Balance Sheet

Kunci Kira-Kira

Kunci kira-kira mengetahui segalanya! Ia boleh memberitahu anda jika suatu syarikat itu mempunyai wang yang cukup untuk melabur dalam pembangunannya dan terus berkembang atau jika ia sudah terlalu banyak berhutang.

Apakah itu kunci kira-kira?

Kunci kira-kira adalah rekod kewangan yang mendedahkan aset-aset suatu syarikat (apa yang ia miliki) dan liabiliti (hutangnya kepada pihak-pihak lain). Ia dipanggil kunci kira-kira kerana satu sisi rekod itu harus seimbang dengan sisi yang satu lagi. Aset bersamaan dengan liabiliti dan ekuiti pemegang syer. Dalam perkataan lain, apa jua aset yang tidak digunakan untuk membayar liabiliti menjadi milikan pemegang syer.

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemegang Syer

Aset dan liabiliti biasanya terbahagi kepada dua kategori: aset semasa dan aset tetap. Aset semasa adalah aset yang boleh ditukar menjadi tunai dalam masa setahun, manakala aset-aset tetap adalah aset yang dianggap sebagai aset jangka panjang yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menentukan nilai penuhnya. Liabiliti semasa perlu dijelaskan dalam tempoh satu tahun, manakala liabiliti jangka panjang perlu dijelaskan pada bila-bila masa lebih dari setahun.

Apa yang perlu anda ketahui tentang kunci kira-kira

Apakah ada lagi penyata kewangan yang lain?

Kunci kira-kira hanyalah satu dari tiga penyata kewangan teras, di antaranya penyata pendapatan dan penyata aliran tunai. Kesemua yang tersebut adalah rekod bertulis yang mendedahkan prestasi kewangan sesebuah syarikat.

Di mana boleh anda temui kunci kira-kira?

Laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC, Securities and Exchange Commission) dan EDGAR menawarkan semua jenis maklumat berkaitan kunci kira-kira. Gunakannya untuk mencari kunci kira-kira bagi syarikat yang menarik minat anda.

Bagaimana cara membaca kunci kira-kira?

Kunci kira-kira menyenaraikan tempoh (biasanya setahun) secara vertikal. Format ini membolehkan para pelabur membandingkan pelbagai tempoh dengan mudah dan menilai situasi kewangan serta prestasi operasi syarikat berkaitan.

Apa kaitan perolehan dengan kunci kira-kira?

Anda boleh lihat "Perolehan Tertahan" ("Retained Earnings") di seksyen ekuiti di bahagian bawah kunci kira-kira. Ia maklumat yang penting untuk disemak oleh para pelabur. Bila suatu syarikat meraih modal, ia boleh pilih untuk membayar wang ini kepada pemegang syer sebagai dividen atau untuk menyimpan modal ini untuk dilaburkan dalam aktiviti perniagaannya. Jadi, perolehan tertahan adalah keuntungan silam, ditolak dengan dividen yang telah dibayar oleh sesebuah syarikat di masa lalu.

Contoh kunci kira-kira

Anda boleh perhatikan kunci kira-kira Netflix di bawah. Ia menyenaraikan aset sebanyak $39.28 juta untuk 31 Disember 2020. Pada tahun 2019, ia telah mencatatkan $33.98 million – telah telah memperoleh aset sebanyak $5 juta sepanjang tempoh tersebut. Netflix telah meningkatkan liabiliti mereka menjadi $28.2 juta, dari $26.4 million pada tahun 2019. Selepas analisis ringkas ini, pelabur boleh meilhat bahawa Netflix mempunyai aset semasa total sebanyak $9.76 juta dan liabiliti semasa total sebanyak $7.8 million. Jadi syarikat ini mempunyai lebih dari cukup untuk membayar hutang-hutang jangka pendek mereka.

1.png

Jika kita membahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa, kita akan mendapat nisbah semasa. Angka ini menunjukkan risiko kewangan jangka pendek. Nisbah semasa Netflix adalah 1.25. Sesetengah syarikat mempunmyai nisbah semasa (current ratio) yang lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada struktur kewangan mereka. Secara amnya, sesebuah syarikat dengan aset dan hutang harus mempunyai nisbah semasa lebih dari 1 untuk terus terapung..

Nisbah-Nisbah Lain Yang Berguna

Nisbah cepat (quick ratio): (aset semasa - inventori) ÷ liabiliti semasa

Nisbah hutang melawan ekuiti (debt to equity ratio): liabiliti total / ekuiti pemegang syer total

Nisbah modal kerja (working capital ratio): aset semasa - liabiliti semasa

Nilai bersih (net worth): aset total – liabiliti total

Nisbah hutang melawan ekuiti (debt to equity ratio): liabiliti total ÷ ekuiti pemegang syer

Adalah penting untuk tahu membaca kunci kira-kira. Kemahiran ini membolehkan seseorang melabur dalam saham bukan dengan naluri tetapi secara profesional!

Undur

2021-11-26 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera