Market Index

Indeks Pasaran

Harga suatu saham dalam pasaran membawa maklumat yang penting. Ia membolehkan kita menentukan nilai pasaran bagi perniagaan suatu syarikat. Dengan menggandakan bilangan saham syarikat tertentu dengan nilainya, kita akan mengetahui permodalan pasaran atau nilai perniagaan tersebut. Kita membeli suatu perniagaan jika kita membeli kesemua atau hampir semua sahamnya. Sementara itu, indikator unik yang dipanggil indeks digunakan untuk menganggarkan pergerakan keseluruhan pasaran.

Apakah itu indeks pasaran?

Biasanya mengetahui permodalan pasaran bagi satu atau beberapa syarikat masih belum mencukupi. Pelabur sering berhadapan dengan persoalan ini - ke manakah sebenarnya arah tujuan gerakan pasaran secara keseluruhannya?

Indeks pasaran - nilai purata sejumlah saham tertentu yang termasuk dalam indeks - membantu menjawab persoalan ini. Pertumbuhan indeks ini bermaksud kebanyakan saham yang ada dalam indeks tersebut berkemungkinan besar sedang naik; pasaran tersebut sedang berkembang. Begitu juga sebaliknya, penurunan dalam indeks bermaksud penurunan dalam nilai purata, iaitu kemerosotan dalam pasaran.

Indeks ialah suatu nilai tanpa dimensi yang diukur dalam poin.

Bagaimanakah indeks pasaran berfungsi? Indeks-indeks saham yang utama.

Indeks dikira secara automatik oleh pelbagai operator syarikat (contohnya, Standard & Poor's) pada sekumpulan aset tertentu yang didagangkan di beberapa bursa.

Aset-aset yang menjadi bahan kiraan indeks dipanggil asas (base). Kadangkala ada nombor yang dikembarkan dengan nama indeks, contohnya S&P500. Nombor ini bermaksud bilangan saham yang ada dalam asasnya.

Berikut adalah beberapa contoh indeks pasaran saham:

Indeks

Ticker di FBS

Negara

Pasaran

Dow Jones

US30

US

Bursa Saham New York (NYSE)

S&P500

US500

US

NYSE+NASDAQ

NASDAQ 100

US100

US

NASDAQ

DAX30

DE30

Jerman

Börse Frankfurt

FTSE100

UK100

UK

Bursa Saham London (LSE)

CAC40

FR40

Perancis

Euronext Paris

Nikkei225

JP225

Jepun

Bursa Saham Tokyo (TSE)

EuroStoxx50

EU50

EU

EUREX

Jenis-jenis indeks pasaran

Terdapat beberapa cara untuk mengira indeks:

Purata wajaran harga

Pengiraan dibuat dengan menambah harga-harga saham dan membahagikannya dengan "pembahagi" tertentu. Begitulah indeks Dow Jones, sebagai contoh, dikira.

Indeks berwajaran nilai pasaran

Kaedah pengiraan ini melibatkan pengiraan beberapa pulangan purata wajaran bagi setiap saham dalam indeks tersebut. Pendekatan ini digunakan, sebagai contoh, untuk mengira indeks S&P500 dan NASDAQ.

Indeks berwajaran sama

Pengiraan ini adalah berdasarkan purata aritmetik mudah.

Kegunaan indeks pasaran

Dengan bantuan indeks pasaran global, para pedagang boleh berdagang bukan sahaja satu saham tetapi keseluruhan pasaran sekaligus. Dalam kes ini, para pedagang biasanya berdagang derivatif indeks: niaga hadapan, opsyen, CFD, atau, sebagai contoh, menggunakan Dana Dagangan Bursa (ETF). Pada platform FBS, para pedagang boleh berdagang CFD pada 11 indeks yang berbeza.

Sesetengah pedagang boleh merampai portfolio indeks dengan meniru indeks semasa melabur. Sebagai contoh, anda boleh meniru indeks Dow Jones klasik jika anda membeli kesemua 30 sahamnya.

Indeks pasaran sebagai penanda aras

Indeks pasaran sering bertindak sebagai indikator untuk apa yang sedang berlaku dalam ekonomi.

Indeks saham utama AS, S&P, NASDAQ, dan Dow Jones berfungsi sebagai penanda aras situasi dalam pasaran-pasaran saham.

Penanda aras pasaran komoditi ialah S&P GSCI, dibangunkan pada tahun 1991 oleh Goldman Sachs dan menjejaki perubahan harga 24 komoditi dari semua sektor. Selain itu, Indeks Komoditi Bloomberg (BCOM) juga popular.

Penanda aras pasaran matawang, yang sering dipanggil Indeks Dolar Asas (DXY), menjejaki sekumpulan 6 matawang negara-negara maju: EUR, JPY, GBP, CAD, SEK dan CHF.

Terdapat indeks penanda aras yang lebih spesifik, contohnya, Baltic Dry Index (BDI), yang mengukur kos penghantaran kargo kering melalui laut di sepanjang dua puluh laluan perdagangan. BDI adalah peramal yang sangat baik bagi harga-harga komoditi. Kenaikan dalam BDI biasanya menunjukkan peningkatan dalam permintaan.

Selain itu, sebagai penanda aras, anda mungkin mendapati indeks niaga hadapan pasaran, jumlah indeks pasaran bon dan indeks pasaran baru muncul.

Indeks-indeks saham yang utama. Indeks pasaran saham AS manakah yang paling banyak disebutharga?

Disebabkan oleh kecairan yang tinggi, indeks utama Amerika: S&P500, NASDAQ dan Dow Jones klasik, menjadi penanda aras pasaran yang selayaknya. Ketahui bagaimana cara untuk berdagang indeks saham yang paling terkenal.

Pedagang-pedagang di seluruh dunia mengikuti perubahan dalam indeks ini dengan teliti dan perbezaannya boleh memberi kesan yang ketara ke atas pergerakan pasaran saham yang lain.

Pendahulu yang tidak dipertikaikan dari segi catatan dan pengiktirafan ialah indeks Dow Jones, yang pertama kali diterbitkan dalam akhbar The Wall Street Journal pada tahun 1896.

Dengan mengetahui cara indeks saham dikira dan berfungsi, ini boleh membantu anda meningkatkan keuntungan anda dengan ketara. Anda boleh mencari maklumat pasaran lain yang berguna dengan mengunjungi platform perdagangan.

Undur

2023-05-12 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera