Arbitrage

Arbitraj

Sesetengah pedagang bergantung kepada analisis fundamental untuk membuat keputusan perdagangan mereka. Manakala sesetengah daripada mereka meramal pergerakan pasaran dengan carta dan indikator-indikator teknikal. Tetapi ada sesuatu yang kami ingin beritahu kepada anda dan ia sangat berbeza di dalam dunia perdagangan. Mari kita selami dunia perdagangan arbitraj yang mempunyai potensi tanpa had.

Apakah itu perdagangan arbitraj?

Bayangkan anda mempunyai peluang dan kemungkinan untuk membeli dan menjual aset yang sama pada dua tempat yang berlainan. Mengapa anda perlu melakukannya? Disebabkan perbezaan harga aset-aset tersebut. Pedagang arbitraj memanggilnya spread. Secara asasnya, anda mengenalpasti spread harga aset yang sama pada pusat perdagangan yang berlainan dan membuka dagangan dua arah: long yang lebih murah dan short yang lebih mahal. Harga tersebut akan cenderung menuju ke anggaran tempat yang sama (kerana ia aset yang sama, dan ia sepatutnya mempunyai harga yang sama). Hasil daripada kedua-dua dagangan adalah keuntungan anda.

Tetapi ini bukanlah satu-satunya kaedah perdagangan arbitraj. Kaedah seterusnya adalah dengan memahami mekanisma pergerakan kecairan pengurup. Ia hanya boleh dilakukan dengan saham-saham dan anda perlu memberi pertimbangan kepada situasi yang berlaku sebelum dan selepas pasaran. Pedagang perlu mengenalpasti perbezaan harga pada aset-aset sebelum sesi perdagangan utama bermula. Dengan cara ini beliau akan mempunyai kelebihan terhadap masa dan kecairan kerana volum perdagangan sebelum dan selepas sesi perdagangan adalah jauh lebih rendah. Volum yang rendah akan menghasilkan kemeruapan yang tinggi, dan dengan kemeruapan akan terhasil perbezaan harga. Selepas bermulanya sesi perdagangan, harga aset cenderung menumpu ke satu tempat, dan pedagang akan memperolehi keuntungan.

Contoh lain arbitraj ialah perdagangan kadar dana. Anda perlu mengenalpasti perbezaan kadar dana pada beberapa pengurup (lebih mudah untuk melakukannya pada pengurup kripto berbanding yang lain) dan membuka dagangan dua arah dengan postur yang sama. Satu daripada dagangan tersebut akan mengambil wang anda sebagai dana, dan yang satu lagi akan memberikan anda wang. Perbezaan antara kedua-keduanya adalah keuntungan anda. Ini merupakan strategi arbitraj yang mempunyai risiko lebih rendah, dan keuntungannya adalah sangat kecil (sebahagian kecil daripada peratusan sehari).

Contoh perdagangan arbitraj

 Apabila anda berdagang matawang, arbitraj boleh dikenalpasti pada broker yang mengambil data daripada beberapa pusat pasaran yang berbeza. Untuk melakukan dagangan seperti itu anda perlu mempunyai perisian khas, atau usaha dan dedikasi yang tinggi kerana perbezaan harga tersebut adalah kecil dan pedagang arbitraj lain melakukannya hanya dalam beberapa minit sahaja. Pada pasaran saham arbitraj akan dihapuskan dalam beberapa saat sahaja dengan bantuan robot perdagangan frekuensi tinggi daripada dana lindung nilai (hedge funds) dan beberapa syarikat lain.  Potensi keuntungan bagi satu-satu dagangan itu adalah sangat rendah (0.3% bagi setiap dagangan pada pasaran saham adalah hasil yang baik), tetapi dagangan sedemikian mempunyai risiko yang sangat rendah jika anda betul-betul memahamai apa yang anda lakukan.

Mari saya jelaskan kepada anda contoh dagangan tersebut. Anda melihat harga BTCUSD di FBS adalah $61 000, dan di Pengurup Binance, ia $62 000. Anda membeli Bitcoin di FBS dan menjual di Binance. Apabila harga selari anda menutup kedua-dua dagangan dan mengaut keuntungan anda.

Sila berhati-hati, harga boleh menuju ke satu arah. Anda memerlukan lebih banyak pengesahan sebelum melakukan dagangan. Selamat berjaya!

Undur

2021-11-26 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera