroka pasaran kewangan dan memperhalusi kemahiran berdagang mereka. Akaun demo menawarkan pedagang latihan bebas risiko dalam persekitaran pasaran yang disimulasi dengan data harga masa nyata, menggunakan modal maya. Apabila menggunakan akaun demo, pedagang mengalami cabaran dan kejayaan yang hampir sama seperti yang mereka akan alami dalam perdagangan sebenar. Ia adalah akaun demo yang membolehkan para pedagang mengenali pasaran, menguji strategi baharu dan memperolehi keyakinan.

Dalam artikel ini, kita akan bercakap tentang kepentingan akaun demo dalam mempraktikkan dan menguji strategi perdagangan. Secara khususnya, anda akan belajar tentang kekuatan dan kelemahan akaun demo, mengapa pedagang pro beralih kepada jenis akaun ini, dan cara bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripada menggunakan sebuah platform perdagangan yang bebas risiko.

Spesifikasi akaun demo: pelajari perbezaannya dengan akaun perdagangan sebenar

Sebelum menggunakan akaun demo, adalah penting untuk mengetahui spesifiknya untuk menyedari signifikannya dan kepentingan peluang perdagangan serba boleh ini. Pedagang harus memahami apa tujuan akaun demo dan belajar bagaimana mereka boleh mendapat manfaat daripada menggunakannya selain dari akaun perdagangan sebenar.

Modal maya

Ciri kritikal akaun demo ialah penggantian dana sebenar dengan maya. Akaun demo menyediakan pedagang dengan modal maya yang anda tidak boleh menyebabkan anda rugi dan ia juga tidak boleh ditukar kepada tunai. Sebaliknya, akaun perdagangan sebenar memerlukan pedagang untuk mendeposit dan berdagang dengan wang sebenar mereka.

Pelaksanaan pesanan

  • Gelinciran (slippage)

Akaun perdagangan demo mensimulasikan keadaan pasaran sebenar tetapi tidak memberikan akses kepada pasaran antara bank. Menggunakan akaun demo membantu pedagang mengelakkan kelewatan atau gelinciran bila melaksanakan pesanan. Gelinciran berlaku dalam perdagangan sebenar apabila pesanan dilaksanakan pada harga yang kurang menguntungkan disebabkan oleh perubahan pasaran yang pantas. Oleh kerana gelinciran bergantung pada keupayaan pihak lain untuk melaksanakan pesanan, ia adalah eksklusif untuk perdagangan sebenar dan tidak berlaku dalam persekitaran demo.

  • Bagaimana dengan spread?

Akaun demo biasanya menyediakan para pedagang dengan spread yang tetap dan tipis. Walau bagaimanapun, pada akaun perdagangan sebenar, spread adalah dinamik dan berubah-ubah bergantung pada situasi pasaran, kecairan dan syarat broker. Spread statik pada akaun demo membolehkan pedagang mempelajari pasaran kewangan dan memperhalusi pendekatan-pendekatan perdagangan mereka. Sebaliknya, pasaran sebenar dengan spread yang sentiasa berubah menyebabkan para pedagang menyesuaikan diri dan kadangkala mengalami kerugian tertentu.

Faktor emosi

Berdagang dengan akaun demo membantu para pedagang untuk mengelakkan gangguan emosi dan keletihan kerana tidak ada wang sebenar yang dipertaruhkan. Sebaliknya, pada akaun sebenar, para pedagang biasanya menjadi terlalu beremosi dan mengalami perdagangan panik, yang menyebabkan kerugian yang tidak dapat dielakkan dan isu psikologi.

Akaun demo tidak memberi gambaran tentang akibat sebenar, yang menghalang pedagang dari merasa takut kehilangan atau terlebih berdagang (overtrading).

Pengaruh ke atas strategi perdagangan

Akaun demo adalah mod latihan untuk para pedagang. Dengan bantuan akaun demo, pengguna boleh menguji strategi dan teknik perdagangan mereka dalam persekitaran yang bebas risiko untuk percubaan dan pembelajaran. Sebaliknya, pasaran sebenar memerlukan pedagang untuk menyesuaikan strategi mereka berikutan perubahan pasaran sebenar, yang menyebabkan mereka tegang sepanjang masa. Jadi, berdagang pada akaun sebenar menyukarkan pengujian dan penambahbaikan pendekatan perdagangan anda.

Mengapakah golongan profesional menggunakan akaun demo, atau bilakah waktu yang sesuai untuk kembali ke akaun perdagangan jenis ini?

Mereka yang profesional tahu bahawa aspek kejayaan yang kritikal ialah pembelajaran yang berterusan. Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran perdagangan, semua pedagang berpengalaman menyedari nilai dan keperluan akaun demo dalam perdagangan. Jadi, bilakah pedagang mendapatkan bantuan akaun demo? Mengapakah, walaupun setelah menjadi seorang pedagang profesional, penggunaan akaun demo dianggap penting dari semasa ke semasa? Mari kita belajar!

Membangun dan menguji strategi perdagangan

Membangun dan menguji strategi perdagangan adalah penting untuk kerjaya perdagangan yang berjaya. Seperti yang kami nyatakan di atas, akaun perdagangan demo memainkan peranan penting dalam mempraktikkan latihan ini. Para pedagang yang menggabungkan akaun demo dalam rutin perdagangan mereka boleh beroperasi dalam persekitaran yang bebas risiko menggunakan dana maya untuk meneroka, menambah baik atau menukar strategi mereka.

Pedagang dari semua peringkat berpeluang untuk menilai keberkesanan strategi yang telah dipilih dan membuat perubahan tertentu untuk menyesuaikan pendekatan mereka kepada keadaan pasaran tanpa emosi yang keterlaluan. Pada akaun demo, pedagang mendapat keyakinan dalam strategi mereka dan membuktikan kejayaan yang bakal mereka kecapi sebelum perdagangan sebenar.

Dengan menggunakan akaun demo, pedagang boleh menjejaki hasil perdagangan yang dilakukan dalam realiti tersimulasi. Kemudian, berdasarkan data sejarah ini, pedagang boleh memeriksa gambaran keseluruhan keberkesanan dan rasional strategi, menilai ketepatan perancangan pengurusan risiko dan proses membuat keputusan dengan lebih selesa.

Biasanya, pedagang baru dan berpengalaman sama-sama menghadapi kerumitan dalam menentukan aras-aras renti rugi dan ambilan untung. Pemula menutup posisi dengan serta-merta selepas mereka melihat ada kemungkinan untuk menjana keuntungan, manakala profesional boleh memanjangkan posisi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Akaun demo membantu pedagang untuk mempelajari cara membuat pesanan renti rugi dan ambilan untung dengan cara yang paling cekap dan membantu mengawal kadar keterdedahan pedagang kepada perubahan harga.

Apabila mempraktikkan dan menguji strategi perdagangan dalam persekitaran yang bebas risiko, tidak dapat dinafikan bahawa pedagang dapat meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam perdagangan sebenar. Akaun demo adalah pilihan bijak untuk mengolah kemahiran dan pendekatan anda sebelum mempertaruhkan dana sebenar.

Menetapkan semula psikologi perdagangan

Selalunya, perdagangan mencabar emosi, dan mereka yang profesional juga boleh menghadapi pelbagai isu-isu psikologi seperti rasa takut terlepas peluang, berdagang berlebihan, peneguhan rawak (random reinforcement), perdagangan balas dendam, perdagangan judi atau perdagangan berdasarkan naluri kelompok. Masalah-masalah mental ini sudah pasti menyebabkan proses membuat keputusan yang bercelaru dan kemudian kerugian. Apabila pedagang kembali ke akaun demo, mereka mengukuhkan perdagangan mereka yang tidak berat sebelah dan berjaya kerana akaun demo menyediakan mereka ruang yang selamat untuk pulih secara emosi, mendapatkan semula objektiviti, memperhalusi pengurusan risiko dan membina semula disiplin.

Keadaan pasaran yang baharu, kerugian yang kerap, isu-isu peribadi dan gangguan disiplin yang berterusan boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang pedagang. Walau bagaimanapun, akaun demo membolehkan pedagang mendapatkan semula keyakinan dan memulihkan kesediaan emosi. Sifat akaun demo yang bebas tekanan memberi peluang kepada pedagang untuk memulihkan kawalan diri dan pemikiran yang positif.

Menguji alatan baharu dan robot

Akaun demo membolehkan pedagang menguji pelbagai alatan dan robot tanpa merasa takut deposit mereka hangus. Amalan menguji alatan atau robot perdagangan pada akaun demo menjadi meluas dan rasional, yang membolehkan pedagang menilai fungsi dan prestasi teknologi baharu. Selain itu, pedagang mempunyai semua peluang untuk mengkaji kesan alatan tersebut terhadap pelaksanaan perdagangan, pengurusan risiko dan keuntungan keseluruhan. Pedagang boleh menganalisis hasil perdagangan simulasi dan menilai kesesuaian alatan atau robot yang digunakan untuk strategi perdagangan semasa mereka.

Dengan akaun demo, anda boleh menentukan had dan gangguan teknologi yang digabungkan. Tanpa sebarang risiko kewangan, pedagang menganalisis alatan atau robot baharu dengan teliti dan memastikan ia boleh dipercayai untuk perdagangan sebenar dalam senario pasaran yang berbeza.

2255-03.png

Kelemahan perdagangan demo

Walaupun akaun demo menawarkan sejumlah besar faedah, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil kira. Kelemahan-kelemahan ini termasuklah yang berikut:

Kurangnya penglibatan emosi

Dengan akaun demo, pedagang tidak dapat memerhatikan emosi sebenar kerana ketiadaan dana sebenar yang dipertaruhkan. Apabila berdagang pada akaun demo, tidak ada ketegangan, kebimbangan, atau rasa gembira yang luar biasa. Walau bagaimanapun, kawalan emosi adalah penting dalam perdagangan. Ia memberi kesan kepada proses membuat keputusan anda dan perkembangan disiplin emosi.

Apabila pedagang baru bermula dari akaun demo dan membuat keuntungan besar dengan cara yang santai, mereka mengalami persepsi yang tidak realistik tentang kejayaan perdagangan, dan berfikir bahawa perdagangan adalah mudah. Akibatnya, para pemula jatuh ke dalam perangkap emosi yang melampau dan perdagangan panik yang membawa kepada kerugian yang besar apabila beralih ke perdagangan sebenar.

Kejahilan tentang pengurusan risiko

Oleh kerana pada akaun demo pedagang beroperasi dengan deposit maya, mereka sering memandang rendah kepentingan untuk mempunyai pelan pengurusan risiko yang dibangunkan dengan baik. Pedagang tidak cukup peduli tentang kemungkinan peristiwa yang mempengaruhi pasaran dan tidak bersedia untuk pergerakan harga yang tidak dijangka.

Ketiadaan cabaran gelinciran dan pelaksanaan

Akaun demo menyediakan pelaksanaan pesanan segera mengikut harga yang diminta jauh lebih kerap berbanding perdagangan sebenar. Di sini, pedagang tidak menghadapi sebarang requote, gelinciran atau kelewatan yang penting untuk berdagang.

Kekangan kedalaman pasaran

Akaun demo selalunya memberikan kedalaman pasaran yang terhad, terutamanya untuk saham dan instrumen volum tinggi yang lain. Kekurangan kedalaman pasaran penuh pada akaun demo boleh mengekang keupayaan pedagang untuk menilai kecairan pasaran atau menentukan poin masuk atau keluar.

Bagaimana cara meningkatkan realisme perdagangan demo anda?

Kelemahan akaun demo mencabar kesediaan pedagang untuk realiti perdagangan sebenar. Walau bagaimanapun, menyedari kelemahan-kelemahan akaun demo ini membolehkan para pedagang mengambil langkah yang munasabah untuk menjadikan perdagangan demo lebih realistik. Berikut ada beberapa nasihat:

  1. Anggap akaun demo sebagai sesuatu yang nyata dan jangan berlengah untuk menggunakannya.
  2. Tanamkan disiplin dan perbaiki mentaliti anda.
  3. Berdagang dengan saiz deposit yang sama seperti yang anda sediakan untuk akaun sebenar.
  4. Jejaki perdagangan anda dan buat kesimpulan.
  5. Bangunkan pengurusan risiko anda, walaupun ia akaun demo.

Ringkasan

Akaun demo ialah pilihan terbaik untuk para pedagang dari semua peringkat untuk membangunkan pendekatan perdagangan mereka dan mencuba teknologi baharu dalam persekitaran yang bebas risiko. Pedagang boleh menentukan keberkesanan strategi perdagangan mereka dan menilai prestasi alat atau algoritma perdagangan tertentu sebelum melaksanakannya dalam perdagangan sebenar. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami beberapa kelemahan akaun demo, termasuk spread tetap, ketiadaan gelinciran dan keterlibatan emosi yang terhad. Menyedari kelemahan-kelemahan ini membantu anda untuk berdagang pada akaun demo dengan lebih mendalam dan berguna.

SOALAN LAZIM

Akaun demo: indikator kemahiran berdagang?

Perdagangan demo dan perdagangan sebenar mempunyai perbezaan ketara yang menentukan kejayaan sebenar anda dalam perdagangan. Dengan akaun demo, anda boleh membiasakan diri dengan pasaran kewangan, mencari pendekatan perdagangan yang paling cekap dan memperolehi keyakinan. Walau bagaimanapun, ada beberapa aspek perdagangan sebenar, seperti pengurusan risiko, reaksi emosi, dan pelaksanaan pesanan, tidak terolah dengan cukup semasa perdagangan demo. Itulah sebabnya adalah mencabar untuk menilai kemahiran anda sebelum berdagang secara langsung.

Bagaimanakah perdagangan demo berbeza dengan perdagangan sebenar?

Secara ringkasnya, perdagangan demo melibatkan dana maya, manakala dalam perdagangan sebenar, anda beroperasi dengan pelaburan kewangan sebenar dan menanggung risiko kerugian sebenar. Dalam perdagangan demo, anda boleh menguji strategi perdagangan tanpa emosi, manakala perdagangan sebenar membangkitkan emosi.

Bagaimanakah akaun demo berfungsi?

Akaun demo membolehkan pengguna berdagang dalam platform perdagangan simulasi, mereplikasi keadaan pasaran sebenar tanpa melibatkan wang sebenar. Dengan akaun demo, pedagang boleh meneroka pasaran, menguji dan melaraskan strategi mereka, dan memperolehi pengalaman dalam persekitaran yang bebas risiko.

Bagaimanakah pedagang yang berjaya menggunakan akaun demo untuk memperbaiki perdagangan?

Kebanyakan pedagang pro kembali ke akaun demo dari semasa ke semasa. Profesional membangunkan strategi semasa mereka atau menguji strategi baharu menggunakan akaun demo. Selalunya, pedagang menganggap akaun demo sebagai peluang untuk memulihkan emosi dan mendapatkan semula keyakinan mereka. Selain itu, akaun demo membolehkan golongan profesional menguji keberkesanan alatan dan algoritma baharu.

Apa itu akaun demo Forex?

Akaun demo Forex ialah akaun perdagangan maya yang disediakan oleh broker Forex untuk meneroka pasaran Forex, cuba berdagang pelbagai matawang, dan memperolehi pengalaman tertentu.

  • 606

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera