1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah Yang Akan Berlaku Jika Pasaran Saham Merudum
2023-08-30 • Dikemaskini

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Pasaran Saham Merudum

cover (1).png

Pasaran saham memainkan peranan yang penting dalam ekonomi global, ia menyediakan peluang kepada pelabur untuk membeli dan menjual saham syarikat senaraian awam. Walau bagaimanapun, pasaran saham tidak terlepas dari mengalami tempoh kemeruapan, dan salah satu peristiwa paling menakutkan yang boleh berlaku ialah kejatuhan pasaran saham.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka sifat dan implikasi kejatuhan pasaran saham, mempelajari tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah dan menerokai langkah-langkah yang perlu diambil jika berhadapan dengan situasi sedemikian sebagai pelabur.

Apakah itu kejatuhan pasaran saham?

Kejatuhan pasaran saham ialah penurunan nilai keseluruhan pasaran saham secara mendadak dan parah. Semasa kejatuhan, harga saham jatuh merudum, yang kebiasaannya akan mengakibatkan jualan panik dan terhakisnya keyakinan pelabur. Kesan kejatuhan pasaran saham mampu merambat jauh, jadi terdapat perbezaan antara kejatuhan pasaran saham dan pembetulan pasaran.

Pembetulan pasaran adalah normal dan biasanya terjadi apabila harga jatuh dengan sekurang-kurangnya 10% daripada harga puncak terbaru. Sebaliknya, kejatuhan pasaran saham pula adalah peristiwa yang sangat jarang berlaku, jadi adalah sangat penting bagi kita mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Apakah sebabnya pasaran saham jatuh?

Terdapat banyak sebab yang boleh mengakibatkan pasaran saham jatuh. Kejatuhan boleh berlaku di tengah-tengah kegawatan ekonomi yang disebabkan oleh ekonomi yang melemah, gelembung spekulatif di mana pelabur memacu harga jauh melebihi nilai intrinsik aset, peristiwa geopolitik seperti peperangan atau ketidakstabilan politik dan banyak sebab-sebab lain. Walaupun sesetengah keadaan boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kejatuhan, namun masa dan tahap keparahan kejatuhan masih tetap tidak dapat diramalkan.

Berapa lamakah masa yang biasanya diambil?

Tempoh kejatuhan pasaran saham boleh berbeza-beza dengan ketara, bergantung pada punca asasnya dan seberapa cepat keyakinan pelabur boleh dipulihkan. Sesetengah kejatuhan mungkin agak singkat, hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu, manakala kejatuhan yang lain boleh berlanjutan selama beberapa bulan atau bahkan untuk beberapa tahun.

Kejatuhan terpendek yang direkodkan, dikenali sebagai Black Monday, berlaku pada 19 Oktober 1987, apabila Dow Jones Industrial Average menjunam lebih 22% dalam satu hari. Walau bagaimanapun, pasaran memulihkan kebanyakan kerugian tersebut dalam tempoh setahun.

Sebaliknya, kejatuhan paling lama dalam sejarah telah mencetuskan The Great Depression, yang bermula pada 1929 dan berlarutan sehingga 1932. Dalam tempoh ini, pasaran saham mengalami penurunan yang berpanjangan, susut hampir 90% daripada nilainya.

Kejatuhan pasaran saham utama dan akibatnya sepanjang tahun

Kejatuhan Wall Street, 1929

Sebab: Saham terlebih nilai dan spekulasi pasaran yang meluas.

Akibat: Kemusnahan kewangan, kegawatan ekonomi, dan kehilangan pekerjaan secara besar-besaran.

Black Monday, 1987

Sebab: Kekurangan peraturan dan pengawasan dalam sektor kewangan AS.

Akibat: Penurunan teruk dalam indeks saham utama, kehilangan keyakinan pelabur, dan kemeruapan dalam pasaran kewangan.

Gelembung Harga Aset Jepun, 1989-1992

Sebab: Sistem kewangan yang lemah, tadbir urus korporat dan pelaburan spekulatif dalam hartanah dan saham.

Akibat: Tempoh stagnasi ekonomi yang berpanjangan yang dikenali sebagai The Lost Decade.

Krisis Kewangan Asia, 1997-1998

Sebab: Jualan panik, matawang dan gelembung aset yang terlebih nilai, kadar peminjaman dan hutang luar negara yang tinggi.

Akibat: Penurunan nilai matawang yang ketara, kejatuhan pasaran saham dan kemelesetan ekonomi, dengan beberapa pasaran Asia kehilangan sebahagian besar nilainya dalam tempoh ini.

Letusan Gelembung Dot-com, 2000-2002

Sebab: Pelaburan spekulatif dalam syarikat berkaitan internet dan penilaian berlebihan saham teknologi.

Akibat: Kejatuhan banyak syarikat permulaan dot-com dengan kerugian yang besar bagi pelabur.

Krisis Kewangan 2008

Sebab: Kejatuhan pasaran perumahan AS dan krisis gadai janji subprima.

Akibat: Kemelesetan kewangan global yang teruk apabila indeks saham utama, termasuk Dow Jones dan S&P 500 mengalami kemerosotan yang ketara, dengan banyak institusi kewangan menghadapi insolvensi atau hampir runtuh.

Semasa kejatuhan ini dan lain-lain kejatuhan dalam sejarah, berjuta-juta pelabur kehilangan sejumlah besar wang, dan kejatuhan ekonomi adalah sangat besar. Kerajaan dan bank pusat terpaksa mengambil langkah luar biasa bagi menstabilkan pasaran kewangan, mencegah kegagalan bank daripada berleluasa, dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Langkah-langkah ini termasuk penyelamatan besar-besaran institusi kewangan, pakej rangsangan fiskal dan tindakan dasar monetari seperti menurunkan kadar faedah dan melaksanakan pelonggaran kuantitatif.

Apakah yang berlaku kepada portfolio pelaburan?

Apabila pasaran menurun, saham boleh mengalami kerugian pada harganya. Pelabur yang panik dan menjual pegangan mereka semasa pasaran jatuh membuatkan kerugian menjadi muktamad, menyukarkan mereka untuk mendapatkan kembali modal yang dilaburkan sebaik sahaja pasaran stabil.

Senario terburuk untuk pelaburan anda semasa kejatuhan pasaran saham termasuk yang berikut:

  • Penurunan nilai portfolio yang drastik: kemelesetan pasaran yang teruk boleh membawa kepada pengurangan ketara dalam nilai keseluruhan portfolio pelaburan.
  • Kehilangan simpanan persaraan: akaun persaraan yang banyak dilaburkan dalam pasaran saham boleh mengalami kerugian yang besar, ini menjejaskan rancangan kewangan jangka panjang.
  • Panggilan margin (margin call) dan penjualan paksa: pelabur yang membeli saham menggunakan wang yang dipinjam dengan margin mungkin menghadapi panggilan margin, ini memaksa mereka menjual aset pada harga yang tidak menguntungkan untuk memenuhi kewajipan mereka.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya pasaran saham jatuh?

Kekal tenang

Walaupun kejatuhan pasaran adakalanya membimbangkan, sangat penting untuk anda kekal tenang dan mengelakkan diri daripada membuat keputusan secara terburu-buru dan didorong oleh emosi.

Jangan jual pelaburan

Menjual pelaburan semasa kejatuhan pasaran boleh menukar kerugian atas kertas kepada kerugian sebenar. Sebaliknya, fokus pada strategi pelaburan jangka panjang.

Beli semasa pasaran runtuh

Bagi mereka yang mempunyai dana yang tersedia, kejatuhan pasaran boleh menjadi peluang untuk mereka membeli aset berkualiti tinggi pada harga yang lebih rendah. Untuk mereka yang berdagang saham, ia juga peluang untuk berspekulasi mengenai turun naik harga.

Rujuk nasihat pakar

Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan atau profesional yang boleh memberikan pandangan dan strategi.

Kepelbagaian

Mempelbagaikan pelaburan anda merentasi pelbagai kelas aset boleh membantu mengurangkan risiko semasa kemelesetan pasaran.

Ringkasan

Kejatuhan pasaran saham boleh membawa kesan yang meluas kepada ekonomi dan pelabur individu. Walaupun ia meresahkan, sejarah telah menunjukkan bahawa pasaran akhirnya akan pulih dari masa ke masa. Dengan memahami fitrah kejatuhan pasaran, kekal tenang dan membuat keputusan dengan berhemah, pelabur boleh keluar dari fasa yang mencabar ini dan memposisikan diri mereka untuk kestabilan dan kejayaan kewangan jangka panjang.

SOALAN LAZIM

Apakah kejatuhan pasaran saham terbesar sepanjang masa?

Kejatuhan Wall Street 1929 dianggap secara meluasnya sebagai kejatuhan pasaran saham terbesar sepanjang masa. Kejatuhan ini menandakan permulaan The Great Depression, salah satu kemerosotan ekonomi paling teruk dalam sejarah. Kemusnahan ekonomi dan kesan berpanjangan menjadikannya satu kejatuhan pasaran saham yang paling ketara.

Di manakah anda perlu melaburkan wang anda bagi persediaan menghadapi kejatuhan?

Pendekatan terbaik adalah mengekalkan portfolio yang pelbagai dengan baik untuk membantu mengurangkan kesan kejatuhan. Anda boleh menyebarkan pelaburan anda merentasi pelbagai kelas aset, seperti bon, logam berharga, derivatif dan lain-lain.

Adakah kejatuhan pasaran saham biasa terjadi ketika masa tertentu dalam suatu tahun?

Kejatuhan pasaran saham boleh berlaku pada bila-bila masa dan secara amnya ia tidak dapat diramalkan. Tingkah laku pasaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk keadaan ekonomi, peristiwa geopolitik, sentimen pelabur dan sentimen pasaran secara keseluruhan. Oleh itu, percubaan untuk meramalkan masa kejatuhan adalah mencabar.

  • 1452

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera