1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah Itu Trend Pasaran?
2023-07-20 • Dikemaskini

Apakah Itu Trend Pasaran?

cover.png

Pernahkah anda terfikir apa itu trend pasaran dan bagaimanakah cara untuk mengenalpastinya? Jika ya, inilah artikel yang anda perlukan.

Apa itu trend pasaran: definisi dan maksud

Trend pasaran merujuk pada arah umum pergerakan suatu pasaran atau aset tertentu dari semasa ke semasa. Ia memberikan maklumat berharga tentang sentimen semasa dalam kalangan pembeli dan penjual, yang mempengaruhi pergerakan harga dan volum dagangan. Memahami trend pasaran sangat penting untuk perdagangan yang berjaya kerana ia membantu mengenal pasti peluang dan mengurus risiko.

CREATIVE 2182_1200x675 (1).png

Trend pasaran yang berbeza

Memahami jenis trend pasaran boleh melengkapkan pedagang dengan maklumat berharga tentang dinamik pasaran secara keseluruhan dan membantu mereka membuat keputusan yang lebih bermaklumat.

Trend berdasarkan arah

Pakar pasaran mengklasifikasikan trend berdasarkan arah pergerakan harga, menyerlahkan tiga jenis trend yang utama – uptrend, downtrend, dan sideway (mendatar).

Uptrend

Uptrend, atau dikenali sebagai trend bullish, merujuk pada pergerakan menaik yang konsisten dalam harga. Setiap puncak seterusnya pada harga adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya, dan setiap paras rendah seterusnya juga lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Pedagang berpotensi untuk mendapat manfaat dengan membuat pesanan beli semasa uptrend.

Downtrend

Sebaliknya, downtrend, yang juga dikenali sebagai trend bearish, berlaku apabila harga membentuk paras tertinggi yang lebih rendah dan paras terendah yang lebih rendah. Setiap paras terendah seterusnya dalam harga adalah lebih rendah daripada yang sebelumnya, dan setiap paras tertinggi seterusnya juga lebih rendah daripada yang sebelumnya. Pedagang trend mengambil kesempatan daripada downtrend dengan meletakkan pesanan jual.

Dalam gambar di bawah, anda dapat melihat bahawa downtrend membentuk keluk yang boleh dilihat, secara beransur-ansur sehingga mencapai paras harga yang lebih rendah.

CREATIVE 2182_1200x675_1.png

Trend sideways (mendatar)

Trend sideways, yang juga dikenali sebagai trend rata atau mendatar, berlaku apabila harga aset bergerak dalam julat harga tertentu, berayun naik dan turun tanpa mempamerkan arah samada ke atas atau ke bawah dengan jelas. Dalam trend sideway, pelabur mungkin melihat peluang yang terhad untuk meraih keuntungan yang ketara, kerana harga cenderung untuk kekal dalam julat yang terbentuk.

Carta di bawah menunjukkan bahawa dalam trend mendatar, paras tinggi dan rendah yang berturut-turut terletak pada paras yang lebih kurang sama. Ini mewujudkan pola mendatar yang menunjukkan kurangnya pergerakan harga yang ketara dalam kedua-dua arah.

CREATIVE 2182_1200x675_2.png

Trend berdasarkan tempoh

Uptrend, downtrend dan trend sideway ini boleh mempunyai rangka masanya yang berbeza-beza. Trend ini boleh berterusan selama beberapa hari hingga beberapa tahun. Pelabur perlu sedar tentang rangka masa perdagangan dan menyelaraskan strategi mereka dengan sewajarnya.

Trend jangka panjang

Trend jangka panjang berlangsung dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Trend ini dipengaruhi oleh perubahan dalam kitaran perniagaan dan peristiwa-peristiwa penting ekonomi & politik.

Trend jangka sederhana

Trend jangka sederhana biasanya berlangsung selama beberapa minggu hingga beberapa bulan. Trend tersebut didorong oleh perubahan dalam sentimen pedagang dan faktor teknikal.

Trend jangka pendek

Trend jangka pendek merujuk pada turun naik yang berlaku dalam masa beberapa hari hingga sebulan. Daya pendorong utama di sini adalah berita semasa dan perubahan dalam volum dagangan.

Bagaimana untuk mengenal pasti trend pasaran dan menggunakannya untuk memihak kepada anda

Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan oleh pelabur untuk menentukan trend pasaran dengan berkesan, ini seterusnya dapat meningkatkan kadar keberjayaan perdagangan mereka.

Untuk panduan yang lebih terperinci tentang membina strategi berdagang dengan trend, lihat artikel kami – Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?

Di sini, kami akan memperkenalkan secara ringkas beberapa langkah praktikal untuk membantu anda mengesan trend dan memanfaatkannya untuk kelebihan anda.

Jalankan analisis teknikal

Analisis teknikal dan alatannya memberikan signal yang boleh membimbing proses membuat keputusan anda. Jadi gunakan pola carta dan garis trend untuk menganalisis pergerakan harga dan mengenal pasti trend. Cari pola paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan paras terendah yang lebih tinggi (higher lows) dalam uptrend atau paras tertinggi yang lebih rendah (lower highs) dan paras terendah yang lebih rendah (lower lows) dalam downtrend. Gunakan purata bergerak (moving average) atau osilator untuk mengesahkan kekuatan dan momentum trend.

Lakukan analisis fundamental

Pantau data ekonomi, laporan perolehan, acara berita dan trend industri. Faktor-faktor ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih luas tentang trend pasaran dan memberikan perspektif tentang prospek impaknya ke atas pergerakan harga.

Pantau sentimen pasaran

Indikator seperti Indeks Fear and Greed atau Nisbah Put-Call boleh menjelaskan mood keseluruhan peserta pasaran dan potensi perubahan dalam trend. Jadi pertimbangkan sentimen pasaran untuk mendapatkan perspektif tambahan kepada pendekatan anda.

Gunakan pelbagai rangka masa

Analisis trend merentasi beberapa rangka masa yang berbeza untuk mendapatkan pandangan yang menyeluruh tentang pasaran. Pertimbangkan untuk menggunakan rangka masa yang lebih tinggi untuk mengenal pasti trend. Dalam kes ini, formula idealnya ialah 1:4. Jika berdagang dalam jangka masa 1 jam, kenal pasti trend pada rangka masa 4 jam.

Laksanakan strategi pengurusan risiko

Sentiasa terapkan teknik-teknik pengurusan risiko, seperti menetapkan pesanan renti rugi dan menguruskan saiz kedudukan. Strategi ini membantu melindungi modal anda semasa keadaan pasaran meruap dan mengurangkan potensi kerugian.

Contoh-contoh trend

Untuk lebih memahami trend pasaran, mari kita pertimbangkan satu contoh. Katakan harga saham Syarikat XYZ telah meningkat secara konsisten sejak beberapa bulan lalu, membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi. Ini menunjukkan uptrend. Dengan melukis garis trend sokongan yang menghubungkan paras terendah yang lebih tinggi berturut-turut, kita boleh mengesahkan trajektori menaik pasaran secara visual.

CREATIVE 2182_1200x675_3.png

Saham NVIDIA dalam keadaan uptrend sejak Disember 2022 dan telah meningkat lebih daripada 190%.

Garisan trend menunjukkan trend pasaran secara visual dan membantu pedagang untuk mengenal pasti potensi aras sokongan dalam uptrend atau aras rintangan dalam downtrend. Ia bertindak sebagai aras dinamik yang menunjukkan kawasan-kawasan yang berpotensi, di mana pembeli atau penjual berpotensi memasuki pasaran.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi trend pasaran?

Trend pasaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Berikut adalah tiga elemen utama yang membentuk trend pasaran.

  • Peristiwa geopolitik dan keputusan kerajaan tentang dasar monetari dan fiskal
  • Indikator ekonomi, seperti pertumbuhan KDNK, kadar inflasi dan kadar faedah
  • Sentimen pelabur, psikologi pasaran dan tingkah laku pelabur institusi

Kesimpulan

Memahami trend pasaran adalah penting bagi pedagang dan pelabur untuk menavigasi dunia perdagangan yang dinamik. Dengan menganalisis trend pasaran melalui analisis teknikal dan fundamental, pedagang boleh mengenal pasti peluang, mengurus risiko dan membuat keputusan perdagangan yang lebih bermaklumat.

Ingat bahawa trend pasaran bukanlah statik, dan anda harus terus memantau dan menyesuaikan strategi anda dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Dengan pendekatan yang sistematik dan pengurusan risiko yang betul, anda boleh memanfaatkan trend pasaran untuk meningkatkan kadar kejayaan perdagangan anda.

SOALAN LAZIM

Apakah itu trend pasaran?

Trend pasaran merujuk pada pergerakan harga suatu aset dari semasa ke semasa. Dalam analisis teknikal, jika harga mencapai paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi secara konsisten, ia menandakan uptrend. Sebaliknya, jika harga secara konsisten menunjukkan paras tertinggi yang lebih rendah dan paras terendah yang lebih rendah, ia menandakan downtrend. Pedagang bergantung pada trend pasaran untuk mengenal pasti kemungkinan perubahan dalam pasaran yang boleh mereka gunakan bagi tujuan spekulatif.

Bolehkah trend pasaran diramalkan dengan ketepatan 100%?

Walaupun ianya mustahil untuk meramalkan trend pasaran dengan kepastian yang mutlak, dengan menganalisis data harga bersejarah, indikator pasaran dan faktor fundamental, ini boleh memberikan tinjauan yang berharga untuk membuat keputusan perdagangan secara bermaklumat.

  • 1453

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera