Pending Order

Pesanan Tertangguh

Selalunya, timbul situasi bilamana adalah lebih baik untuk anda membeli/menjual aset tertentu bukan pada harga semasa. Sebagai contoh, harga aset sangat hampir dengan aras sokongan, tetapi masanya masih terlalu awal untuk membuka urusniaga. Atau, sebagai contoh, seorang pedagang sedang menunggu harga menembusi suatu aras rintangan untuk mencapai sasaran seterusnya.

Di samping itu, kadangkala pasaran sangat meruap, dan jika anda membuka urusniaga pada harga (pasaran) semasa, ia mungkin bukan suatu yang paling menguntungkan bagi pedagang tersebut.

Pesanan Tertangguh atau Pending Order digunakan untuk melaksanakan transaksi bukan pada harga semasa aset tersebut tetapi pada suatu harga tertentu.

Apakah itu pesanan tertangguh?

Pesanan tertangguh adalah pesanan kepada broker untuk membuka suatu urusniaga apabila syarat tertentu dipenuhi, contohnya, apabila harga suatu aset menghampiri nilai tertentu.

Bagaimanakah pesanan tertangguh berfungsi?

Untuk membuat pesanan tertangguh, pedagang harus menekan butang "New Order" dan memilih aset yang dia sukai, tetapi perbezaannya di sini beliau harus memilih jenis "Pesanan Tertangguh" (Pending Order), bukannya "Pelaksanaan Pasaran" (market execution), .

Rajah 1. Pesanan tertangguh dalam MT

1080_1350 px_The Resize (1).png

Selepas itu, adalah penting untuk memilih jenis pesanan tertangguh yang sesuai. Sebagai contoh, jenis Buy Limit bermakna pesanan tertangguh akan dilaksanakan apabila harga mencapai nilai tertentu yang lebih rendah daripada harga Ask.

Selepas harga Ask mencapai nilai ini, pesanan akan dilaksanakan pada harga tersebut.

Jenis-jenis pesanan tertangguh dalam MetaTrader

Terdapat tiga jenis pesanan tertangguh dalam MT4 dan MT5:

  • Buy Limit/Sell Limit
  • Buy Stop/Sell Stop
  • Buy Stop Limit/Sell Stop Limit

Pesanan tertangguh yang paling mudah ialah buy limit/sell limit. Ia digunakan apabila seseorang pedagang hanya mahu membeli aset yang lebih rendah daripada harga Ask atau menjual aset lebih tinggi daripada harga Bid. Apabila menetapkan pesanan, pedagang tersebut perlu menyatakan harga beli atau jual yang dia mahukan untuk membuka urusniaga.

Rajah 2. Contoh Pesanan Buy Limit

Current Ask Price_MS.png

Rajah 3. Contoh Pesanan Sell Limit

Sell Limit Order_MS.png

Pesanan Buy Stop dan Sell Stop agak rumit sedikit. Ia digunakan untuk membeli aset pada harga yang lebih tinggi daripada harga Ask atau menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga Bid. Pesanan ini digunakan jika, sebagai contoh, pedagang tersebut sedang menunggu penembusan yang ketara pada mana-mana aras sokongan atau rintangan.

Mari kita lihat, sebagai contoh, pasangan USDJPY. Mari kita anggap bahawa sebutharga semasa ialah 135.80. Terdapat rintangan pada 136, dan selepas penembusan, harga yang mungkin akan terus meningkat. Pedagang menetapkan Pesanan Tertangguh Buy Stop pada 136.00. Pesanan akan dilaksanakan sebaik sahaja aras rintangan tersebut ditembusi dan harga mencapai nilai itu.

Rajah 4. Contoh Pesanan Buy Stop

Buy Stop_MS.png

Rajah 5. Contoh Pesanan Sell Stop

Current Bid Price_MS.png

Pesanan tertangguh Buy Stop Limit/Sell Stop Limit menggabungkan kedua-dua jenis pesanan sebelum ini. Katakan pedagang tersebut sekali lagi menunggu aras rintangan ditembusi dan harga tersebut untuk terus meningkat. Walau bagaimanapun, ia kadang-kadang berlaku di mana harga hanya "menebusi" aras tersebut, kemudian kembali lebih rendah (pullback dari aras tersebut), dan hanya selepas itu penembusan menyusul. Pedagang boleh menggunakan pesanan tertangguh Buy Stop Limit untuk membeli aset pada pullback dan pesanan tertangguh Sell Stop Limit untuk menjual aset pada pullback.

Dalam contoh kita, harga semasa USDJPY ialah 135.80. Aras rintangan adalah pada 136. Pedagang tersebut percaya bahawa jika harga menembusi aras rintangan, dia mungkin membeli, tetapi dia hanya akan membeli jika harga mula melantun ke 135.75. Dalam kes ini, Buy Stop Limit menentukan Harga, dan apabila pesanan itu tercapai, pesanan itu akan diaktifkan dan akan bertukar menjadi pesanan Buy Limit. Pesanan Buy Limit akan dilaksanakan pada harga yang dinyatakan dalam Stop Limit Price.

Rajah 6. Contoh Pesanan Buy Stop Limit

Price_MS.png

Rajah 7. Contoh Pesanan Sell Stop Limit

Possible Stop Limit Price_MS.png

Berikut ialah peraturan-peraturan am untuk memilih pesanan tertangguh:

Jenis pesanan

Syarat

Buy Limit

Saya mahu membeli lebih rendah daripada harga Ask semasa.

Sell Limit

Saya mahu menjual lebih tinggi daripada harga Bid semasa.

Buy Stop

Saya mahu membeli lebih tinggi daripada harga Ask semasa.

Sell Stop

Saya mahu menjual lebih rendah daripada harga Bid semasa.

Buy Stop Limit

Saya mahu membeli lebih rendah daripada harga yang saya tetapkan. Harga ini sentiasa lebih tinggi daripada harga Ask semasa!

Sell Stop Limit

Saya mahu menjual lebih tinggi daripada harga yang saya tetapkan. Harga ini sentiasa lebih rendah daripada harga Bid semasa!

Berapa lama masa yang diambil oleh pesanan tertangguh?

Pesanan tertangguh boleh ditetapkan pada masa tertentu. Pada masa ini, terdapat beberapa pilihan dalam MT:

  • GTC adalah singkatan untuk Good-till-cancelled (Baik-sehingga-dibatalkan). Pesanan ini akan kekal berkuat kuasa sehingga ia dilaksanakan atau dibatalkan.
  • Today. Pesanan jenis ini akan aktif hanya pada hari perdagangan semasa.
  • Specified. Pesanan jenis ini akan terus aktif sehingga hari dan masa yang telah ditetapkan.
  • Specified day. Jenis pesanan ini akan aktif sehingga satu tarikh yang ditetapkan.

Bolehkah saya batalkan pesanan tertangguh?

Pesanan tertangguh boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa sebelum pelaksanaan. Untuk membatalkan pesanan tertangguh, anda perlu klik pada pangkah dalam MT atau klik kanan pada pesanan dan pilih Modify atau Delete.

Kesimpulan

Dengan menggunakan pesanan tertangguh, anda boleh meningkatkan kecekapan perdagangan anda dengan ketara pada platform urusniaga.

Undur

2023-05-12 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera