Cardano

Cardano (ADA)

Cardano salah satu matawang kripto yang terbesar berdasarkan permodalan pasaran dengan koin digital natif ADA.   Ia direka untuk menjadi platform blockchain yang fleksibel, mampan dan boleh diskalakan untuk mengendalikan kontrak pintar, membolehkan pembangunan pelbagai aplikasi kewangan terpencar, token kripto yang baru, permainan dan banyak lagi.

Artikel ini menerangkan tentang sejarah projek tersebut, kebaikan dan ciri-ciri yang menjadikan projek ini unik, alat-alat yang menjadikan projek ini selamat dan, akhir sekali, sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan untuk melabur dalam koin ADA.  

Sejarah Cardano

Anggap Bitcoin sebagai Kripto 1.0. Pada asasnya ia adalah emas digital, tetapi sistem tersebut mempunyai isu kebolehskalaan. Ethereum, matawang kripto kedua terbesar, sering disebut sebagai Kripto 2.0.

Cardano, yang dicipta pada tahun 2015 dan dilancarkan pada tahun 2017, adalah Kripto 3.0, dengan matlamat untuk menambah baik kefungsian yang pada mulanya tidak ada pada Ethereum. Charles Hoskinson adalah pengasas Cardano, dan beliau juga adalah pengasas bersama Ethereum. Hoskinson meninggalkan pasukan Ethereum lantaran pertikaian dengan pengasas bersama Vitalik Buterin pada tahun 2014 tentang sama ada projek Ethereum seharusnya bersifat komersial atau tidak.

Kesudahannya, beliau melancarkan Cardano sebagai blockchain yang lebih mudah diskala, diinteroperasi, dan mampan dengan hasrat untuk menjadikan ia lebih baik berbanding Bitcoin dan Ethereum.

Apakah yang menjadikan Cardano unik?

Terdapat berpuluh-puluh blockchain PoS (Proof of Stake) lain yang sudah ada di pasaran. Tetapi apakah yang membezakan Cardano dari yang lain?

Ciri utama Cardano ialah, tidak seperti projek-projek lain, ia tidak menerbitkan kertas putih. Sebaliknya, ia menyasarkan untuk menjadi blockchain yang dinilai secara saintifik oleh sesama pembangun, sentiasa menggunakan amalan-amalan yang terbaik untuk menyediakan ekosistem kripto yang optimum. Untuk mencapai matlamat ini, Cardano mempunyai ciri-ciri berikut:

Seni bina berlapis

Blockchain Cardano terdiri daripada dua elemen utama:

  • Cardano Settlement Layer (CSL, Lapisan Penyelesaian Cardano) – di mana semua transaksi dilaksanakan.
  • Cardano Computational Layer (CCL, Lapisan Perkomputeran Cardano) – digunakan untuk mengatur kedudukan kontrak pintar dan mentadbir rangkaian.

layers.png

Dua lapisan blockchain Cardano

Para pembangun Cardano ingin membina sistem yang memisahkan nilai transaksi daripada data pengiraannya.

Lapisan Penyelesaian Cardano direka untuk mengurus pergerakan nilai (atau matawang) antara pengirim dan penerima. Dalam erti kata lain, lapisan penyelesaian adalah lapisan penghalaan untuk semua lapisan dan sistem kawalan.

CSL menggunakan dua bahasa pengaturcaraan khusus, Plutus dan Marlowe, untuk memindahkan nilai dan meningkatkan sokongan untuk protokol rangkaian tindihan (overlay network protocol).

Lapisan Perkomputeran Cardano (Cardano Computation Layer, CCL) membantu Cardano untuk meniru platform kontrak pintar ekosistem Bitcoin (BTC), iaitu Rootstock (blockchain RSK). Implementasi CCL dibuat sebegitu setelah mengambil kira keupayaannya membantu pengskalaan protokol-protokol khusus selama bertahun-tahun. Ini melibatkan penambahan modul keselamatan perkakasan (HSM, hardware security modules) pada tindanan protokol-protokol (protocols stack) sedia ada seiring dengan kemajuan teknologi.

Dua lapisan blockchain Cardano membolehkan ekosistem tersebut melaksanakan perubahan secara proaktif untuk menyokong transaksi yang lebih pantas dan lebih selamat sambil menghapuskan sebarang metadata pengguna yang terbukti tidak relevan dengan proses tersebut.

Ouroboros Proof of Stake

Aspek unik kedua Cardano ialah mekanisme konsensus proprietarinya yang dipanggil Ouroboros Proof of Stake (Bukti Tagan Ouroboros). Dalam mekanisme pengesahan ini, para pengguna boleh menjadi pengesah nod penuh (full node validators) atau menyerahkan pegangan mereka kepada superuser lain untuk mengesahkan transaksi pada rangkaian tersebut.

Dalam Ouroboros, masa dibahagikan kepada sebilangan epok, dan bagi setiap epok, satu set pengesah baru diundi oleh sistem. Ia membolehkan kepelbagaian yang lebih baik dan desentralisasi kumpulan pengesah.

Para pengesah diberi ganjaran berupa token ADA baru untuk diedarkan kepada semua orang yang mengagihkan tagan mereka yang mewujudkan peluang untuk pendapatan pasif yang berkesan.

Lima Kelebihan Cardano

Cardano mempunyai pelbagai kelebihan. Berikut lima yang paling penting berbanding pesaing-pesaing lain dalam dunia kripto.

Transaksi yang pantas. Cardano dicipta agar mempunyai kebolehskalaan yang tinggi. Pada masa ini, ia menyediakan lebih daripada 250 transaksi sesaat, berbanding hanya 30 bagi Ethereum.

Yuran gas yang murah. Selain itu, model PoS membolehkan Cardano menawarkan yuran transaksi yang nominal pada rangkaiannya. Kos purata transaksi di Cardano adalah sekitar 0.17 ADA, yang bersamaan dengan beberapa sen. Bandingkan ini dengan kos sebanyak $0.7 bagi setiap transaksi di Ethereum.

Tahap keterpencaran yang lebih tinggi. Rangkaian menjadi semakin terpencar kerana setaip orang boleh menjadi pengesah nod dalam Ouroboros. Pada masa ini, ada lebih daripada 2500 kumpulan pengesah dalam Cardano.

Mesra alam. Salah satu kebimbangan utama pada bull run 2021 ialah jumlah tenaga elektrik yang tinggi yang diperlukan oleh blockchain PoW seperti Bitcoin. Cardano, dengan mekanisme PoS, menggunakan tenaga elektrik 99% lebih rendah berbanding matawang kripto nombor satu itu.

Pendapatan pasif. Akhir sekali, setiap pemilik Cardano boleh memperolehi pendapatan pasif dengan mempertagankan (staking) koin ADA mereka.

Apakah itu Vasil Hard Fork Cardano?

Hard fork ialah naik taraf rangkaian dengan menambah atau membetulkan ciri tertentu pada ekosistem. Vasil hard fork direka untuk membantu meningkatkan kebolehskalaan ekosistem dan kapasiti pemprosesan umum serta memajukan kapasiti pembangunan aplikasi terpencar (DApps) Cardano.

Selain itu, hard fork memperkukuhkan kestabilan dan sambungan rangkaian, yang merupakan langkah besar dan ke hadapan yang penting bagi Cardano kerana naik taraf ini mengurangkan kos transaksi rangkaian sambil meningkatkan kelajuan transaksi.

Bagaimanakah Rangkaian Cardano Dilindungi?

Rangkaian Cardano menggunakan mekanisme konsensus bukti tagan (proof-of-stake) yang lebih selamat dan cekap tenaga berbanding algoritma bukti kerja (proof-of-work) yang digunakan oleh matawang kripto yang lain seperti Bitcoin.

Dalam bukti tagan, para pengesah dipilih untuk mengesahkan transaksi dan mencipta blok yang baru berdasarkan jumlah tagan yang mereka miliki dalam rangkaian. Ini memberi insentif kepada pengesah untuk bertindak secara jujur kerana mereka akan kehilangan tagan mereka jika mereka terlibat dalam tindakan yang berniat jahat.

Mekanisme konsensus Cardano telah terbukti selamat secara matematik dengan andaian bahawa majoriti (>50%) dari pesertanya adalah jujur. Hakikat bahawa ia bergantung pada andaian ini bermakna ia tidak kalis terhadap 51% serangan.

Selain itu, blockchain Cardano dibina berasaskan satu siri kertas penyelidikan saintifik yang mendapat ulasan sejawat, yang memastikan kriptografi dan mekanisme konsensus yang menjadi dasarnya telah disemak dengan teliti dan selamat.

Berapa Banyak Koin Cardano (ADA) dalam Edaran?

Cardano dilancarkan pada 2017 dengan jumlah bekalan sebanyak 45 bilion dan jualan awam koin ADA sebanyak 25.9 bilion. Kira-kira 5.2 bilion syiling diedarkan secara persendirian antara tiga entiti, iaitu Input Output Global (IOG), Emurgo dan Cardano Foundation. Ini bermakna 19.1 bilion koin ADA sudah tiada dalam edaran.

Sehingga Februari 2023, bilangan token ADA dalam edaran adalah sehingga sebanyak 34.6 bilion, yang menyebabkan 10.4 bilion tidak dapat diakses oleh pemegang-pemegang pasaran. Ketersediaan koin tambahan membantu mengekalkan kestabilan harga apabila pasaran kripto mengalami kemeruapan.

Kesimpulan

Nilai potensi Cardano sebagai sebuah projek adalah subjektif dan bergantung pada pendapat dan perspektif individu. Berikut beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan bila menilai potensi Cardano:

Pembangunan: Cardano mempunyai pasukan pembangunan yang kukuh dan sedang aktif berusaha untuk meningkatkan teknologinya, termasuklah ciri seperti keupayaan kontrak pintar dan kebolehskalaan.

Komuniti: Cardano mempunyai komuniti pengguna dan pembangun yang semakin berkembang dan berdedikasi, yang boleh membantu memacu penggunaan dan pembangunan platform tersebut selanjutnya.

Perkongsian: Cardano telah mewujudkan perkongsian dengan pelbagai organisasi dan syarikat dalam industri blockchain dan teknologi, yang boleh membantu memacu penerimaan dan meningkatkan nilai keseluruhannya.

Senario penggunaan: Cardano diposisikan sebagai platform blockchain untuk aplikasi kewangan, termasuk stablecoin dan bursa terpencar. Jika senario-senario penggunaan ini menyaksikan peningkatan, ia boleh memberi kesan yang positif terhadap nilai Cardano.

Akhir sekali, penting untuk diingat bahawa matawang kripto dan projek blockchain sememangnya berisiko dan nilai Cardano di masa hadapan tidak dapat dipastikan. Mujurlah para pedagang FBS boleh berdagang matawang kripto sama ada long atau short, dan dapat memperolehi modal pada pasaran yang meningkat dan menurun.

Dapatkan pengalaman berdagang matawang kripto dengan akaun Crypto di FBS!

Undur

2023-04-27 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera